Tip Jurujual Unggul: 5 Kunci Menguasai Emosi Bakal Pembeli (Bahagian 2)

August 26, 2013 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Strategi Online & Offline

Emosi merupakan anugerah Tuhan yang amat istimewa kepada manusia. Emosi yang terjana mampu menggerakkan badan untuk bertindak.

Kita sebagai penjual sudah pasti mahu supaya apa sahaja mesej jualan yang kita sampaikan akan membuatkan prospek kita tertarik dan terus bertindak membeli.

Dalam artikel yang lepas (Bahagian 1) kita telah bincangkan dengan tiga perkara iaitu :

#1. Gear Emosi
#2. Kesamaan
#3. Kunci Emosi Membeli

Seperti yang dijanjikan saya akan kongsikan dua lagi perkara utama agar kita boleh mempengaruhi emosi membeli manusia terutamanya prospek sasaran kita.

 

#4 – Kuasa Minda Separa Sedar

Rasanya kita semua telah didedahkan dengan dua jenis minda iaitu…

    • Minda Sedar
    • Minda Separa Sedar

minda-separa-sedar-pembeli

Minda sedar adalah minda yang berteraskan logik.

    • Minda yang perlukan alasan
    • Minda yang penuh dengan persoalan
    • Minda yang banyak membantah
    • Minda yang terlalu banyak berkira

Minda separa sedar pula adalah minda yang akan menerima apa sahaja mesej yang disampaikan tidak kiralah sama ada ianya logik atau tidak.

Minda jenis ini amat rapat dengan emosi. Mesej yang sampai akan terus disampaikan kepada emosi. Jika ia sampai ke kunci emosi membeli maka manusia akan terus bertindak membeli.

Namun begitu kehadiran minda sedar akan mengganggu proses tindakan manusia untuk membeli. Dengan bantahan, persoalan, ketidakyakinan dan sebagainya akan menyebabkan prospek membatalkan tindakan untuk membeli.

Oleh itu untuk sentiasa mengaktifkan minda separa sedar prospek maka minda sedar ini harus dihalang sebelum ianya aktif.

Caranya adalah dengan menjawab terlebih dahulu soalan yang bakal disoal oleh minda sedar. Memberi alasan terlebih dahulu sebelum minda sedar mempersoalkannya.

 

#5 – Kuasa Ayat & Perkataan

Pemilihan, penyusunan serta penggunaan ayat-ayat atau perkataan-perkataan yang BERPENGARUH juga amat-amat penting.

Kemahiran menggunakan perkataan-perkataan serta ayat-ayat yang berpengaruh ini boleh dilatih sebenarnya. Dalam penulisan Headline, ‘bullet point’, ayat arahan dan sebagainya memerlukan penggunaan perkataan serta ayat tersebut.

Perkataan atau ayat berpengaruh ini dapat kita hasilkan jika kita faham siapa manusia itu sendiri. Apa yang ia suka dan tidak suka. Apa yang yang ia harapkan dan apa yang ia impikan.

Contohnya secara majoritinya manusia ini suka dibantu agar apa yang ia mahukan dapat dicapai degan mudah dan segera. (walaupun di mulut mengatakan tidak suka dibantu)

Atas kerana itulah perkataan ‘BANTU’ amat membantu kita untuk hasilkan ayat berpengaruh. Contohnya…

“Produk XYZ ini akan bantu anda untuk……(faedah yang prospek bakal perolehi)……”

Antara perkataan-perkataan yang boleh member pengaruh adalah seperti :

    • Kongsi
    • Miliki
    • Labur
    • Ekonomi
    • Kerana
    • Bagaimana
    • Dan sebagainya..

Lakukan kajian apakah perkataan-perkataan yang boleh membawa emosi keberuntungan kepada prospek dan gunakannya dalam keadaan-keadaan tertentu.

 

(Sumber gambar: IntelFreePress,  Nomaan)


Tags: , , , , , , ,

Komen (7)

  1. Bagi seseorang penjual yang berjaya, hanya dengan menggunakan beberapa ayat sahaja boleh menarik puluhan pembeli untuk membeli produknya. Teknik ‘killer’ sangat mempengaruhi hasil jualan sesuatu produk.

  2. Mungkin menjual secara berdepan dengan pelanggan agak mudah untuk membaca dan meyakinkan mereka. Tapi jika secara online, ia adalah satu seni yang bukan mudah untuk kuasai…kena belajar dari En Zahrul dalam bab itu nampaknya…TK kongsi!

    1. Terima kasih Mohd Shubhi.

      Berlawanan dengan saya pula dimana saya memang lemah bila berhadapan dengan pelanggan secara berdepan. Saya lebih selesa menggunakan senjata-senjata pemasaran melalui penulisan. Jika ada kesudian boleh sertai seminar copywriting kami nanti.

Leave a Reply to yusri Batal (Cancel)