Tutorial Menambahkan Trafik Blog Menerusi Blog Commenting

September 21, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Menurut Daniel Scocco, salah satu daripada faktor kejayaan blogger adalah mempunyai jumlah pelawat, atau dikenali sebagai trafik yang banyak setiap bulan. Ada juga hipotesis yang dibuat oleh sesetengah pemilik blog seperti:

Daniel Scocco

“Semakin tinggi trafik sesebuah blog, semakin tinggi pendapatan yang akan diperoleh.”

Namun dalam entri ini kita tidak akan berdebat mengenai isu trafik. Kali ini kita akan mempelajari tutorial, yakni langkah demi langkah untuk menambahkan jumlah trafik blog dengan menggunakan salah satu daripada cara yang popular ketika ini, iaitu kaedah blog commenting.

Umumnya, blog commenting adalah teknik yang melibatkan usaha pembaca untuk memberikan komen terhadap entri yang ditulis oleh pemilik blog. Dengan memberikan komen, ia dapat mewujudkan interaksi di antara tiga pihak iaitu:

  • Pemilik blog.
  • Pemberi komen.
  • Pembaca.

Memahami Kuasa Interaksi dan Komunikasi

Twitter Majalah Niaga

Dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Jeff Korhan, laman-laman sosial bertaraf autoriti seperti Facebook, Twitter, Linkedin dan Google+ berkembang secara drastik kerana ruangan ini memudahkan para pengguna internet di seluruh dunia, untuk berinteraksi dan berkomunikasi di antara satu sama lain.

Dunia blog tidak jauh bezanya dengan dunia laman web sosial. Apabila kita merapatkan jurang komunikasi dengan pemilik blog menerusi ruangan komen, kita membuka peluang untuk mereka berkenalan dengan diri kita. Secara tidak langsung mendorong mereka untuk klik pada laman blog bagi membaca karya-karya kita.

Justeru itu, untuk mengamalkan teknik blog commenting bagi menambahkan trafik blog secara efektif, memiliki skil untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik merupakan satu kelebihan.

Matlamat Akhir – Membangunkan Komuniti

Meskipun teknik ini bermatlamatkan untuk menambahkan trafik blog, blogger harus melihat ia dari perspektif luar kotak, yakni berbeza daripada pemikiran biasa. Selain daripada trafik, teknik blog commenting juga dapat membantu kita untuk membina komuniti secara konsisten.

seth godin

Komuniti yang kita bina dari peringkat awal akan menjadi penyokong dan pembaca setia blog kita. Menurut Seth Godin dalam bukunya iaitu Tribes, pembinaan komuniti di peringkat awal memerlukan kita untuk mengumpul sekurang-kurangnya 1,000 peminat setia.

Justeru itu, ikuti langkah demi langkah dalam tutorial ini untuk melihat perkembangan trafik blog dalam masa 3 bulan akan datang.

5 Langkah Untuk Menghapuskan Masalah Trafik Dengan Blog Commenting

Langkah #1 – Memilih 5 Blog Autoriti Pertama

alexa rank majalah niaga

Langkah pertama bermula daripada perancangan. Mula memilih 5 blog autoriti pertama untuk kita jadikan sebagai pencetus untuk membina komuniti. Sebagai contoh, sekiranya blog kita merupakan niche kesihatan, maka senarai blog autoriti adalah seperti berikut.

  • Blog A (Pagerank 4, Alexa: 500,000).
  • Blog B (Pagerank 3, Alexa: 650,000).
  • Blog C (Pagerank 3, Alexa: 740,000)
  • Blog D (Pagerank 2, Alexa: 800,000).
  • Blog E (Pagerank 2, Alexa: 900,000).

Paparan ‘Pagerank’ dan ‘Alexa’ dapat memberikan kita maklumat mengenai blog. Blog yang memiliki nilai pagerank yang tinggi adalah blog yang dipercayai oleh enjin carian, khususnya Google. Manakala blog yang mempunyai kedudukan alexa yang rendah, maka jumlah trafiknya berkemungkinan besar adalah tinggi.

Justeru itu, senaraikan 5 blog autoriti berdasarkan kajian kita sendiri menerusi rujukan kedua-dua fungsi di atas, iaitu pagerank dan alexa.

Langkah #2 – Wujudkan Perbualan, Bukan Komen Semata-mata

Dahulunya kita ditunjukkan cara untuk memberikan komen yang bernas, untuk menarik perhatian pemilik blog dan pembaca lain untuk klik ke laman blog kita. Kini cara ini kurang menampakkan keberkesanannya.

Untuk memberikan nilai tambah dalam teknik blog commenting, mewujudkan perbualan di antara kedua-dua belah pihak, yakni pemilik blog dan pembaca lain adalah lebih efektif. Ini dapat dilakukan menerusi:

  • Apabila selesai menulis komen, wujudkan persoalan yang melibatkan pemilik blog dan pembaca lain untuk turut serta memberikan pandangan mereka.
  • Sentiasa peka untuk respon terhadap perbincangan pembaca yang lain.
  • Komen, pendapat atau kritikan yang bersifat konstruktif, iaitu sudut pandang yang membantu untuk menambahkan nilai entri pemilik blog.

Langkah #3 – Berhubung Dengan Pemilik Blog Secara Peribadi

google plus

Apabila kita kerap berinteraksi dalam kelima-lima entri blog autoriti yang dipilih, mulakan langkah untuk merapatkan lagi jurang komunikasi dengan berhubung secara peribadi, iaitu menerusi emel, telefon atau laman sosial seperti Facebook, Twitter atau Google+.

Tujuan utama berhubung secara peribadi ini adalah untuk mengeratkan hubungan di antara pemilik blog. Kemudian menjalinkan hubungan kerjasama untuk keuntungan kedua-dua belah pihak, iaitu…

Langkah #4 – Sasarkan Untuk Menjadi Penulis Jemputan

Apabila kepercayaan pemilik blog autoriti terhadap kita meningkat, kita akan memperoleh peluang untuk menjadi penulis jemputan. Dengan cara ini, exposure blog kita akan meningkat secara drastik. Kerana kita berpeluang untuk bekerjasama dengan individu yang mempunyai autoriti.

Sebelum mensasarkan diri untuk menjadi penulis jemputan di dalam blog autoriti, kita perlu konsisten dalam menulis komen-komen yang berbau positif dan tidak menyakiti hati pemilik blog. Kemudian, rajinkan diri untuk berkomunikasi dengan pemberi komen yang lain untuk menunjukkan diri kita selesa berada dalam ruang blog autoriti itu.

Langkah #5 – Ulangi Langkah Pertama

Langkah demi langkah yang ditunjukkan sebentar tadi merupakan sebuah sistem yang mudah untuk diduplikasikan. Setelah kita mempunyai jumlah trafik yang diinginkan menerusi teknik ini, ulang kembali langkah pertama dengan menambahkan jumlah blog autoriti.

Kemudian, ulangi semula langkah kedua, ketiga dan keempat untuk memperoleh keputusan yang sama.

Formula Lain Untuk Menjana 10,000 Pelawat – Tanpa Kos

Ketika ini tim Majalah Niaga sedang giat mempromosikan ebook terbaru kami, iaitu ‘Siri Formula Blogging – Rahsia Trafik’. Di mana ebook ini akan menunjukkan langkah demi langkah, untuk kita menjana trafik sebanyak 10,000 setiap bulan ke blog, tanpa melibatkan sebarang kos berbentuk wang.

Rahsia Trafik Majalah Niaga

Apa yang perlu kita lakukan adalah ikuti sahaja langkah yang ditunjukkan dalam ebook ini, sama seperti apa yang kita akan amalkan menerusi teknik blog commenting. Formula ini adalah formula yang kami gunakan untuk menjana trafik sebanyak 5 angka setiap bulan, untuk blog Majalah Niaga.

Formula ini berkesan untuk kami, dan kami menggunakannya berkali-kali. Justeru itu, kami percaya formula ini juga akan menghasilkan keputusan yang sama untuk para pembaca.

Sekiranya berminat, sila klik laman web di bawah untuk mendapatkan ebook ini dengan harga yang murah dan mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja.

Klik Di Sini – Dapatkan Ebook ‘Siri Formula Blogging – Rahsia Trafik’


Tags: , , , , , , , , ,

Komen (17)

  1. salah satu faktor yang mampu menjana trafik melalui komen di blog ialah dengan menggunakan plugin ComLuv. plugin tersebut bertindak mempamerkan tajuk post terbaru di blog kita. jika tajuknya berpengaruh/menarik perhatian, insha Allah pembaca blog tesebut akan berkunjung ke blog kita. plugin ni boleh la digunakan sebagai penambah rasa dalam menarik trafik. sebabnya kadang2 pembaca tak baca sangat komen.

  2. mmg tak dinafikan komen mampu meningkatkan trafik secara tak langsung. Tp jgn spi kita berkomen semata2 kerana trafik. komen kerana mmg anda hendak komen, bukan kerana hendakkan trafik.

  3. Terima kasih tuan Aqill atas perkongsian ini. Saya suka poin ‘Hubungan Dengan Owner Blog’ tersebut. Saya setuju dengan poin ini. Secara langsung, dengan mewujudkan hubungan yang baik dengan owner blog, ia akan membawa kepada ‘long term relationship’ antara kedua-dua pihak. Tidak mustahil suatu hari nanti Owner Blog akan memberi tawaran untuk kita melakukan Guest Posting di blog beliau 🙂

    1. Ya tuan. setuju. Komen seperti memberi cadangan, penambahan tips berdasarkan artikel tersebut boleh dijadikan panduan tambahan kepada pemilik serta pembaca blog 🙂

  4. Dalam komen kena ingat jangan ada complaint. hehe. Si tukang komen juga kenalah murah hati berkongsi tips tambahan dan hujah yang menyokong topik dalam sesebuah post. Cuma janganlah berlebih-lebih hingga menyebabkan jadi satu tajuk baru pulak di dalam ruangan komen.

    1. Berkenaan jika ada aduan, kami menerimanya dengan hati terbuka. Serta kami akan siarkan mana-mana komen berbentuk aduan. Mungkin juga aduan tersebut boleh dijadikan panduan untuk kami juga 😉

  5. Salam tuan.

    Adakah pagerank dan Alexa rank perlu seperti yang dinyatakan?

    Blog A (Pagerank 4, Alexa: 500,000).
    Blog B (Pagerank 3, Alexa: 650,000).
    Blog C (Pagerank 3, Alexa: 740,000)
    Blog D (Pagerank 2, Alexa: 800,000).
    Blog E (Pagerank 2, Alexa: 900,000).

Pendapat anda?