Tip Jurujual Unggul: Kepentingan Pihak Ketiga Dalam Melakukan Jualan

June 26, 2013 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Strategi Online & Offline

Sudah menjadi resam manusia sejak azali lagi bahawa mereka agak sukar mempercayai orang lain terutamanya jurujual. Perasaan ini semakin menebal jika ditambah dengan pengalaman-pengalaman buruk ditipu serta dipergunakan oleh jurujual sebelum ini.

Namun begitu, sebenarnya manusia mempunyai satu sifat semulajadi yang aneh dimana mereka lebih suka serta lebih percaya kepada pihak ketiga dengan lebih mudah. Setiap yang disampaikan oleh pihak ketiga sangat diyakini serta lebih dipercayai.

Oleh sebab itu jugalah manusia amat suka mendengar gosip-gosip, senang menerima penyebaran fitnah serta mudah menerima tuduhan terhadap seseorang yang lain walaupun tuduhan tersebut mungkin langsung tidak berasas.

Sifat aneh manusia ini mampu mendatangkan bahaya kerana ia mampu mewujudkan banyak persepsi yang tidak baik terhadap seseorang mahupun terhadap sesebuah kelompok.

 

Pengalaman Mencipta Pasaran Dari Pihak Ketiga

Saya pernah menjadi salah seorang peniaga MLM dari salah sebuah syarikat yang ternama di Malaysia. Salah satu daripada produk terhebat syarikat tersebut pada ketika itu ialah Kopi Tongkat Ali.

pemasaran

Strategi pemasaran saya ialah untuk membekalkan kopi ini ke restoran-restoran tertentu terutamanya Restoran Mamak. Pada awalnya usaha saya untuk menembus pasaran restoran mamak ini sangat susah. Dua hingga tiga kali cubaan, jawapan yang saya dapat tetap sama..

“Ini kopi tada orang minumlah..”

Jadi saya berpakat dengan ‘downline’ saya ketika itu untuk lakukan satu strategi baru. Salah seorang ‘downline’ akan pergi ke restoran tersebut dan minta Kopi Tongkat Ali jenama syarikat MLM kami. Ternyata kopi tersebut tiada dijual disitu.

Keesokannya pula saya minta seorang lagi downline saya untuk lakukan perkara yang sama dan pada kali ini rakan downline saya itu akan kata kepada pemilik restoran mamak itu,

“Apalah Mamak… lain kali beli Kopi Tongkat Ali XXX..”

Hari ke-3 seorang lagi rakan downline saya turut melakukan perkara yang sama. Pada hari ke-4 saya datang ke restoran tersebut dan belum sempat saya berkata apa-apa, Mamak di restoran tersebut terus tanyakan sama ada saya membawa Kopi Tongkat Ali XXX itu. Katanya,

“Customer sudah marahlah mau ini kopi..”

Jadi strategi kami menjadi dan selama beberapa bulan juga saya bekalkan kopi itu ke restoran mamak tersebut dan juga ke beberapa restoran mamak yang lain.

 

Bagaimana Pihak Ketiga Dapat Menyakinkan Sesuatu Pembelian?

Selagi tiada bukti bagi membuktikan sesuatu perkara, manusia tidak akan percaya. Walaupun kita sebagai penjual menyatakan sendiri bahawa produk kita bagus, berkesan serta sangat berbaloi namun selagi tiada bukti, selagi itu prospek sukar untuk percaya.

pemasaran-word-of-mouth

Cara terbaik dan paling cepat untuk membina kepercayaan serta keyakinan prospek adalah dengan menunjukkan bukti awam kepada prospek iaitu bukti dari pihak ketiga yang telah memiliki atau menggunakan produk mahupun perkhidmatan kita.

Bukti awam dari pihak ketiga inilah dipanggil TESTIMONI. Dalam testimoni ini, kita tunjukkan bagaimana produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan itu telah memberi manfaat kepada pemberi testimoni. Lebih banyak testimoni ditunjukkan, lagi cepat keyakinan prospek dapat dibina.

 

Elakkan Meletakkan Testimonial Palsu

Testimoni sangat berkuasa tinggi untuk menjana keyakinan serta kepercayaan prospek terutamanya jika testimoni tersebut datangnya dari seseorang yang amat terkenal, yang berkredibilti tinggi ataupun dari seorang selebriti.

Anda mungkin boleh menipu dengan meletakkan testimoni palsu, namun anda harus ingat penipuan tidak akan menjamin kejayaan sesuatu perniagaan anda kerana pada akhirnya, penipuan anda pasti akan dapat dikesan terutamanya pada testimoni palsu.

Testimoni yang terbaik dan berkesan ialah testimoni daripada orang-orang yang sebenar dan setiap kenyataan testimoni yang sebenar itu datang terus dari hati orang tersebut dan bukannya dipaksa-paksa atau disogokkan sesuatu.

Niatkan dalam hati dan dalam setiap tindakan bahawa testimoni pelanggan anda itu adalah perkongsian terbaik mereka kepada orang lain agar orang lain akan turut sama mendapat manfaat seperti yang mereka perolehi.

 

(Sumber gambar:  Mirjeesnapfactory)


Tags: , , , , , , , , , ,

Komen (10)

  1. Terbaek tuan Zahrul Azua.. Teknik wajib dicuba!!

    Letak brg supaya ia menjadi hot n viral… 🙂 PAKATAN!!! ini dinamakan BIJAK!!!

    1. Ijamidayu,

      Nak hidup… kalaulah betul tak de market seperti yang Mamak tu kata pada awalnya… kenapa selepas saya supply kopi tu setiap bulan dia minta kopi tersebut… siap call lagi sebab dia kata kopi tu sudah habis. kannn…

Leave a Reply to Nurul Asihqah Amri Batal (Cancel)