8 Tip Kepimpinan Jose Mourinho (Bahagian 1)

May 12, 2011 — Penulis:

Kategori: Kepimpinan

Kejayaan sesuatu bisnes bukan sahaja bergantung kepada idea dan produk yang hebat, kewangan yang kukuh dan pemasaran yang berkesan. Apa yang lebih utama adalah kepimpinan yang berkesan.

Jose Mourinho, jurulatih bola sepak Real Madrid

Pemimpin organisasi adalah umpama kapten kapal yang mengemudi sebuah bahtera. Jika kapten kapal itu tahu ke mana hendak dituju dan bagaimana mengemudi bahtera tersebut maka ia akan sampai ke destinasi dengan selamat. Jika tidak , sama ada bahtera itu akan sesat di lautan atau lebih teruk karam dan terkubur di dasarnya.Daphne Partiet Slide

Malah dalam buku penulis bertajuk ‘Terbang Tinggi Seperti AirAsia’, salah satu strategi kejayaan AirAsia yang disentuh adalah mengenai kepimpinan yang berkesan.

Kerana itu, kali ini artikel ini akan menyentuh tentang tips kepimpinan dari José Mário dos Santos Félix Mourinho.

Mungkin ramai yang tidak mengenali siapa pemilik nama di atas ini. Tetapi jika disebut Jose Mourinho, mungkin kebanyakkan dari anda mengenalinya, terutama bagi mereka yang meminati sukan bolasepak.inflatable finish line arch

Kepimpinan yang Terbukti

Jose Mourinho tidak mempunyai bakat dan pengalaman sebagai pemain bolasepak tetapi beliau dikenali sebagai pengurus pasukan bolasepak antarabangsa, yang mempunyai kemampuan istimewa di mana setiap kali beliau dilantik melatih sesuatu kelab bolasepak, pasukan itu akan menunjukkan keserasian, mempamerkan pencapaian memberangsangkan dan memenangi pelbagai piala kejuaraan.

Jose Mourinho ketika di Chelsea

Porto, Chelsea dan Inter Milan adalah kelab-kelab bolasepak yang pernah menerima sentuhannya dan merupakan testimoni terhadap percapaian hebatnya. Kini beliau mengemudi kelab Real Madrid yang merupakan kelab termahal di dunia dan baru memenangi Piala Raja Sepanyol pada bulan April 2011.

Ketika bersama Porto, apabila kelab itu berjaya menewaskan pasukan hebat Manchester United, Mourinho mengatakan:

“Kata-kata Ferguson adalah betul. Wang tidak menjamin kejayaan. Saya membuktikannya pada musim perlawanan yang lalu apabila pasukan Porto bimbingan saya menewaskan Manchester United. Ia semua bergantung kepada kepimpinan.”

Semasa bersama Chelsea, beliau berjaya membawa pasukan itu memenangi pelbagai kejuaraan seperti FA Cup dan League Cup. Manakala pada tahun pertama beliau membimbing kelab Inter Milan, pasukan itu berjaya menjuarai Piala Juara-Juara, iaitu kejuaraan yang menemukan kelab-kelab terbaik dunia.Mereka menumpaskan Barcelona, kelab terbaik di dunia.

Apabila beliau meninggalkan kelab Chelsea, bukan sahaja pemain-pemain Chelsea malah ‘lawannya’ iaitu Alex Ferguson, pengurus Manchester United, dan Arsene Wenger, pengurus Arsenal turut bersedih dengan pemergiannya.chong qi gong men

Malah, Perdana Menteri Britain turut mengakui beliau bersedih dengan keputusan Mourinho meninggalkan Chelsea.

Pilihan Warga Korporat

Kehebatan Jose Mourinho bukan sahaja diperkatakan di dunia bolasepak, malah gaya kepimpinannya kini dikaji oleh pakar-pakar pengurusan di Amerika Syarikat.

Richard Branson, seorang billioanaire terkenal dunia

Dalam satu tinjauan yang pernah dijalankan oleh AOS Research, firma kajian berpusat di Amerika Syarikat, Mourinho merupakan pilihan pertama para pekerja pejabat, untuk menjadi bos mereka untuk mengubah suasana dan tempat kerja, mengatasi selebriti dan tokoh lain seperti Richard Branson, Barack Obama, Oprah Winfrey dan Jamie Oliver.

Apakah gaya kepimpinan yang diterap oleh Mourinho yang menyebabkan beliau disayangi pemain, disanjungi peminat, dikagumi lawan dan dikaji pakar-pakar pengurusan?

Terdapat 8 teras kepimpinan Mourinho yang dikenalpasti dan artikel kali ini akan menyentuh 4 daripadanya. Teras-teras seterusnya akan disentuh dalam bahagian kedua artikel akan datang.

#1 – Kuasa Fokus

Ayah Mourinho merupakan seorang pemain bola sepak profesional dan Mourinho juga mempunyai cita-cita yang sama. Namun oleh kerana beliau langsung tidak mempunyai bakat bermain bola sepak, beliau bukan sahaja tidak dibenarkan bermain malah berada di padang juga dilarang.

Lantaran itu, beliau berhenti bermain dan memasuki sekolah perniagaan. Tetapi selepas sehari belajar beliau berhenti dan mendaftar untuk kursus sains sukan, dan semenjak dari saat itu beliau membuat keputusan untuk menjadi jurulatih bolasepak terunggul dunia dan menfokuskan segala usahanya untuk mencapai cita-citanya.

Di Porto, Chelsea, Inter Milan dan sekarang Real Madrid, pemikiran Mourinho menetapkan beliau fokus pada kemenangan dan apabila kalah, beliau tidak membenarkan perasaan kecewa dan putus asa menguasai pemikirannya.

Jose Mourinho & Ronaldo mengatur strategi

Setiap pasukan yang dikemudinya akan bangkit semula dengan pantas pada perlawanan seterusnya kerana pemikiran pemimpinnya, Mourinho, fokus hanya pada satu perkara iaitu kemenangan.

Bintang Inter Milan, Diego Milito mengatakan bukanlah satu kebetulan apabila pasukan itu tewas ia akan terus bangkit disebabkan oleh Mourinho.

Mourinho sendiri pernah berkata, “Saya menyukai pemain yang cintakan kemenangan. Mereka tidak hanya mahu menang dalam masa 90 minit perlawanan, malah setiap hari, di dalam setiap sesi latihan dan di dalam setiap saat dalam hidup mereka. ”

Bukan sahaja Mourinho, malah pemikiran keseluruhan pasukannya fokus untuk mencapai kemenangan.

#2 – Motivasi, Inspirasi dan Daya Tahan

Mourinho mewujudkan ikatan hubungan dengan setiap pemainnya melebihi hubungan antara seorang jurulatih dengan pemain. Beliau rapat dengan pemainnya, mengenali mereka secara peribadi dan dan tahu kekuatan dan kekurangan setiap dari mereka.

Dengan pengetahuan itu, beliau melatih setiap pemainnya dengan cara yang berbeza mengikut kemampuan pemain tersebut. Menurut Ronaldo, pemain Real Madrid, “Sesi latihan beliau menakjubkan. Ia memang berat tetapi kami tidak merasa penat kerana kami benar-benar merasa motivasi untuk melakukannya. ”

Mourinho membina ikatan seperti ikatan keluarga dalam setiap pasukan yang dilatihnya. Katanya, “Kita mesti mewujudkan suasana positif dan membuat setiap dari mereka merasa sebahagian dari pasukan. Dalam pasukan ini, mereka yang bekerja di dapur turut merasa sebahagian dari keluarga ini dan juga merasa mereka sebahagian dari kejayaan yang dicapai. Dan saya adalah salah seorang dari keluarga ini. ”

#3 – Mewujudkan Kepercayaan Untuk Menggerakkan Perubahan

Kajian menunjukkan pasukan akan menunjukkan pencapaian yang bagus, apabila pemimpin mereka juga bertindak sebagai seseorang yang mereka boleh dipercayai. Mourinho merupakan lebih dari sekadar pengurus dan jurulatih, malah dia adalah rakan kepada pemain-pemainnya.

Beliau boleh didatangi pada bila-bila masa oleh pemain-pemainnya untuk berbincang walau dalam isu peribadi sekalipun. Kepercayaan yang mereka lihat dalam diri Mourinho ini mendorong mereka untuk memberi yang terbaik untuk jurulatih tersebut.

Kerana itu, pada majlis perpisahan bersama Chelsea, setiap orang dalam pasukan Chelsea menangis. Beliau bukan sahaja mengenali pemainnya tetapi juga isteri-isteri serta anak-anak mereka, dan menyebut nama mereka satu persatu semasa tiga jam majlis perpisahan tersebut.

Bagi pemain Inter Milan, Milito tiada jurulatih lain sepertinya yang akan bermati-matian, mempertahankan setiap daripada ahli pasukannya. Frank Lampard, pemain Chelsea, pula berkata, “Saya sayangkannya sebagai seorang manusia dan juga sebagai pengurus.”

#4 – Menyelesaikan Perbezaan dan Konflik

Setiap pasukan berprestasi tinggi dan cemerlang akan menghadapi konflik dalam pengurusan dan ia adalah lumrah. Begitu juga dengan pasukan-pasukan bolasepak terkemuka, yang pernah diuruskan oleh Mourinho.

Mourinho bijak mengatasi konfik dalaman pemain

Beliau menguruskan konflik tersebut dengan pendekatan yang digambarkan dalam peribahasa Inggeris ‘Put the fish on the table’ (meletakkan ikan di atas meja). Dengan meletakkan ‘ikan’ atau konflik tersebut di atas meja, semua orang berpeluang melihat permasalahan tersebut dan turut bersama mencari penyelesaiannya.

Mourinho sentiasa memberikan maklum balas dan penilaian pencapaian kepada setiap pemainnya, dan tidak semua pemainnya selesa dengan pendekatan ‘put the fish on the table’nya itu.

Namun, mereka membiasakan diri menerima maklumbalas Mourinho yang terbuka serta adakalanya ‘pedas’ dan berusaha meningkatkan mutu permainan mereka.

(Bersambung di artikel Bahagian 2 akan datang)

Kredit gambar yang diambil dari laman Flickr (geomadridista, hotcdchange, franmonksgeomadridista, Par3618823)


Tags: , , , ,

Komen (13)

  1. Salam.

    Ianya satu perkongsian yang begitu hebat sekali
    mengenai daya kepimpinan yang ditunjukkan oleh
    Jose Mourinho.

    Sifat kepimpinan yang ditunjukkan oleh Mourinho
    memang dicontohi oleh sesiapa sahaja yang ingin
    mengecapi kejayaan dalam hidup ini tidak kira
    apa sahaja bidang yang mereka lakukan.

    Semoga ianya akan menjadi inspirasi kepada
    sesiapa sahaja yang mereka boleh berjaya jika
    melakukan sesuatu kerja itu dengan penuh minat
    dan bersungguh-sungguh..

    Terima kasih.. 🙂

  2. Jose Mourinho

    "You can't win the treble every season. But I've done it twice and I think twice is quite a lot."

  3. Zulfadhli Zulpress
    May 13, 2011

    kuasa fokus, matlamat pasukan yang jelas, rasa kebersamaan dalam pasukan dan berbincang dalam membuat keputusan atau menyelesaikan masalah amat perlu ada pada setiap ahli pasukan lebih-lebih lagi pemimpin sesebuah pasukan atau organisasi.

    tips yang bermanfaat, terima kasih atas perkongsian.tunggu next series…

  4. sbb itu sy meminati chelsea pd ketika mourinho memegangnya kerana sy dpt rasekan mourinho berbeza dgn pengurus laen..wlpun ramai yg menyatakan alex hebat sbb berjaya membawa pulang byk piala tp mourinho membawa pulang setiap piala pd setiap pasukan yg dipegangnya..juga terbukti di real..

    dan sy respek cara die menguruskan dan menguatkan mental pemainnya 🙂

  5. aku suka artikel ini. sesuatu yg boleh dipelajari dan dipraktikkan. dah ramai yg pilih ‘gaya’ ini berjaya dlm bisnes mereka ..

  6. Harap ada buku gaya kempimpinan Jose pada masa akan datang supaya boleh saya dalami lagi 🙂 Tahniah Tuan Mazlan dan Tim MN!

  7. Mourinho bukan ambil keputusan untuk tinggalkan Chelsea tapi beliau dipecat, silap fakta tu

Pendapat anda?