Tip Copywriting Sebenar Untuk Perniagaan Anda (Infografik)

April 12, 2013 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Strategi Online & Offline

Tidak kira dalam dunia online atau offline, seni penulisan copywriting merupakan antara seni wajib yang perlu dipelajari oleh setiap individu mahupun syarikat yang mahu menjual sesuatu kepada pengguna.

writing

Copywriting adalah penulisan yang bertujuan untuk pengiklanan ataupun pemasaran sesebuah produk, perniagaan, individu, pendapat ataupun idea kepada orang ramai melalui pelbagai medium. Copywriting yang berkesan mampu menarik pembaca iklan tersebut menjadi pembeli dengan mudah.

Copywriting adalah segala-galanya dalam perniagaan anda. Tanpanya, anda tidak mampu menjual apa jua produk sekalipun walaupun produk anda merupakan produk yang mempunyai permintaan yang tinggi. Oleh sebab itu banyak syarikat yang mengeluarkan modal yang banyak sama ada untuk membayar khidmat copywriter terbaik mahupun mempelajari sendiri skil copywriting bagi membantu perniagaan mereka.

Inginkan tips ringkas yang mampu membantu meningkatkan skil copywriting anda bagi menggandakan jualan produk ataupun syarikat anda?

Infografik berikut pasti dapat membantu anda.

The-Copywriting-Infographic

 

(Sumber: ABCCopywriting.com)


Tags: , , ,

Komen (4)

  1. Salah satu penentu kejayaan sesebuah ‘copy’ yang menjual adalah sejauh mana ia boleh menonjolkan kelebihan dan manfaat kepada prospek.

    Prospek tidak membeli kerana ciri-ciri yang hebat. Mereka membuat keputusan yang disokong daripada emosi ketika melihat manfaat (apa yang mereka akan dapat) daripada produk/servis tersebut.

    Infografik yang menarik yang berisi. Terima kasih Majalah Niaga kerana sudi berkongsi.

Pendapat anda?