Tip Jurujual Unggul :
Jangan Jual Produk Anda!

June 19, 2013 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Strategi Online & Offline

Saya pernah beritahu kepada salah seorang peserta seminar saya yang bertanyakan bagaimanakah caranya beliau boleh menjual buku-buku beliau dengan lebih baik. Beliau terkedu seketika apabila mendengar jawapan saya.

Saya katakan kepada beliau, “Jangan jual buku itu…” dan saya ulanginya sehingga tiga kali. Saya pasti anda juga agak keliru dan terkejut dengan jawapan saya tersebut. Ini kerana sebagai seorang usahawan, kita semestinya perlu menjual produk kita kepada pengguna. Jadi apakah yang sebenarnya saya maksudkan ini?

 

Jangan Jual Produk Tetapi Jual Apa Yang Terkandung Di Dalam Produk Itu…

Berbalik kepada jawapan saya kepada peserta seminar tersebut, saya terus menyambung jawapan penuh saya…

“Jangan menjual buku tetapi apa yang ada di dalam buku tersebut…”.

Beliau yang terkedu pada awalnya terus tersenyum dengan pencerahan tersebut. Terus beliau faham apa yang saya maksudkan ini sebenar-benarnya.

jual-benefit-kepada-pengguna

Kita perlu sedar bahawa pengguna sebenarnya tidak mahu tahu apakah jenama produk anda. Apa yang mereka mahu tahu ialah adakah produk yang anda jual atau pasarkan itu dapat membantu prospek sama ada untuk selesaikan masalahnya atau merealisasikan impian serta kehendak mereka.

Sudah semestinya produk yang kita jual atau pasarkan itu merupakan produk yang mampu membantu prospek kita. Jika produk tersebut tidak dapat membantu pengguna, jadi sebagai usahawan kita perlu fikir semula sama ada untuk menjual produk tersebut ataupun tidak.

Ini kerana setiap pemilihan produk untuk dijual atau dipasar harus melalui kajian pasaran. Dalam kajian ini, kita mengetahui sebab mengapa prospek sasaran harus memiliki produk tersebut. Oleh itu sama ada dalam skop kandungan produk mahupun skop pemasaran produk, perkara yang boleh membantu prospek haruslah ditekankan.

 

Jangan Jual Produk Tetapi Jual Rasa Takut Mereka…

Jual rasa takut para pengguna, apakah maksudnya ini?

Setiap manusia secara normalnya mempunyai perasaan serta emosi takut. Buktinya, cuba fikir kenapa manusia mengambil insurans ke atas diri, keluarga mahupun harta benda dan kenapa pula manusia sanggup berhabis duit memasang sistem keselamatan di rumah, tempat kerja mahupun kenderaan?

Apa pun jawapannya yang pasti dihadapannya mempunyai perkataan “TAKUT”. Takut pencuri, takut dicerobohi, takut jika ada perkara yang tidak diingini berlaku, takut rugi dan sebagainya.

 

Jangan Jual Produk Tetapi Jual Rasa Megah Mereka

Sebagai contoh, kita dapat lihat majoriti wanita berkerjaya dan mempunyai kuasa membeli yang tinggi. Beg tangan berjenama tinggi merupakan sesuatu yang diidamkan dan jika dapat memilikinya ianya merupakan satu kebanggaan kepada para wanita.

 

Bayangkan pada ketika ini seorang wanita yang membawa beg tangan jenama ‘COACH’ dan yang pasti cap jenama ‘COACH’ ini sangat jelas kelihatan. Sudah pastinya wanita dengan bangganya ini berjalan dengan penuh keyakinan

Rasa-rasanya apa yang ada dalam fikirannya, adakah beliau sedang berfikir bahawa ada orang lain sedang memerhatikan beliau membawa beg tersebut ketika itu?

Ya betul, beg berjenama tersebut sememangnya kualiti buatannya adalah terbaik. Secara tidak sedar sebenarnya wanita itu membeli beg tersebut atas sebab emosi bangga dan perasaan megah itu.

coach

Jangan Jual Produk Tetapi Jual Kunci Emosi Yang Ada Pada Mereka…

Dalam penghasilan hasil-hasil copywriting penekanan kajian terhadap tindak balas emosi manusia (prospek) amatlah dititik beratkan. Tindak balas emosi inilah yang akan menentukan berjaya atau tidak suatu kempen jualan tersebut dalam menghasilkan jualan kerana manusia membeli kerana emosi.

Pastinya akan ada pelbagai jenis emosi yang akan terlibat dan mendorong manusia membeli. Sebagai seorang penjual mahupun orang yang bertanggungjawab menghasilkan mesej-mesej jualan, kita harus tahu untuk mengkaji tindak balas emosi manusia terhadap sesuatu mesej jualan.

Kadangkala apa yang kita panggil sebagai ‘AYAT POWER’ atau ‘AYAT BERPENGARUH’ hanya boleh dihasilkan apabila kunci tindak balas emosi prospek ada dalam tangan kita sahaja.

Jadi penghasilan ayat-ayat pada hasil copywriting ini sebenarnya bukanlah hanya penghasilan ayat berpengaruh semata-mata tetapi ia juga adalah kajian terhadap tindak balas emosi manusia. Ayat berpengaruh akan terhasil secara automatik jika kunci tindak balas emosi ini diaktifkan.

 

(Sumber gambar: bound4freedom,  frogdiva214,  andrea, george larcher)


Tags: , , , , , , ,

Komen (25)

  1. betul tu.. insurans islamik mmg penting utk masa hadapan..

    di kala sekarang.. mmg utk membayar RM100 sebulan mmg payah..

    tapi anda fikir sendiri jika anda menabung dgn takaful.. anda bayar hutang puluhan ribu anda dgn hanya RM100.. bkn RM10000

    🙂

        1. Sebenarnya sama sahaja… namun apa yang dimaksudkan oleh tuan tu lebih kurang sama… jual apa keuntungan atau nilai berbaloi yang dia akan dapat bukan jual harga murah 🙂

      1. hehe..camtu tak salah la program ringgit blaster ni kan.. apa kata u tolong promosikan. ni url dia..tapi kalau nak komisyen kena la join atau jadi JV saya .. camna?

  2. Soft sell mmg memerlukan kesabaran dan effort lebih daripada hard sell. Tapi klu tgk orang yang berjaya mmg berbaloi2 sebab pelanggan2 mereka semuanya ada follower dan bukan once off customer. Good tips nih. Thanks

  3. Terima kasih Tuan Zahrul Azua atas pencerahan teknik hebat yang tak semua jurujual tahu!

    Saya pun mengalami situasi dimana pelanggan asyik kata produk yang saya jual mahal sedangkan ramai top2 salesmen di group saya berjaya dapat sale yang banyak dengan belian secara tunai!

    Mungkin mereka mengamalkan teknik yang tuan ajar seperti dalam dalam buku tulisan tuan.

    Harap dapat belajar teknik yang betul dari tuan sebelum berjaya buat sale yg banyak!

    Trima kasih tuan.

  4. tahniah majalah niaga, sesungguhnya perkongsian artikel ini adalah yang terbaik untuk membantu saya mengstrukturkan semula stategi perniagaan saya

  5. terbaik tuan..kalau kita dah kuasai manfaat produk dan thu sasaran prospek mudah untuk kita “beri maanfaat” . “selesaikan masalah” dan buat mereka berasa “megah” dengan produk kita.

Leave a Reply to ikazul Batal (Cancel)