Trump Tower – Elemen Penjenamaan (Part 1)

June 30, 2011 — Penulis:

Kategori: Penjenamaan

Artikel lepas kita telah berbicara berkenaan kajian penjenamaan Trump Tower, dengan mengetahui jenama adalah sesuatu yang perlu ada, apabila kita mempunyai sesuatu yang boleh dijual.

Kajian penjenamaan & elemen penjenamaan Donald Trump

Menjual bukan tentang keuntungan sahaja. Tetapi menjual aktiviti yang kita ada seperti kerja-kerja sukarela, kemasyarakatan dan sebagainya. Pertubuhan sukarela yang mempunyai jenama yang kuat, akan lebih mudah mendapat sokongan dan bantuan.

Sekarang, kita akan mengkaji perkara kedua dalam kajian kes penjenamaan Trump Tower, iaitu setiap jenama dibangunkan daripada elemen-elemen tertentu penjenamaan.  Trump Tower bukan sekadar  menjadi sebuah bangunan pencakar langit yang gah di New York.

Malah jika ingin diharapkan dengan sifatnya sebagai sebuah pencakar langit menjadi lambang jenama produk, dan servis The Trump Organization. Trump sudah pasti melakukan kesilapan dalam proses penjenamaan Inflatable Arches.

Namun, Trump yang bijak tahu tentang hal ini. Jadi, sudah pasti beliau tidak mengharapkan hanya dengan sifat Trump Tower yang tinggi itu sebagai perlambangan jenama untuk The Trump Organization.

Untuk menjadikan penjenamaan The Trump Organization melalui Trump Tower satu kejayaan, beliau  memastikan elemen–elemen penjenamaan dilengkapkan dalam proses pembinaan, dan pembangunan Trump Tower.

Apakah elemen – elemen penjenamaan itu?

5 Elemen Penjenamaan Trump Tower

Menurut firma penjenamaan Mango Jar Multimedia yang berpangkalan di Kanada, jenama harus mempunyai elemen–elemen penjenamaan yang terdiri dari :

  1. Slogan atau tagline
  2. Warna identiti
  3. Fon identiti
  4. Imej identiti

#1 – Slogan atau Tagline

Trump Tower tidak mempunyai slogan khusus. Tetapi sebelum membina Trump Tower, Trump telah mempamerkan slogan The  Trump Organization secara tidak langsung dalam kebanyakan projek-projek beliau, seperti Grand Hyatt Hotel dengan kemewahan dan keunggulan.

Hyatt Regency Hotel

Apabila projek Trump Tower dibuka untuk jualan unit-unit apartment, ia tidak menjadi masalah kepada Trump kerana bakal pembeli telah tahu tentang tagline tidak rasmi The Trump Organization, iaitu kemewahan dan keunggulan.

Berdasarkan situasi ini, tidak hairanlah jika Trump Tower mendapat sambutan hangat dari selebriti dan orang kenamaan di kota New York tersebut.

#2 – Warna Identiti

Elemen kedua yang dinyatakan ialah warna dentiti. Warna identiti berkait rapat dengan visi pemilik jenama, baik individu atau secara berkumpulan seperti syarikat. Di mana visi yang ada dalam impian dan perancangan mereka akan cuba diterjemahkan secara tidak langsung dengan warna identiti.

Warna identiti Donald Trump

Trump yang sukakan sesuatu bercirikan kemewahan, klasik serta eksklusif memilih warna keemasan untuk Trump Tower yang pertama ini. Visinya diterjemahkan tepat dalam produk ( Trump Tower)  yang beliau rancangkan menjadi asas kepada penjenamaan The Trump Organization.

Kesannya luar biasa. Sejak terdirinya Trump Tower New York ini, Trump Organization meniti kejayaan demi kejayaan dengan mengambil alih banyak projek hartanah lama dan kurang sambutan, menjadi projek hartanah yang bernilai tinggi.

Contoh perubahan yang beliau lakukan adalah ketika mengambil alih Delmonico Hotel menjadi Trump Park Avenue. Delmonico Hotel dibina pada pada tahun 1929 dengan nama Viceroy Hotel.

Beliau membeli hotel ini dengan harga USD115 juta dan kos pengubahsuaian USD80 juta. Hari ini, beliau memperoleh keuntungan berlipat kali ganda, dengan penjenamaan Trump Park Avenue yang eksklusif dan elegan ini.

Untuk kita, dua elemen yang dinyatakan tadi wajar dipertimbangkan apabila ingin memulakan penjenamaan.

Tagline atau slogan yang ingin diletakkan sebagai sebahagian dari jenama perlu mempunyai beberapa ciri berikut. Antaranya adalah:

Air Asia, Now Everyone Can Fly

  • Ringkas, padat tetapi menarik untuk ditangkap oleh mata dan kekal dalam minda prospek. Contohnya AirAsia : Everyone Can Fly.
  • Mudah dingati dan senang difahami maksud yang ingin disampaikan. Mempunyai kata-kata yang berkaitan dengan produk utama.
  • Contohnya: HSBC Bank: Bank Sedunia Memahami Hasrat Setempat. Kata kunci “Bank”. Iaitu produknya adalah bank dan tagline pula diletakkan juga perkataan “bank” supaya pengulangan di dalam minda berlaku.

Berkenaan Warna Identiti, kita boleh sesuaikan dengan visi dan kategori sasaran pengguna kita. Kita juga perlu membezakan antara warna kesukaan kita, dan warna perniagaan agar perniagaan kita mencapai matlamatnya. Bukan berdasarkan warna kesukaan peribadi semata-mata.

Kajian warna identiti Donald Trump

Hal ini biasa berlaku kerana kita suka menyatukan diri kita dengan perniagaan yang dijalankan, sehingga akibatnya kita menjadi pekerja kepada perniagaan kita.

Berbalik tentang warna identiti. Lambang produk dan servis boleh juga digambarkan melalui warna seperti  Cikgu Razali Kamaruddin, salah seorang trainer didikan dengan programnya Easy Study.

Buku beliau terbitan PTS Publications & Distributors yang bertajuk Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak, mempunyai reka bentuk kaver yang ceria, dan berwarna warni untuk membolehkan sesiapa yang melihatnya tahu apa kandungan dan bentuk penyampaiannya. Ini bertepatan dengan sasaran pembacanya untuk pelajar 17 tahun ke bawah.

Jelas sekali penerapan elemen-elemen penjenamaan oleh Trump dalam pembinaan Trump Tower adalah satu strategi mantap pada peringkat awal, untuk pembangunan sebuah penjenamaan.

Seperti yang saya sarankan sebelum ini, mulakan membina jenama kita dengan apa jua nama bisnes dan servis pun tanpa menghiraukan apa yang dikatakan oleh orang lain.

Kita akan bersambung minggu hadapan untuk dua lagi elemen di atas dalam kajian penjenamaan Trump Tower.

Salam Inspirasi Kejayaan

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (gageskidmorecybjorgturtlereefoldskool_devilthiru)


Tags: , , , , , , , , , ,

Komen (6)

  1. Pada mulanya Trump ingin menamakan menaranya sebagai Tiffany Tower, tapi akhirnya berubah menjadi nama yang membina jenama Trump iaitu Trump Tower.

    Nama Tiffany pula diabadikan pada nama anaknya, Tiffany Trump.

  2. Ya Tuan Safwan, perkara itu saya catatkan di dalam buku Berfikir Gaya Trump dan artikel pertama/kedua dalam Majalah Niaga siri penjenamaan Trump Tower. Nama anak beliau itu : Tiffany Ariana Trump..

  3. Zulhilmi Zainudin
    July 1, 2011

    Tuan Nazri Kadir,

    Apa warna yang common di gunakan dalam perniagaan? Apakah maksud di sebalik setiap warna itu kepada owner perniagaan & prospek? Saya nak tahu 🙂

  4. Tuan Zulhilmi Zainudin,

    Secara umumnya, warna yang sesuai untuk perniagaan terletak kepada keinginan kita terhadap perniagaan kita dan bagaimana jenama yang kita ingin bina. Contohnya Donald Trump, sepanjang siri artikel penjenamaan beliau ini, kita dapati keinginan beliau ialah agar tampak mewah, hebat dam dikagumi.
    Jadi beliau memilih warna keemasan dan kehitaman yang menampakkan kekayaan dan ketegasan sebagai asas untuk semua jenama The Trump Organization.
    Kita juga boleh dapati, pemilihan warna yang tepat dan bersesuaian dapat mewujudkan kesedaran di minda pengguna seperti pemilihan warna merah yang garang menjadikan jenama yang menggunakannya lebih hebat dan terkenal seperti AirAsia, Manchester United dan CIMB Bank.

    Sebaliknya, warna yang berasaskan gabungan oren dan biru menjadikan jenama itu agak lesu walaupun organisasinya besar seperti TM dan Bank Rakyat.

    Oleh itu, penggunaan warna dalam jenama bersifat interaksi pelbagai hala, seperti keupayaan kita membangunkan produk dan servis yang baik akan membolehkan jenama menjadi lebih dominan tanpa mengira warna jenama. Contohnya logo syarikat – syarikat berkaitan internet seperti facebook, google, you tube d an yahoo yang ringkas tetapi dominan.

    Kesimpulannya, pemilihan warna dalam perniagaan adalah satu kebebasan yang dimiliki oleh seseorang pada permulaannya tetapi ia akan mula dikuasai oleh pasaran apabila warna jenama itu telah berada di minda pengguna.

Leave a Reply to NazriKadirTRUMP Batal (Cancel)