Tip Jurujual Unggul: 5 Kunci Menguasai Emosi Bakal Pembeli (Bahagian 1)

August 19, 2013 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Strategi Online & Offline

Ramai yang teruja untuk mendapatkan ilmu atau rahsia bagaimana untuk mempengaruhi orang lain sehingga membuatkan mereka percaya kepada kita.

Sememangnya manusia itu secara emosinya suka pada KUASA. Ini kerana dengan kuasa, mereka mampu menguasai minda, emosi serta tindakan orang lain.

Bagi seorang usahawan, jurujual mahupun pemasar, kemahiran mempengaruhi tindak balas emosi manusia terutama dalam proses menjual juga amat penting untuk mengkaji,

  • Bagaimana mampu menarik perhatian orang lain.
  • Bagaimana supaya orang lain mengikut apa sahaja arahan kita.
  • Bagaimana membuatkan prospek membeli apa sahaja yang kita jual.

Bukan bertujuan untuk memanipulasi, menipu atau memperdaya prospek melalui emosi membeli mereka tetapi untuk memastikan penyampaian mesej dapat dilakukan secara efektif sepenuhnya.

5 Kunci Utama Menguasai Emosi Membeli Manusia

Secara umumnya terdapat 5 perkara utama yang perlu kita kuasai untuk berjaya menjual terus kepada emosi manusia.

#1 – Gear Emosi

Emosi manusia bertindak balas secara bertingkat, berturutan dan beraliran.

kuasai-pembeli

Turutan inilah yang membolehkan kita meramal apakah tindak balas yang akan terhasil oleh emosi manusia. Tindakbalas ini pula akan dizahirkan oleh tindakan badan atau fizikal manusia itu sendiri.

Jika kita kembali kepada HUKUM FIZIK – setiap tindakan yang dikenakan ke atas sesuatu pasti akan ada tindak balasnya. Ini bermakna kita boleh meramalkan apakah tindak balas emosi manusia jika satu tindakan itu diberikan kepada emosi manusia.

Untuk memberi pencerahan kita ambil contoh sebuah kereta.

  • Enjin kereta dihidupkan dan akan bergerak ke hadapan bila gear satu dimasukkan.
  • Untuk terus bergerak maka gear dua akan dimasukkan dan gear-gear seterusnya. (Gear 1-2-3-4-5)
  • Kemasukan gear adalah secara berturutan dari gear satu hingga gear 5.

Begitu juga emosi manusia dimana ianya akan dijana tanpa sedar jika diaktifkan secara berturutan.

#2 – Kesamaan

Apakah persamaan yang boleh ditonjolkan yang mana ia mampu menyebabkan bakal pembeli tersentap tanpa disedari?

Adakah ianya…

  • Bahasa,
  • Jantina,
  • Golongan,
  • Tahap kewangan

..atau apa sahaja yang boleh menyebabkan bakal pembeli berfikir secara tidak disedari… “ Dia faham masalah aku lah…”

Emosi juga mudah tersentuh jika polar pemikiran kita sama dengan polar pemikiran prospek.

Jika kita tahu apa yang sedang prospek fikirkan dan jika dapat sentuh apa yang sedang difikirkannya itu maka emosinya juga mudah untuk kita sentuh.

#3 – Kunci Emosi Membeli

Apakah alasan manusia membeli dari sudut emosinya?

  • Adakah sebab ia takut? 
  • Adakah kerana ingin bermegah? 
  • atau sememangnya hanya mahu memuaskan hati sendiri…?

Inilah juga apa yang dipanggil sebagai JURUS JUALAN. Emosi yang tidak nampak dek mata kasar namun dapat memberi impak yang mendalam atas tindakan membeli

Contohnya…

  • Manusia sanggup mengeluarkan ribuan ringgit memasang sistem keselamatan di rumah kerana TAKUT perompak.

  • Wanita sanggup membeli beg berjenama tinggi yang mahal harganya semata-mata untuk berMEGAH dengan rakan-rakan lain.

  • Orang sanggup bayar mahal untuk mendapat layanan dan keSELESAan istimewa hotel 5 bintang.

Jika kita dapat tahu dan kuasai kunci emosi ini maka untuk mempengaruhi emosi manusia untuk membeli bukan lagi satu masalah besar buat kita.

 

(Sumber gambar: Nbforum, Lucy)


Tags: , , , , , , ,

Komen (18)

  1. Minta pendapat Tuan Zahrul.

    Sedikit tentang latarbelakang perniagaan saya: Saya menyediakan khidmat pengurusan Majlis Sukan (Sports Event) dan sekarang saya banyak membuat promosi di sekolah-sekolah.

    Saya berdepan dengan situasi yg agak tegang dengan pelanggan. Saya memberi harga tawaran yang cukup murah, jadi saya tiada halangan rundingan harga disini.
    Keadaan yang saya hadapi adalah apabila customer meminta lebih dari yang sepatutnya yang mana saya tak mampu nak berikan; Ia agak teknikal berkenaan aturan permainan.

    Berhadapan dengan situasi tegang ini, saya telah mengambil pendekatan ‘Take it or leave it’.
    Dimana saya memberi kata putus kepada pelanggan, bahawa saya tidak dapat memenuhi pemintaan beliau.

    Soalan saya: Adakah cara saya ini kaedah yang sesuai? Mohon mencerahan sebarang kaedah yang lebih praktikal untuk mengelak dari pelanggan ‘drag’ perbincangan terlalu lama.

    Terima kasih Tuan Zahrul. Really appreciated your advise.

    1. Salam Yantinordin,

      Saya bukanlah orang yang layak untuk memberi apa-apa komen tentang perniagaan tersebut kerana saya sendiri tidak pernah melakukannya. Saya tidak apa gamenya perniagaan ini dan saya tidak tahu apa nature nya.

      Namun begitu pada pandangan saya bisnes mestilah mahu untung walaupun sedikit. Jika ia merugikan baik berundur.

      Tapi satu perkara ada ketikanya rugi pada awal akan beri keuntungan contohnya untuk dapatkan profile kerja dan kalau boleh testimoni sekali. itu pada awalnya sahaja. Testimoni untuk tunjukkan kepada pelanggan baru bagaimana anda telah bantu pelangan sebelum ini dan bagaimana pelanggan sebelum miliki nilai tambah dari servis anda.

      Elak gunakan HARGA tetapi tukar kepada NILAI. Dengan nilai yang diberikan apa yang pelanggan bakal dapat ? Fokus pada nilai bukan pada harga.

      Faedah. Apa faedah yang pelanggan akan dapat semasa event dan selepas event. Nama sekolah naik dan lebih dikenakli ke? Mudah nak dapat peruntukan untuk masa akan datang ke ? apa ke ? Ini kena buat kajian.

      Apa offer-offer menarik selain yang ada dalam perkhidmatan yang diberikan. Mungkin boleh cari sponsor untuk sponsor pelanggan. Mungkin dalam event itu buat event lain yang boleh penuhkan tabung duit sekolah.

      Jika pelanggan kata mahal dan minta turunkan terangkan kenapa nilainya begitu. HARAM SEBUT HARGA dengan pelanggan sebaliknya gunakan NILAI.

      Satu perkara lagi… jangan jual servis event tetapi jual apa faedah yang ada dalam servis event tersebut. Bagaimana ia boleh bantu pelanggan dan bagaimana ianya boleh beri nilai tambah kepada pelanggan.

      Jika pelanggan sentuh isu harga mahal bawa pelanggan untuk melihat nilai bagaimana ianya boleh bantu pelanggan dan bagaimana ianya boleh beri nilai tambah kepada pelanggan melalui servis yang diberikan serta tawaran-tawaran yang cukup bernilai tinggi.

      Seperti yang saya katakan tadi saya tidak layak sebenar untuk beri komen namun saya harap pandangan saya ini dapat beri sedikit pencerahan serta jalan keluar.

      1. Terima kasih Tuan Zahrul,

        Anda memberi lebih dari apa yang sayang harapkan.
        Bukan saja pandangan, siap dengan cadangan bernas.

        Nasihat yang paling saya suka dan dapat mengubat hati dengan segala kepayahan yang belum nampak untung besar.

        ” Tapi satu perkara ada ketikanya rugi pada awal akan beri keuntungan contohnya untuk dapatkan profile kerja dan kalau boleh testimoni sekali. itu pada awalnya sahaja. Testimoni untuk tunjukkan kepada pelanggan baru bagaimana anda telah bantu pelanggan sebelum ini dan bagaimana pelanggan sebelum miliki nilai tambah dari servis anda.”

        # Ya, saya sedang membina profile kerja. Untung tak seberapa, penatnya tak berbaloi adakalanya. Ayat ini benar-benar satu inspirasi dan buat saya realise yg saya membuat perkara yang betul.

  2. salam.. sy seorang jurujual kereta proton.. mohon pendapat tuan bagaimana untuk dapatkan prospek Yang berpontensi kerana walk in makin kurang di showroom sekarang.

    1. Gunakan Mudah.My untuk iklankan offer tuan. Target kawasan dan nyatakan kawasan mana tuan sasarkan. Katakan showroom tuan di Kajang dan di Kajang katakan penjual kereta terlalu banyak dan persaingan terlau tinggi. Katakan di Nilai N9 pula persaingan tidak seperti di Kajang maka dalam iklan tersebut nyatakan untuk kawasan Nilai. Bila ada panggilan tuan kenalah pergi ke Nilai jumpa prospek. Mahu tak mahu kena keluar juga untuk dapatkan sales.

  3. assalam tuan zahrul ,,saya nur suri rumah sepenuh masa ..masalah saya adalh saya kekurangan idea utk cari pendapatan sampingan utk keluarga sy memandangkan sy kene jaga baby sy yg baru berumur 11 bulan ..ada niat utk berniaga tapi ada masalah dari segi kewangan ..pastu sy ada join satu bisnes mlm tapi mcm xjalan je sbb sy jarang keluar rumah sbb jaga baby ..jadi mohon pendapat tuan utk mmbantu sy yg tgh tertekan ..

  4. Harliza abd hamid
    May 10, 2016

    Assalmmualaikum.. sya harliza perunding takaful.. ada tak tips2 untuk berckap dgn prospek… di talifon dan jumpa face to face… terim kasih

  5. rozaiman azli
    August 28, 2016

    assalamualaikum saya mohd rozaiman saya bekerja sebagai jurujual penjimatan minyak teknologi nano .saya ingin meminta sedikit tunjuk ajar macammana saya nak dapat yakin kan seseorang itu tentang produk saya .walaupon saya sendiri dah mencuba memang terbukti jimat dah bermacam cara saya lakukan untuk meyakin kan orang namun akhirnya pelanggan takot ..

  6. Salam tuan zarul saya peniaga kecil di kawasan pasar dah bertahun tahun lama beniaga tapi sampai sekrang tiada perubahan, saya teringin sangat menjadi jurujual yg berjaya boleh tingkatan jualan dan pendapatan tapi tidak tahu caranya…saya harap tuan zarul boleh bantu saya untuk meningkatkan lagi teknik menjual…

    1. kejayaan sesebuah perniagaan bergantung kepada beberapa faktor.
      Faktor luaran dan dalaman.
      kena teliti di mana punca masalah dan cari jalan penyelesaiannya.

Pendapat anda?