Tutorial Buat Duit Dengan Mengkritik Produk Orang Lain – Bahagian 2

October 13, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Dalam tutorial sebelum ini, kita didedahkan dengan langkah-langkah asas untuk mula menjana pendapatan menerusi servis mengkritik produk orang lain, atau lebih dikenali sebagai reviu.

lubuk duit - jana pendapatan melalui blog

Meskipun kaedah ini sudah menjadi satu lubuk emas di arena blogging peringkat antarabangsa, blogger-blogger tanah air masih lagi tertanya-tanya potensi untuk menjana pendapatan dengan reviu produk.

Sebelum kita ke bahagian kedua, iaitu bahagian yang akan menerangkan bagaimana untuk mencari klien pertama, mari kita ingat kembali apa yang telah dipelajari pada minggu lepas.

  • Kelebihan pihak individu atau organisasi yang menempah servis reviu.
  • Syarat-syarat untuk membuka servis reviu produk.
  • Cara untuk buat duit dengan reviu.
  • Bagaimana memikat hati klien.
  • Cara menulis reviu.
  • Cara memenuhi syarat pertama – Blog bertrafik tinggi.

Untuk mengetahui maklumat lanjut, sila klik di sini untuk membaca tutorial buat duit dengan mengkritik produk orang lain bahagian yang pertama.

Mencari Klien Menggunakan Forum

Bagi blog yang baru membuka ruangan servis untuk memberikan reviu, cabaran pertama mereka adalah mencari klien yang sudi untuk menjadi pelanggan pertama. Cabaran ini yang seringkali membuatkan mereka terjerumus dalam situasi mengangkat bendera putih terlalu awal.

wangcyber forum usahawan internet malaysia

Ini bermakna, mencari klien adalah perkara yang kritikal dalam menyediakan servis reviu produk. Tanpa klien, kita tidak akan dibayar.

Untuk mencari klien pertama, kita tidak perlu keluar rumah dan menebalkan muka untuk memberikan tawaran kepada individu atau kedai-kedai yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal.

Cukup dengan menggunakan kuasa internet, dan lihat duit kita mula berkembang dari sini.

Salah satu daripada kuasa internet yang kita akan gunakan adalah menerusi forum, khususnya forum Wangcyber.

Jual Di Ruangan Servis dan Perkhidmatan

Ruangan yang dibuka oleh pihak forum Wangcyber ini merupakan lubuk emas yang wajar diterokai oleh blogger tempatan, untuk merasai RM50 pertama bagi menawarkan servis reviu produk.

jana rm50 pertama - buat duit dengan blog

Apa yang perlu kita lakukan adalah 3 langkah berikut:

  1. Buka thread dan tawarkan servis.
  2. Klien membayar, klien terkejut.
  3. Tambah nilai servis untuk gandakan wang.

Langkah #1 – Buka thread dan tawarkan servis

Daftarkan diri kita sebagai pengguna forum Wangcyber terlebih dahulu sebelum membuka ruangan promosi. Di dalam forum ini, dianggarkan lebih 40,000 pengguna telah mendaftar sehingga tahun 2011.

Ini bermakna, kita mempunyai lebih 40,000 prospek yang bakal menjadi klien. Setelah mendaftar, klik pada ruangan di bawah untuk membuka thread khas untuk menawarkan servis reviu.

Servis dan Perkhidmatan – Wangcyber

Kemudian, lengkapkan butiran yang diperlukan oleh pihak admin sebelum iklan servis kita dipaparkan dalam ruangan ini. Antaranya adalah:

  • Buka topik.
  • Buat bayaran sebanyak RM6 sahaja / RM9 (Iklan sticky).
  • Emel bukti pembayaran.

Langkah demi langkah ada dinyatakan oleh pemilik forum Wangcyber, yakni Mohd Suhaimy (klik di sini).

Untuk memastikan iklan kita mendapat perhatian daripada individu atau organisasi, huraikan poin-poin di bawah supaya mereka dapat lihat kelebihan kepada diri mereka, sekiranya melakukan tempahan servis reviu di blog kita.

  • Jumlah trafik setiap bulan (Lampirkan imej Google Analytics dan Awstats jika ada).
  • Niche (Lebih spesifik, lebih baik).
  • Hasil kerja reviu sebelum ini (Sekiranya lebih daripada 3 hasil kerja, maka peluang adalah lebih tinggi).
  • Harga yang berpatutan (RM50 sesuai untuk permulaan).

Langkah #2 – Klien membayar, klien terkejut

Klien itu ibarat emas dalam perniagaan blog kita. Berikan servis reviu yang terbaik sekiranya blog kita dipilih. Antara cara-cara untuk membuatkan mereka terkejut dengan hasil kerja kita adalah:

klien , pelanggan berpuas hati

  • Menawarkan reviu produk secara berkala (3 hingga 5 entri) tanpa perlu diminta.
  • Meyakinkan para pembaca blog kita untuk mempercayai kualiti produk klien.
  • Menawarkan reviu yang berbentuk konstruktif, di mana jika terdapat kecacatan pada produk, kita tidak memburuk-burukkannya. Sebaliknya kita memberikan nilai tambah seperti cadangan penambahbaikan di masa akan datang.

Tujuan kita memberikan servis di luar jangkaan mereka ini adalah untuk mendapatkan kepercayaan, bagi mereka melakukan promosi secara viral. Menurut satu kajian, setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya 22 kenalan.

Bayangkan selepas ini blog kita ditempah oleh 22 orang kenalan ini, tanpa perlu melakukan sebarang aktiviti promosi.

Langkah #3 – Tambah nilai servis untuk gandakan wang

Ketika kita berhubung dengan prospek untuk menawarkan servis, biasakan diri untuk memberikan tawaran yang unik dan menguntungkan kepada mereka. Sebagai contoh, selain daripada reviu, kita juga boleh menawarkan pengiklanan percuma selama 3 bulan pertama.

gandakan wang - RM50 menjadi RM100

Ini bermakna, daripada menjana RM50 dengan blog, kita boleh meningkatkan harga setinggi RM100 hanya dengan memberikan nilai tambah servis.

Justeru itu, para blogger tempatan yang masih tercari-cari kaedah untuk buat duit dengan blog, gunakan cara ini.

Kerana ia lebih mudah, dan sesuai untuk blog-blog yang mempunyai pelbagai niche. Daripada niche peribadi, sehingga niche yang spesifik. Semuanya mempunyai potensi masing-masing.

Sekiranya kita memerlukan sistem untuk meningkatkan jumlah pelawat sebanyak 100 pelawat setiap hari, maka dapatkan ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’.

Kredit imej yang diambil dari Flickr (mankamenstarwingandywissman, bobhouser)


Tags: , , , , , , ,

Komen (6)

Leave a Reply to Hasbul Aqill Batal (Cancel)