Tip Mudah Lulus Pinjaman Rumah

June 17, 2014 — Penulis:

Kategori: Hartanah

Bunyinya seakan mudah tetapi hakikatnya tidaklah semudah yang disangkakan. Lebih-lebih lagi sekiranya anda tidak mengetahui apa yang diingini oleh pihak bank.

tip-mudah-lulus-pinjaman-rumah

Bagi anda yang pernah melalui proses permohonan pinjaman pasti pelbagai rungutan yang akan anda perkatakan, lebih-lebih lagi sekiranya kelulusan yang diperolehi disusuli dengan pelbagai syarat.

Ada yang memerlukan penjamin tambahan, cagaran dalam bentuk simpanan tetap malah ada yang jumlah pinjamannya terpaksa dikurangkan dan kesemua syarat ini sebenarnya bakal mengundang masalah kepada para pemohonnya.

Menerusi artikel ini, anda tidak perlu lagi merungut kerana saya akan membongkarkan salah satu kaedah, yang sering pihak bank gunakan bagi mengenal pasti kemampuan si pemohon melunaskan pinjamannya.

Ianya secara tidak langsung bakal memudahkan anda untuk menilai sendiri kebarangkalian pinjaman anda itu diluluskan.

Rahsia Debt Service Ratio

Debt Service Ratio atau singkatannya DSR merupakan satu kaedah pengiraan kemampuan pembayaran balik bersandarkan kepada kedudukan kewangan anda dan formula pengiraan DSR yang perlu anda ‘hafal’ adalah seperti berikut:-

             Jumlah Bayaran Pinjaman Bulanan

DSR   =  ——————————————-    x 100%

             Jumlah Pendapatan Bersih Bulanan


Ya, peratusan yang anda perolehi dari pengiraan di atas menjadi penentu kepada pihak bank meluluskan pinjaman anda.

Peratusan tersebut kebiasaannya akan dibandingkan dengan peratusan kelulusan yang telah ditetapkan oleh pihak bank. Bagi memudahkan anda untuk memahaminya, saya berikan satu contoh tentang apa yang telah saya terangkan di atas:

Contoh Pengiraan Lulus Pinjaman Rumah

Andaikan Bank ABC telah menetapkan 55% atau kurang sebagai penentu peratusan kelulusan mereka, manakala jumlah bayaran bulanan pinjaman dan pendapatan bersih anda adalah seperti berikut:

Bayaran bulanan :

RM800 (instalment rumah) + RM400 (instalment kereta) + RM200 (kad kredit)  =  RM1,400

Pendapatan bersih : RM3,000

            RM1,400

=>        ————   x 100%

            RM3,000

=          46.67%

Ini bermakna pinjaman anda itu berkemungkinan besar akan diluluskan memandangkan peratusan DSR yang anda perolehi (46.67%), adalah lebih rendah daripada peratusan DSR yang pihak Bank ABC tetapkan (55%).

Mudah bukan?

Bagi mengetahui lebih banyak tips bagi memudahkan urusan pinjaman anda, anda boleh dapatkan ebook Tips Mudah Lulus Pinjaman yang ditulis dan dijual di blog saya, pada harga serendah RM25 sahaja.

Kredit gambar daripada Flickr: ( MyLifeStory)


Komen (6)

  1. walaupon bank ABC menetapkan DSR 55%, tetapi ianya boleh berubah bergantung pada setiap kes.
    Cth: En Ali bergaji rm3000 dan DSR yang telah dia ada kini 56%, tetapi disebabkan dia ini merupakan regular customer bank ABC (gaji masuk bank ABC, kredit kad bank ABC, loan kereta bank ABC, PL dgn bank ABC), dan semua track record beserta statement bank yang baik, berkemungkinan En Ali akan diberi pinjaman oleh bank ABC.

  2. klu orang yg takut2 nk berhutang dgn bank ni mcm mana agaknya nak beli rumah untuk invest? Tuan apply loan guna nama company atau persendirian?

Leave a Reply to faisal Batal (Cancel)