Tip Kreatif Dalam Jualan

December 02, 2013 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Komunikasi / Pemasaran

Dalam melakukan aktiviti jualan, elakkan sama sekali daripada menjadi stereotaip . Kreativiti dan kebijaksanaan melakukan idea-idea dan teknik-teknik jualan yang berbeza daripada orang lain mampu menarik minat pelanggan. Idea dan teknik yang di miliki jangan dibuang begitu sahaja tetapi perbaiki dan dipertingkat agar minat dan tumpuan pelanggan mudah dipikat dengan apa yang kita lakukan.

Elakkan daripada mengikut atau sama sahaja bentuk jualan dengan peniaga sedia ada. Biar pelanggan mengenali kita dengan mudah kerana kelainan dan perbezaan yang kita tonjolkan kepada mereka. Inilah langkah awal pelanggan memilih produk dan penjual yang disukai.

Antara faedah daripada elemen kreatif dan sikap positif dalam perniagaan:

1. Lain dari yang lain

Berikan kelainan dan perbezaan. Tiada salahnya mencuba perkara baru tapi janganlah melakukan yang pelik-pelik sehingga kelihatan janggal. Apa saja pendekatan yang tidak berlebihan asalkan boleh menarik mereka untuk berurusan dengan kita.

2. Bersungguh-sungguh

Sesuatu perkara kalau dilakukan dengan kesungguhan dan kegigihan pasti hasilnya akan berpihak kepada kita. Jika peniaga bersungguh menawarkan, pasti pembeli atau pengguna juga bersungguh untuk menerimanya. Yang penting permulaan tindakan mesti datangnya daripada kita sendiri.

3. Mudah tarik perhatian

Keunikan dan teknik jualan tersendiri merupakan magnet menarik pelanggan. Yang penting perbuatan dan tindakan kita cukup disenangi oleh mereka untuk menerimanya. Pasti penutupan jualan bukan lagi menjadi suatu kesukaran buat kita selepas ini.

PeniagaKreati

4. Berfikir di luar kotak bukan angan-angan

Fikir sebaik-baiknya dan lakukan sesuatu di luar kebiasaan bagi mendapatkan idea dan ilham. Dapatkan pandangan dan ilham daripada orang lain. Perbetulkan mana yang kurang berkesan agar ada penambahbaikan.

5. Personaliti dan sikap positif sebagai daya penarik jualan

Gaya dan cara yang berbeza daripada orang lain memudahkan orang lain mendekati kita. Dari jauh lagi dah menegur dan tersenyum manis kepada kita. Bila orang sudah mula percaya akan kehadiran kita sudah tentunya tawaran jualan lebih mudah dilakukan. Dapatkan kepercayaan dan keyakinan orang sebelum melakukan jualan untuk urusan jual-beli yang lebih efektif.

Sentiasa berfikir mencari kelainan yang ada pada diri kita. Di pasaran terdapat begitu ramai orang yang melakukan perkara yang sama. Elakkan daripda bertindak dan terjebak dengan gaya dan corak jualan mereka.

Beri perhatian sewajarnya ketika urusan jual beli kerana pelanggan membeli dan menerima tawaran bukannya 100% terletak pada produk. Ia juga bergantung kepada sejauh mana kita berusaha memikat perhatian pelanggan. Cipta kaedah tersendiri dan berikan yang terbaik. Lakukannya dengan bijak.

Kredit foto: massivemediaangah316


Tags: , , , , ,

Komen (2)

Leave a Reply to yatinordin Batal (Cancel)