Tip Pembelian Hartanah – Rumah Panas, Pulangan Ganas

September 15, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Hartanah / Pelaburan

“Di manakah lokasi paling baik untuk saya mulakan pelaburan hartanah saya?”

Itu adalah soalan paling kerap yang saya terima dari pembaca blog saya. Bukan setakat mereka, malah anda sendiri akan turut bertanyakan soalan yang sama kepada saya. Mungkin susunan ayatnya sahaja yang berbeza tetapi ungkapan maksudnya pasti serupa.

port-dickson-homestay

Bagi memudahkan anda, para pembaca artikel ini menemui jawapannya, di sini saya senaraikan 5 lokasi yang pada saya agak ‘panas’ dan mampu menghadirkan pulangan yang ‘ganas’ (lumayan) kepada anda.

  1. Berdekatan Pusat Pengajian Tinggi (PPT)

Setiap kali sesi/semester baru akan bermula, pasti jumlah pengambilan pelajarnya meningkat. Peningkatan ini pula kebiasaannya tidak selari dengan jumlah penginapan (asrama) yang disediakan oleh pihak PPT, dan atas kekangan inilah yang menjadikan hartanah berhampirannya semakin ‘panas’ dengan permintaan sewaan daripad para pelajarnya. Selebihnya, tidak perlu saya rungkaikan lagi asbab lokasi ini mendapat permintaan yang tinggi.

  1. Berhampiran Kawasan Perindustrian

rumah-di-kilang

Sepertimana poin di atas, jumlah para pekerja industri juga berpotensi untuk meningkat. Lebih-lebih lagi di kala situasi ekonomi pesat berkembang. Justeru, pengambilan para pekerja ini (baik tempatan mahu pun asing) pastinya akan merancakkan lagi permintaan terhadap kediaman sekitarnya dan tidak hairanlah, lokasi hartanah sekitar Prai (sebagai contoh), tidak pernah lekang dari permintaan sewanya.

  1. Sekitar Pusat Komersial

Perubahan pola gaya hidup telah membuatkan hartanah di sekitar pusat komersial mendapat permintaan yang tinggi. Gaya kehidupan sibuk masyarakat kota telah membuatkan ‘masa’ sebagai ‘item’ paling berharga dalam hidup mereka.

Pilihan yang mereka ada hanyalah mencari hartanah berdekatan pusat komersial yang bertindak sebagai ‘one-stop-centre’ bagi mereka meneruskan aktiviti kehidupan harian mereka seperti makan, minum dan berhibur.

  1. Berdekatan Hub Pengangkutan

“Penatnya bila berada dalam kesesakan lalu lintas ini”

“Mahalnya kos untuk sampai ke ofis sekarang ini”

Itulah antara keluhan yang biasa kita dengar ketika ini. Kos-kos seperti petrol, tol malah parkir kereta juga menjadi antara bebanan masyarakat kita ketika ini, terutamanya bagi mereka yang tinggal di sekitar ‘hutan batu’.

rumah-berhampiran-hub-pengangkutan

Akibat dari keluhan sebeginilah yang menjadikan lokasi berhampiran hub pengangkutan mendapat permintaan yang amat tinggi. Baik stesen LRT, MRT mahu pun komuter, pastinya lokasi sebegini menjadi carian tertinggi para penyewa terutamanya di kota, dan akibat dari persaingan ini jugalah, kantung si tuan rumah semakin menebal dari sebelumnya.

  1. Berada di Kawasan Tumpuan Pelancongan

Beruntungnya bagi mereka yang menetap di lokasi berhampiran pusat tumpuan pelancongan. Jika tidak melalui sewa, pastinya pendapatan mampu terhasil dari aktiviti ‘rumah tamu’ (guest house). Manakan tidak, mengambil dari pengalaman saya berseminar di Kuching dan Kota Kinabalu baru-baru ini, ‘rumah tamu’ yang saya hubungi sebelum ke sana rata-ratanya telah pun penuh ditempah.

Pastinya jumlah tempahan akan menjadi semakin padat apabila cuti sekolah mahu pun perayaan mula menjenguk dek kerna para pengunjung yang ingin menginap di sepanjang lawatan mereka.

Ya, atas faktor-faktor yang diketengahkan di atas, pastinya telah menjawab persoalan kenapa kelima-lima lokasi ini menjadi ‘panas’ dari segi permintaannya. Lazimnya sepertimana yang tertulis di dalam teori ekonomi, apabila lokasi menjadi ‘panas’ dengan permintaan, pasti pulangan yang terhasil darinya juga menjadi semakin ‘ganas’.

Kredit foto: WikiMedia, Kak Pah Homestay Port Dickson, Societies Illusion


Tags: , ,

Komen (8)

  1. Terima kasih AE utk tips diatas.. malangnya utk membeli rumah dikawasan spt diatas sgt sukar bg newbie mcm sy coz harga rumah sgt mahal dikawsan trsebut.. :”(

  2. Tq utk tips.. teringin nk beli di kwsn spt disebutkn tp harga umah kwsn hotspot tu sgt mahal utk newbie mcm sy… :”(

Pendapat anda?