Tip Penjagaan Laptop yang Kedai Komputer Tidak Mahu Anda Tahu

February 10, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Keselamatan / Teknologi

Apabila kita membeli laptop, setiap penjual akan memberitahu tentang kelebihan setiap laptop yang dijual. Spesifikasi, kelajuan processor, memori yang pantas, kapasiti cakera keras yang besar, pemproses grafik yang boleh menjana visual realistik, saiz paparan skrin dan lain-lain lagi ciri-ciri yang digunakan sebagai poin jualan.

Hampir tiada seorang pun daripada penjual laptop ini akan memberitahu anda bagaimana hendak menjaga laptop dengan betul. Apa yang menjadi motivasi mereka adalah stok laptop yang bertingkat-tingkat itu mesti terjual.

Servis Komputer

Hakikatnya, laptop yang anda sedang gunakan sekarang adalah sangat penting. Melayari internet, urusan perniagaan, kerja kerja pejabat, kerja kerja grafik, bermain permainan video, media sosial, pengkalan data, dan panggilan video boleh dilakukan dengan laptop anda.

Tidak seperti kereta yang anda guna seharian, anda akan hantar servis ke bengkel kereta setiap 5000km untuk menukar minyak hitam dan penapis minyaknya. Sedangkan kereta yang anda gunakan cuma berkemampuan untuk:

  • Membawa anda dari poin A ke poin B
  • Angkat barang selagi muat

Jadi, kelebihan laptop lebih banyak, kenapa anda tidak menjaganya sebaik mungkin?

Saya berasa amat bertanggungjawab untuk berkongsi rahsia yang semua kedai komputer ingin rahsiakan dari anda. Laptop yang tidak berjaga adalah laptop yang akan rosak. Bila rosak wajib dibaiki, bila baiki jawapannya wang.

Pengguna Laptop Sengsara

Kedai Komputer Gembira, Pengguna Sengsara

Untuk berkongsi semua tips penjagaan laptop dalam satu artikel adalah sesuatu yang mustahil, saya akan ungkaikan rahsia ini satu persatu setiap siri nanti.

Tips 1 – Cuci Kipas laptop dan tukar ‘thermal paste’ baru setiap 6 bulan.

Selama 5 tahun dalam dunia pembaikan laptop, 80% dari laptop yang rosak adalah disebabkan masalah motherboard

Dari masalah motherboard 7% darinya berpunca dari kecuaian manusia seperti tertumpah cecair dan terjatuh

Lagi 93% dari kerosakan motherboard  ini berpunca dari tidak servis laptop

Apa Itu Servis Laptop?

Servis laptop adalah dimana laptop akan dibuka dan habuk yang berkumpul di kipas laptop akan dibersihkan. Thermal paste baru akan digantikan

Mengapa Ia Perlu Dilakukan?

Seperti juga kereta, laptop mempunyai komponen yang bergerak, komponen yang bergerak memerlukan sistem penyejukan. Komponen seperti processor dan pemproses grafik menjana haba yang sangat tinggi sehingga boleh mencecah 100 darjah C

Sistem penyejukan yang membantu menyejukkan komponen ini adalah kipas yang bersambung dengan besi tembaga. Besi tembaga ini akan bersentuh melalui thermal paste dengan komponen komponen panas ini.

Kipas yang menjadi sistem penyejukan ini, lama kelamaan akan memerangkap habuk. Jika anda tinggal di persekitaran yang ada karpet atau berhabuk, habuk akan lebih cepat terkumpul di kipas ini.

Komputer Servis

Apabila habuk-habuk ini berkumpul, sistem menjadi tidak efisien kerana ianya menghalang udara panas dari keluar. Apabila ianya tidak efisien, komponen penting seperti processor dan pemproses grafik ini akan rosak kerana terlebih panas (overheating).

Apabila ini berlaku, kos membaikinya lebih kurang membeli laptop baru. Sebagai contoh kos untuk tukar motherboard brand Acer sahaja mencecah RM700. (sumber Highpoint) manakala untuk motherboard Apple Macbook Pro adalah RM2000 (iMac city)

Apakah Thermal Paste?

Thermal paste adalah selapis bahan yang mengalirkan haba sangat baik yang letaknya diantara komponen panas ini dan sistem penyejukan.

Lama kelamaan, thermal paste ini akan keras dan tidak mengalirkan haba dengan baik. Ianya juga perlu ditukar. Tujuan servis laptop ini adalah untuk menjamin sistem penyejukan yang efisien dan optimum sepanjang masa.

Pusat Servis Komputer

Di Mana Boleh Servis Laptop?

Untuk servis laptop anda digalakkan untuk menghantar laptop kepada pakar yang berhampiran dengan anda.

Ini adalah kerana untuk mencuci laptop, anda perlu buka seluruh badan laptop dan besar kemungkinan akan terjadi insiden tikus membaiki labu.

Komponen komponen di dal am laptop juga amat sensitif kepada elektrostatik.

Bila Waktu Sesuai Servis Laptop?

Anda dinasihatkan untuk servis laptop anda setiap 6 bulan sekali. Jika anda merasakan laptop anda cepat panas, contohnya jika anda boleh rasakan haba di tapak tangan anda ketika menggunakan laptop, segeralah hantar ke kedai komputer berhampiran untuk diservis.

Jika persekitaran anda berhabuk, anda harus melakukannya dengan lebih kerap.

Kesimpulan

  • Servis laptop adalah langkah pertama untuk memanjangkan usia laptop anda.
  • Haba adalah musuh utama laptop.
  • Pastikan anda servis laptop anda sekurang kurangnya 6 bulan sekali.
  • Hantar laptop pada yang pakar sahaja.
  • Laptop yang dijaga dengan baik adalah laptop yang akan menggembirakan tuannya.

Kredit foto: smemonarbroncomputer0937angry_laptop10975928236fJVLgVGzrio


Tags: , , ,

Komen (49)

  1. Artikel yg sangat bagus!

    Soalan;

    1) Adakah tip sama utk PC?

    2) Bagaimana dgn laptop baru yg mempunyai waranti? Bukankah waranti void apabila diservis selepas 6 bulan?

    1. Saya juga suka artikel ini!

      Menjawab soalan tuan Afyan:
      1) Saya biasa buat tip yang sama untuk desktop PC. Malah, desktop PC lebih mudah untuk diservis.

      2) Waranti hanya cover kerosakan. Servis tidak boleh. Dan ya, kemungkinan besar servis sendiri akan void waranti.

  2. Terima kasih atas perkongsian ini. Memang ikhlas saya baru tahu tentang konsep servis laptop ini. Sebelum ini konsep yang saya faham laptop memang jangkahayatnya dalam tempoh 5-6 tahun dan lepas itu memang kena ganti baru. Salah konsep rupaya selama ini 😉

  3. Perkongsian yang menarik, tapi nak cari kedai yang servis laptop betul2 mcm susah je. Sedangkan nak repair pun tak semua kedai nak. Masing cakap motherboard rosak dan kena ganti baru. walhal kalau bersihkan dah elok.

    Just pengalaman peribadi hehe.

  4. Servis notebook pun boleh dibuat sendiri. cuma perlu ada tools yang sesuai. Thermal paste bolej didapati dimana2 kedai peralatan eletronik. tak mahal pun. cuci kipas dan tukar thermal paste….pasti tahan lama. Saya dah pernah buat sendiri.

  5. Salam TT. Berapa anggaran kos sekali servis?

    Saya tolong jawab soalan soleh, guna laptop dalam aircond lebih baik kerana lebih menggembirakan penggunanya 🙂

  6. Soalan: Bagaimana pula bagi laptop yang jarang digunakan? Dalam seminggu/sebulan hanya 2 atau 3 kali penggunaannya.

    Mohon penjelasan lanjut mengenai tips ini, Pastikan anda servis laptop anda sekurang kurangnya 6 bulan sekali.

  7. Salam,
    Thankz for the info..
    If kita pergi kedai untuk cuci kipas, adakah pihak kedai akan automatik menukar Thermal Paste? atau kita perlu inform pihak kedai yang kita nak tukar Thermal Paste..

  8. untuk mencuci kipas laptop, cara paling mudah adalah dengan menggunakan vacuum sedut habuk dari tempat exhaust fan tu.. tapi pastikan vacuum dilapik dengan kain nipis untuk mengurangkan kuasa sedutan.. jika terlampau kuat dikhuatiri akan merosakkan kipas laptop tersebut..

    thermal paste seelok2nya ditukar selepas 1 tahun.. thermal paste juga perlu ditukar dengan berhati2 dengan jumlah yg sesuai.. terlampau banyak thermal paste akan menghalang haba dari pergi ke heatsink sekali gus menyebabkan cip lebih cepat panas.

  9. Assalam.. artikel yg bagus & tepat.. memang x dinafikan.. akan tetapi, kebiasaannya laptop baru yg dibeli mempunyai 1 tahun limited warranty.. dimana kebiasaannya jikalau kita membuka cover bawah laptop tersebut yg lubang skrunya terdapat sticker hologram, secara automatiknya warranty tersebut akan terbatal (even sticker tersebut kadangkala terkoyak dgn sendiri tanpa kita sedari).. malah kesan2 skru dibuka turut akan diperiksa terlebih dahulu oleh pihak service centre & kebiasaannya apabila kita mahu menghantar laptop kita tersebut utk diservis ke authorized service centre (contohnya authorized service centre utk Acer adalah Highpoint) dimana masih lg dlm tempoh warranty, mereka x akan melayan permintaan utk melakukan servis sebegini (mana2 service centre, x kira HP, Acer, Dell, etc) melainkan jikalau terdapat sebarang kerosakan hardware dimana ianya melibatkan penukaran hardware yg rosak tersebut.. melainkan jikalau kita menghantar laptop kiya tu ke mana2 kedai ‘biasa’ yg bnyk terdapat di lowyatt plaza (bukan semua, tetapi sesetengah).. mereka ni memang cukup suka kalau kita hantar laptop untuk diservis.. tetapi risikonya adalah, komponen original di dalam laptop kita tersebut ditukar dgn yg non-original komponen @ parts.. dari hajat nak servis buang habuk jek, nanti esok lusa terpaksa ulang alik pergi ke kedai tu semula kerana ada benda lain yg rosak.. ada sahaj helah mereka utk mengelakkan mereka dari menanggung kos kerosakan tersebut.. apabila dibawa pula ke authorized service centre, dah tentu void warranty kerana laptop kita tersebut dah dibuka terlebih dahulu oleh pihak ketiga.. so, bg sy kita sebagai pengguna kadangkala berada di dlm dilema dgn benda2 macamni.. & kita juga perlu berhati2 dgn kedai2 servis biasa ini.. sekiranya laptop still dlm tempoh warranty, hantarlah ke service centre & beritahu mereka yg laptop anda dah slow ke, ade bau hangit ke.. kalau sekadar beritahu nak servis buang habuk, kemungkinan permintaan anda tersebut tak akan dilayan.. just my 2 cents.. 😉

  10. oooo pasni kene cari thermal paste…buat sendiri untuk pc gua…mohon share admin.

    kalau nak maximize perfomance android smartphone lak sila lihat di link ini yerr.

  11. Terima kasih TT untuk perkongsian hebat ini.Teringat laptop Toshiba sy suatu masa dahulu,laptop terlalu cepat panas di semua bahagian laptop..puas beli cooling fan,coolant liquid dan mcm2..tp stil panas..last2 pasrah je..xterfikir ttg kipas yg berhabuk tu..anyway,laptop tu pon dah selamat di copet 4 tahun lepas..huhu!

  12. Salam. saya buat sendiri.. boleh je buat sendiri kat rumah, jimat.. buka penutup belakang laptop dan buka kawasan kipas.. jgn cabut kipas.. sy melarang kawan2 perempuan saya menghantar ke kedai kerana mempunyai risiko yang amat tinggi terhadap benda peribadi dlm laptop. jika boleh, suruh kedai buka depan pelanggan..

  13. Laptop saya dah berhabuk. Seblum ni tak ambil kisah pun pasal penjagaan laptop. Ingatkan kereta je yang kena ada servis. Laptop pun. Tq Majalah niaga untuk artikel yang bermanfaat ini. 🙂

  14. Lepas 5 tahun pun tetap kena tukar…teknologi dah ketinggalan…specs laptop pun mungkin dah tak boleh nak guna untuk aplikasi terbaru

  15. Salam.

    tips yang bagus tetapi memerlukan perincian kerana tidak semua mempunyai keupayaan teknikal dalam membuka dan mengenalpasti komponen di dalam papan induk – wat tutorial ok gak.. heheh

    dan kebanyakan punca laptop rosak adalah overheat – suka bebenor letak atas tilam..

  16. brape kos untuk tukar thermal phase tu ye?? blh bgtau? terima kasih atas perkongsian.. kn sllu servis lps ni…

  17. apa yang salah konsepnya? memang betullah hayat laptop mahu pun PC hanyalah 5-6 tahun. lebih daripada itu adalah bonus. tip penjagaan semua ini pun adalah untuk mencapai 5-6 tahun itulah bukan untuk mencapai 10 tahun. Saya katakan kalau syarikat anda mampu, tukar komputer setiap 3 tahun untuk penggunaan yang lebih produktif. komputer bukan TV yang hanya boleh buat 1 atau 2 benda. jangan fikir jangka hayat mereka pun serupa.

  18. Mohamad Azim
    April 26, 2014

    iMac dengan laptop biasa.mana lebih bagus? efisien? Keliru,ada kawan cakap imac ni tak bagus.

  19. Tuan, kalau macbook pro, kipas kene cuci berape tahun sekali dan berapa caj cuci kipas utk mbp 13″?

  20. Laptop saya mengeluarkan bunyi beep yg pnjg di bhgian kipas bila bka laptop.kenapa ya . Kena servis ka berapa harga utk servis

  21. Sy pakai laptop jenama dell sejak mula masuk univ tahun 2006…masa blajar slama 6 tahun laptop on hampir 24/7 hanya sleep/hibernate ketika ke ke kelas
    Servis sndiri je mudah..dah 10 tahun ni baru 2-3 kali buat
    Smpai skrg 2016 laptop yg sama masih elok utk surfing2 dan kerja2 menaip biasa

  22. Afnan huzaifi
    December 12, 2016

    Assalamualaikum..apa nak buat kalau kita tertekan dekat second device, yang mana skrin laptop takkan mengeluarkan gambar sebaliknya peranti kedua…padahal saya takde peranti kedua

Pendapat anda?