Tip Jurujual Unggul : Menjual Hanya Dengan Senyuman

August 05, 2013 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Strategi Online & Offline

Senyumlah… kerana senyuman itu adalah pemberian yang amat berharga yang siapa pun boleh berikan dan senyuman mampu membawa keceriaan dan ketenangan kepada diri sendiri mahupun orang lain…

Zahrul Azua Kamaluddin (ZAK)

Rata-ratanya orang akan lari apabila mengetahui terdapat jurujual datang untuk menghampiri mereka. Persoalannya ialah mengapa mereka perlu lari dari jurujual itu?

Ini kerana manusia secara emosinya akan berasa amat tertekan dengan kehadiran jurujual tersebut akibat daripada pengalaman buruk mereka sebelum ini apabila berhadapan jurujual.

Sikap jurujual yang sangat suka memaksa serta menekan-nekan orang supaya membeli barangan yang mereka jual sentiasa menyebabkan orang rasa berasa sangat tertekan.

..mengapa jurujual suka memaksa prospek untuk membeli?

Selalunya jurujual ini terikat dengan polisi syarikat dimana mereka diwajibkan untuk membawa pulang ke pejabat sejumlah jualan yang telah disasarkan. Jika mereka gagal, komisyen mereka akan dipotong serta dibuang kerja.

Bagi mendapatkan jumlah jualan yang dikehendaki oleh pihak syarikat, ianya sungguh memeritkan dan sudah pasti jurujual tersebut akan berasa tertekan. Tekanan inilah yang menyebabkan mereka menekan pelanggan agar membeli produk atau perkhidmatan yang mereka jual.

Sebenarnya menekan prospek atau pelanggan bukanlah satu cara yang baik untuk menghasilkan jualan. Ya, mungkin jualan akan terhasil dengan menekan atau memaksa prospek untuk membeli namun prospek membeli semata-mata kerana tidak tahan dengan tekanan yang diberikan.

Hapuskan Tekanan Prospek

Perkara pertama yang perlu kita lakukan untuk hasilkan jualan dengan mudah ialah dengan menghilangkan tekanan prospek kita. Sebolehnya, elakkan prospek berasa tertekan untuk berurusan dengan kita.

Namun begitu, sebelum menghilangkan tekanan prospek kita perlulah menghilangkan tekanan dalam diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum kita mula menjual kepada prospek. Ini akan memberikan perasaam terbaik untuk menjual.

Cara terbaik dan termudah untuk hilangkan tekanan menjual ialah melalui SENYUMAN. Berikan senyuman yang ikhlas dan jangan sekali memberikan senyuman palsu seolah-olah kita dipaksa untuk senyum.

senyuman-berniaga

Apabila kita senyum kepada seseorang dengan niat untuk menghilangkan tekanan yang dihadapinya, maka ianya juga merupakan satu sedekah dan jika kita ikhlas melakukannya maka prospek berasa selesa dengan kita. Dalam masa yang sama senyuman itu sendiri akan menurunkan tekanan menjual dalam diri kita.

Apabila prospek sudah berasa selesa serta tidak mengalami apa-apa tekanan ketika bersama kita, maka inilah masa yang terbaik untuk mempromosi sesuatu kerana prospek dapat menerima apa sahaja maklumat dari kita dengan begitu jelas sekali tanpa halangan.

Senyuman Dalam Copywriting

Seperti yang telah kita semua ketahui bahawa copywriting adalah menjual melalui penulisan dan bukannya menjual secara berkomunikasi ataupun berhadapan dengan prospek.

Pasti ada yang bertanya bagaimana boleh ada senyuman dalam penghasilan hasil copywriting dan bagaimana pula untuk menghasilkan skrip jualan yang mampu menghilangkan tekanan prospek.

Mudah sahaja, sebelum menulis, kita perlu senyum dahulu. Hilangkan tekanan kita ketika menulis. Jika kurang idea penulisan serta penceritaan, jangan sesekali tertekan, cubalah berhenti menulis seketika.

Elakkan melakukan kerja penulisan dalam keadaan tertekan walaupun terpaksa mengejar masa. Berikan ruang untuk hilangkan tekanan agar pembaca juga tidak berasa tertekan apabila membaca tulisan kita.

 

(Sumber gambar: Mallu2007Evensen)


Tags: , , , , , , ,

Komen (18)

  1. Salam tuan, wah artikel yang bernas. Saya sering mengikuti penulisan tuan dalam bidang copywriting ni.. suka dengan artikel kali ni. Berminat nak tahu macam mana nak buat sesorang prospek tu tersenyum apabila membaca suratjualan kita dan tersenyum juga nak bagi duit. Sebelum ni saya cuma amalkan sentiasa berkomunikasi, beri bantuan, dan sentiasa menjawab apa jua soalan yang mereka tanyakan sehingga mereka puas hati disamping selitkan ayat ‘close deal’.

    1. Terima kasih Mohamad Alkarim,

      Betullah apa yang tuan telah lakukan itu. Sambil lakukan sambil berikan senyuman dan berkomunikasi seumpama sedang berhadapan atau sedang bercakap dengannya. (walaupun guna penulisan – sambil menulis berikan senyuman).

      Prospek akan senyum bila apa yang dicari selama ini kita boleh sediakan juga akan tersenyum bila mengetahui apa yang beliau dapat melebihi apa yang telah dijanjikan.

      Wallahu ‘alam

  2. Salam tuan,
    Terima kasih atas ilmu yang dikongsi.
    Ia maklumat yang cukup berguna buat saya yang baru berjinak jinak dalam bidang pemasaran.

    Terima kasih tuan

    1. Salam kembali Khairul,

      Alhamdulillah.

      Yang penting perkataan serta ayat yang digunakan menyebabkan prospek sedap dan suka membacanya walaupun kita menjual. 🙂

  3. Saya akan cuba cara senyum tu. mudah tapi kita lupa bende kecil ni. Terima kasih tuan. online business i mmg memerlukan kesabaran. Kadangkala mmg rasa macam rasa kita nak push utk menjual bila update blog. Terutama yg kurang dapat sales atau tak konsisten seperti saya…pesanan utk diri sendiri…hehe

  4. Dari pengalaman saya menjual online, masih ada customer yg nak COD(Cash On Delivery)…. term yg begini agak leceh… tapi mungkin juga ada yg biz online di luar sana yg tak jujur dlm online… membuatkan customer lebih brhati2. atau mungkin barang yg dijual agak mahal harganya.

  5. Senyuman dan bermanis muka, tidak kira berniaga secara offline atau online memang penting. Pengalaman saya, pernah masuk kedai yang tuan kedai bermasam muka sahaja.

    Saya bercakap dengannya secara baik, tetapi dia buat tidak endah, sambil memandang ke arah lain, bahasanya juga kurang meser. Sehingga hari ini, saya tidak pernah masuk ke kedai itu lagi. -_-

  6. salam,.
    terima kasih atas perkongsian idea . Lebih pada peringatan utk usahawan di luar sana..takut terlepas pandang 🙂 lagipun senyum kan sedekah dan sunnah Nabi..Mmg tak rugi kalau kita byj senyum..jzkk 😀

  7. sungguh benarlah apa yang Tuan katakan. senyum bukan saja satu sedekah, tapi, senyuman yang tulus juga adalah pelaris yang hebat. walaupun senyum di depan PC??..lagi senyum ketelinga..lagi semakin banyaklah bakal prospek kite…senyum je depan PC atau depat HP atau dimana2…mesti ada yang merasa senyuman kite tu….maaf, sekarang saya tak senyum semasa membuat komen ni..hihihihihihi tipu…saya senyum ke teliga sekarang ni..hihihi dapat rasa kan??

Leave a Reply to Khairul Batal (Cancel)