TRUMP: Visi dan Misi Sebagai Panduan Perjalanan Usahawan

February 12, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Kepimpinan / Motivasi

Tahun 2014 merupakan tahun yang dijangka penuh dengan cabaran dan rintangan kerana berlakunya peningkatan kos-kos yang melibatkan produk dan servis asasi kehidupan seperti kenaikan petrol, tarif elektrik, gula dan sebagainya.

Sebagai seorang usahawan, kesan kenaikan kos-kos tersebut sudah pasti sedikit sebanyak akan mengubah perjalanan perniagaan yang telah dirancang sebelum ini.

Mungkin besar kesannya kepada beberapa perniagaan tertentu yang berkait secara langsung dengan kenaikan tersebut. Contohnya, para usahawan dalam bidang makanan dan pengangkutan.

Perantis Donal Trump

Apabila berlaku perkara sebegini, visi dan misi yang telah ditetapkan akan memainkan peranan penting untuk meneruskan kelangsungan perniagaan dan kehidupan.

Visi dan misi yang telah dibuat oleh usahawan akan menjadi kemudi yang akan membantu usahawan meneruskan pelayaran walau apa pun badai dan rebut yang melanda.

Persoalannya, adakah sudah anda menetapkan dan menulis visi dan misi keusahawanan anda? Pada penghujung artikel yang lepas iaitu TRUMP: Transformasi Realistik Usahawan Membangunkan Perniagaan, saya meninggalkan persoalan berikut untuk tindakan bersama:

“Sehingga masa itu, sudahkah anda menetapkan visi dan misi perniagaan anda secara bertulis?”

Hasilnya, saya menerima banyak mesej di facebook saya bertanyakan soalan-soalan berkenaan visi dan misi keusahawanan. Antara persoalan yang dilontarkan dalah seperti berikut:

  1. Apakah perbezaan visi dan misi keusahawanan?
  2. Bagaimana ingin membuat penetapan visi dan misi keusahawanan?
  3. Mengapa begitu penting untuk menetapkan dan menulis berkenaan visi dan misi keusahawanan?
  4. Apakah keuntungan yang diperolehi oleh seseorang usahawan dengan menetapkan visi dan misi?

Untuk persoalan pertama, perbezaan antara visi dan misi. Firma kami iaitu NazriKadir Premier Advisor membezakannya seperti jadual di bawah.

Visi dan Misi Usahawan

Jadual Kepimpinan Usahawan dan Perniagaan NazriKadir Premier Advisor.

VISI

MISI

1. Menetapkan ke mana dan di mana anda atau perniagaan anda ingin pergi dan berada.
Penetapan ini biasanya berkaitan dengan tujuan anda menjalankan perniagaan itu atau berdasarkan kepada keperluan pelanggan dan pasaran.
1. Menetapkan bagaimana anda dapat pergi dan berada di tahap yang ditetapkan.
Serta menyatakan sebab mengapa anda memilih jalan itu.
2. Soalannya ialah :
-Ke mana kita ingin pergi?
2. Soalannya ialah :- Bagaimana kita ingin pergi?
3. Masanya ialah : Berkenaan masa hadapan 5 tahun ke atas. 3. Masanya ialah : Dari sekarang hingga 5 tahun.
4. Perubahan : Perubahan tidak seharusnya berlaku. Jika perlu perubahan,Ianya harus minimum dan perubahan sewajarnya dilakukan untuk peringkat masa yang seterusnya pula. 4. Perubahan : Perubahan boleh dilakukan dari segi segmentasi pasaran, pengurusan modal, pembangunan penjenamaan dan sebagainya

 

Untuk kefahaman selanjutnya tentang visi dan misi usahawan. NazriKadir Premier Advisor merumuskan dalam jadual berikut :

Anak Panah Visi & Misi - Premier Advisor

Anak Panah Visi & Misi: Premier Advisor

Berdasarkan Anak Panah Visi & Misi: Premier Advisor dan Jadual Kepimpinan Usahawan & Perniagaan Premier Advisor, para usahawan sudah pasti dapat memulakan gerak kerja menetapkan misi dan visi keusahawanan mereka.

Artikel seterusnya akan menerangkan tentang perbezaan antara Pengurusan dan Kepimpinan seperti yang terdapat dalam anak panah di atas.Kefahaman tentang ini, akan membolehkan para usahawan memimpin perniagaan dengan mereka dengan lebih. Insha Allah. 

Kredit foto: Donald-Trumpthe_slatestbusiness_analysis


Tags: , , , , , , , , ,

Komen (2)

Pendapat anda?