Tutorial Buat Duit Dengan Mengkritik Produk Orang Lain – Bahagian 1

October 05, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Mengkritik individu, organisasi atau produk adalah perbuatan yang tidak dapat dielakkan oleh semua manusia.

buat duit dengan mengkritik produk orang lain

Namun begitu, dalam dunia blogging, mengkritik produk orang lain mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada pemilik blog. Malah blogger-blogger tempatan kini turut merasai ganjarannya, akibat pendedahan yang luas mengenai potensi buat duit dengan blog menerusi cara ini.

Dalam erti kata lain, cara ini dipanggil product review. Di mana blogger dibayar oleh individu atau organisasi bagi menulis pengalaman mereka menggunakan produk yang diberikan. Kemudian entri itu diterbitkan khas untuk tatapan pembaca blog.

Apa Kelebihannya Kepada Pihak yang Membayar?

Mereka tidak akan sanggup melaburkan sejumlah wang sekiranya tidak mengetahui apakah ROI (Return of Investment) yang akan diperoleh. Menurut perkongsian Darren Rowse dalam blognya, Problogger.net, individu atau organisasi yang membayar blogger untuk mendapatkan reviu eksklusif adalah mereka yang mahu:

return of investment

  • Mendapatkan pendedahan atau liputan produk dengan lebih meluas, menerusi jaringan pembaca pemilik blog.
  • Meminjam kepercayaan blogger lain untuk meningkatkan jualan produk.
  • Meningkatkan nama produk, individu atau syarikat di enjin carian seperti Google, Yahoo dan Bing.

Ketiga-tiga manfaat di atas menjelaskan betapa pentingnya mendapatkan reviu daripada blogger. Ia bukan sahaja dapat memberikan pulangan lumayan untuk jangka masa pendek, malah entri reviu itu akan terus kekal selagi blog terus beroperasi.

Syarat-syarat Untuk Membuka Servis Reviu Produk

Bagi pembaca blog Majalah Niaga yang mempunyai blog, dan ingin menjana pendapatan lumayan dengan servis ini. Terdapat beberapa syarat untuk memastikan blog kita dapat memberikan situasi menang-menang kepada klien.

syarat-syarat membuka servis reviu

Syarat-syaratnya adalah:

  • Blog mempunyai jumlah pelawat yang banyak setiap bulan.
  • Blog mesra enjin carian.
  • Jenama blog disebut-sebut orang.

Blog mempunyai jumlah pelawat yang banyak setiap bulan

Blog yang mempunyai jumlah pelawat, atau trafik yang banyak setiap bulan adalah satu kelebihan. Di mana kita boleh meningkatkan caj untuk menulis reviu produk lebih tinggi. Pihak klien juga tidak akan rasa beban kerana produk mereka bakal dipromosikan kepada sejumlah pembaca yang ramai.

Blog mesra enjin carian

Selain daripada meningkatkan jualan menerusi reviu produk, klien juga berpeluang untuk mendapatkan pelanggan-pelanggan baru daripada enjin carian. Dengan sokongan entri daripada blog yang sudah mempunyai kepercayaan tinggi di mata enjin carian, kita juga akan dapat menumpang populariti mereka.

majalah niaga di enjin carian

Secara tidak langsung, nama produk atau kata kunci kita akan berada dalam kedudukan tertinggi dalam enjin carian.

Jenama blog disebut-sebut orang

Ia adalah bonus untuk blogger yang memiliki elemen ini. Kerana jenama blog yang sering menjadi tumpuan, akan dapat menarik perhatian syarikat pengiklanan yang mempunyai bajet besar bagi menampung kos pengiklanan produk.

Sebagai contoh, syarikat Celcom memilih blog yang mempunyai jenama yang kuat di arena dunia blog tempatan seperti OhMedia untuk menerbitkan entri reviu.

Cara Untuk Buat Duit Dengan Reviu

Pertama-tama, beritahu pembaca blog kita tentang servis reviu produk, iaitu dengan membangunkan satu laman khas. Kemudian, lengkapkan maklumat-maklumat berkaitan dengan servis reviu kita seperti:

menghasilkan laman khas

  • Harga.
  • Kebaikan untuk pengiklan (boleh ambil tiga poin sebelum ini – liputan, kepercayaan dan enjin carian).
  • Hasil kerja (jika ada).

Caj bergantung pada hasil kerja

Bagi meningkatkan penetapan harga untuk servis reviu produk, perbanyakkan lagi entri-entri yang berkategorikan reviu. Dengan ini, pihak pengiklan dapat lihat hasil-hasil kerja kita. Kemudian mereka akan beranggapan kita mempunyai pengalaman yang luas untuk menulis reviu produk.

Bagi tahap permulaan, caj harga yang relevan adalah RM50. Dari semasa ke semasa, kita boleh meningkatkan jumlah harga, selaras dengan peningkatan hasil kerja (portfolio) berkenaan entri-entri yang berkaitan dengan reviu produk.

Bagaimana Memikat Hati Klien

Untuk mendapatkan lebih banyak klien, dan meningkatkan kepercayaan mereka untuk membayar servis kita dengan harga yang tinggi, maka gunakan bahan-bahan promosi persuasif seperti pemberian bonus.

cara memikat hati pelanggan

Untuk servis reviu produk, pemberian bonus yang sesuai adalah seperti berikut:

  • Memberikan satu reviu bonus percuma.
  • Pengumuman lebih meluas menerusi senarai emel, atau laman social media.

Memberikan satu reviu bonus percuma

Beritahu pada klien, kita akan berikan mereka satu reviu percuma selepas entri reviu pertama diterbitkan. Ini dapat menguntungkan kedua-dua pihak. Sebagai blogger, kita akan memperoleh idea untuk menulis di blog.

Bagi klien pula, mereka akan dapat artikel tambahan yang berkaitan dengan produk mereka.

Pengumuman lebih meluas – Subscriber emel atau laman sosial

Beritahu pada klien, kita akan mempromosikan pautan entri blog reviu produk itu kepada seluruh senarai emel yang kita ada. Serta turut dipromosikan dalam ruangan laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Dengan ini, klien akan rasa sukacita untuk meneruskan bisnes untuk jangka masa panjang dengan kita.

Cara Menulis Reviu

Lebih daripada 1.9 bilion carian di internet yang memaparkan cara-cara untuk buat duit daripada reviu produk. Malah terdapat ratusan produk digital (ebook, video dan audio) yang dihasilkan oleh individu yang berpengalaman, untuk membantu orang ramai buat duit dengan cara ini.

cara membuat reviu produk

Tetapi kekuatannya adalah menguasai asas reviu produk. Asas-asas reviu produk adalah:

  • Menerangkan kebaikan produk.
  • Sekiranya produk bermasalah, guna kritikan konstruktif.
  • Fokus untuk menunjukkan bagaimana produk ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca blog.
  • Ambil masa untuk memahami penggunaan produk.

Menerangkan kebaikan produk

Fokus kita adalah untuk membantu klien meningkatkan jualan produk mereka. Justeru itu, apabila menulis entri berbentuk reviu produk, guna ayat-ayat yang menerangkan kebaikan produk mereka.

Tulis dalam bentuk poin, kemudian huraikan secara ringkas dan padat. Ini bagi memudahkan para pembaca untuk membaca poin-poin penting berkenaan produk itu.

Sekiranya produk bermasalah, gunakan kritikan konstruktif

Kesilapan blogger yang menulis kritikan terhadap produk klien adalah menggunakan logik kritikan destruktif. Di mana kritikan ini hanya menumpukan pada keburukan produk, tanpa mempunyai sebarang idea atau cadangan untuk meningkatkan kualitinya.

Sebagai blogger yang bertauliah dan disayangi klien, kritikan konstruktif dapat digunakan untuk menerangkan kelemahan-kelamahan produk. Sebagai contoh, produk XYZ  tidak mempunyai desain pakejing produk yang baik. Oleh itu, kita boleh tulis reviu seperti berikut:

“Walaupun produk ini tidak mempunyai desain yang menarik, pihak ABC boleh mengambil contoh produk-produk jenama bertaraf global seperti Apple, bagi menerapkan unsur desain simplicity terhadap produk. Desain produk yang cantik akan meningkatkan lagi peratusan untuk prospek membeli.”

Fokus untuk menunjukkan bagaimana produk ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca blog

Dalam masa sama, selain daripada menyarankan produk ini kepada para pembaca, letakkan fokus kita untuk menulis bagaimana produk klien ini dapat membantu para pembaca. Apakah masalah yang dapat produk ini selesaikan? Adakah produk ini mempunyai jaminan?

Semakin banyak penjelasan terhadap WIIFM (What’s in it for me?), semakin tinggi peluang kita untuk mendorong pembaca melakukan tindakan.

Klien juga akan lihat artikel kita sebagai artikel yang berkualiti. Di mana ia akan mendorong mereka untuk mengambil servis reviu produk dengan kita sekali lagi.

Memenuhi Syarat Pertama – Blog Bertrafik Tinggi

Antara syarat untuk membuka servis reviu produk adalah mempunyai blog bertrafik tinggi. Justeru itu, kami menyarankan agar tuan dan cikpuan mendapatkan ebook terbitan Majalah Niaga yang terkini, iaitu ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’.

Rahsia Trafik Majalah Niaga

Ebook ini akan membantu kita untuk meningkatkan jumlah trafik daripada 10 pelawat, menjadi 100 pelawat sehari. Tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos berbentuk wang.

P.S: Adakah tuan dan cikpuan berminat untuk menempah servis reviu produk di blog Majalah Niaga? Kami tawarkan harga yang istimewa untuk individu yang inginkan produk mereka dipaparkan dalam blog yang mempunyai lebih 10,000 pelawat setiap bulan ini. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (eclairsjjpacres, jonnyandanneproathleteinc)

Facebook Comments

Tags: , , , , , ,

Komen (7)

  1. yap, itu yang aku buat dari dulu. Alhamdulillah. setiap bulan..ada sahaja yang mintak aku reviu blog atau produk mereka. 🙂

  2. Article yg membina. Dulu pernah Cuba tp Web yg dibina tak mmbrsangkan lngsung. Tak dpt ilmu lengkap utk bina web yg sempurna. Apa pun info diatas mmg baik utk semua orang.

  3. Perkongsian ilmu yg berguna..cuma saya nak tau,bolehkah penulisan reviu ni dibuat dalam bentuk separa formal ,maksud saya reviu ditulis dlm bentuk yg lebih santai? Adakah bayaran boleh ditetapkan berdasarkan panjang pendek ( brpa bnyk patah perkataan) artikel reviu tersebut?
    Thanks.

Pendapat anda?