Usahawan Berjaya Tidak Memerlukan Pendidikan Formal?

October 03, 2011 — Penulis:

Kategori: Pembangunan Diri

The Harvard Crimson menggelarkan beliau sebagai ‘Pelajar dropout yang paling berjaya di Harvard’. Manakala kebanyakan manusia di muka bumi ini sudah cukup mengenali jejaka berspek mata, dan kurang membazirkan masa dengan melepak ini sebagai individu terkaya di dunia, dengan memiliki aset sebanyak USD56 bilion pada tahun 2011.

bill gates - dropout yang berjaya

Ya, beliau adalah William Henry “Bill” Gates III, atau lebih mesra dengan panggilan Bill Gates. Jejaka yang lahir pada 28 Oktober 1955 ini merupakan pengasas syarikat Microsoft, yakni syarikat perisian komputer terkemuka di dunia.

Bagaimana pula di Malaysia? Khususnya orang Melayu yang beragama Islam? Adakah kita mempunyai individu yang memegang status seperti Bill Gates?

Sekiranya diukur dari segi jumlah aset, kita masih lagi jauh ketinggalan. Namun di Malaysia, nama Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary cukup dikenali sebagai anak Melayu yang mempunyai aset bernilai bilion ringgit.

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

Malah terdapat persamaan di antara mereka berdua. Persamaan yang menimbulkan konflik dalam masyarakat di seluruh dunia sehingga hari ini.

Kedua-dua individu ini tidak meneruskan pendidikan secara formal. Atau dalam bahasa mudahnya…

Dropout. (Tidak mempunyai sebarang ijazah pendidikan formal).

Kita Wajib Mencari Ilmu, Tetapi…

Perdebatan mengenai  isu individu yang tidak mempunyai kelulusan dari mana-mana universiti, tetapi mereka tetap berjaya mengubah dunia menjadi lebih baik menerusi bisnes dan sebagainya, adalah isu yang tidak akan tamat sehingga bila-bila.

Tetapi terdapat satu bukti kukuh yang dapat kita lihat di sini iaitu, ilmu itu tidak terhad pada kolej dan universiti.

Sebelum ini, minda kita ditekankan dengan slogan,

“Untuk berjaya, kita mesti belajar bersungguh-sungguh, kemudian masuk ke universiti yang bagus, dan carilah pekerjaan yang dapat menjamin masa hadapan.”

Tetapi sekiranya kita lihat situasi hari ini, slogan di atas sudah tidak relevan. Kerana ilmu itu sudah terbukti ada di mana-mana. Ia tidak terhad di institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Kerana untuk berjaya, bukan jenis kerja yang menentukannya.

graduasi universiti

Jawapan yang sebenar adalah… Sejauh mana kita percaya terhadap kejayaan yang ingin kita kecapi.

Sebagai contoh, dalam kes Bill Gates, beliau mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang tinggi, di mana perisian yang beliau sedang usahakan ketika itu (Microsoft) mampu mengubah dunia menjadi lebih baik.

Berbekalkan kepercayaan itu, Bill Gates mengambil keputusan untuk berhenti belajar di institusi pengajian tinggi, dan tidak mempedulikan tohmahan atau cacian yang dikeluarkan oleh pihak universiti, rakan-rakan mahupun keluarga.

Ini bermakna, kejayaan itu terletak pada sejauh mana kepercayaan kita. Sekiranya kita percaya ijazah universiti dapat menjamin kejayaan, maka itu adalah ketetapan kita sendiri.

Ilmu Berharga – Belajar Daripada Pengalaman Sendiri

“Dunia ini adalah sekolah kita.” – Marin H. Fischer

Ayat di atas menerangkan betapa pentingnya belajar menerusi pengalaman sendiri. Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas daripada melakukan sebarang kesilapan.

pengalaman sendiri adalah ilmu yang paling berharga

Persoalannya adalah, berapa ramai di antara kita yang belajar daripada kesilapan yang dilakukan, kemudian berazam untuk tidak melakukan kesilapan yang sama di masa akan datang?

Adakah kedua-dua individu (Bill Gates dan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary) di atas berjaya dalam percubaan kali pertama?

Jawapannya, tidak.

Mereka belajar daripada kesilapan yang dilakukan berkali-kali. Dengan mempelajari sesuatu daripada kesilapan, minda mereka akan lebih arif dan matang untuk membuat keputusan yang lebih baik.

Jangan Berhenti Belajar Kerana Terdorong Dengan Cerita Mereka

Benar, ada yang mengambil keputusan untuk berhenti belajar kerana terdorong dengan kisah-kisah kejayaan mereka ini.

Mereka berkata ayat di bawah pada diri sendiri, sewaktu membuat keputusan;

“Bill Gates, Steve Jobs, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary boleh berjaya tanpa pendidikan formal, mesti aku juga boleh berjaya!”

Hakikatnya, meniru orang semata-mata tanpa mempunyai pelan perancangan yang kukuh adalah perkara yang sia-sia. Sekiranya kita berfikiran seperti ini, maka peluang untuk kita bangkit daripada kegagalan yang bakal menimpa adalah rendah.

steve jobs

Bahkan, kita berkemungkinan besar akan berputus asa… Kemudian menyesal dengan keputusan untuk berhenti belajar. Ketika itu, setiap satu daripada penyesalan kita adalah sia-sia, kerana masa tidak boleh berputar kembali.

Rezeki manusia juga berbeza. Tidak semua manusia dilahirkan untuk menjadi individu yang memegang ijazah institusi pengajian tinggi. Ada dalam kalangan mereka juga yang berjaya dalam karier mereka, selepas tamat pengajian tinggi.

Tetapi apa yang cuba ditekankan di sini adalah…

Pendidikan Formal Adalah Salah Satu Alternatif Usahawan

Adakah kita mesti dropout untuk berjaya sebagai seorang usahawan?

Jawapannya, tidak.

Meskipun pendapat sebahagian besar usahawan menyatakan kita mesti mengorbankan sesuatu yang berharga, untuk mencapai matlamat yang bermakna. Pendapat ini tidak terhad kepada memilih untuk tidak menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi.

Ia boleh dikaitkan dengan pengorbanan masa. Di mana pelajar itu harus mengorbankan masa untuk merancang bisnes mereka dengan lebih tersusun setiap hari, agar ia tidak mengganggu pelajaran mereka di kolej.

Fikir berkali-berkali terlebih dahulu, sebelum membuat sebarang keputusan yang berisiko tinggi. Kerana ia bukan melibatkan diri kita sahaja. Ia akan melibatkan emosi keluarga kita, khususnya ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka memegang segulung ijazah.

Apa pendapat tuan dan puan mengenai isu ini? Mohon kongsikan di bahagian komen di bawah.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (oninnovationmnirashid.comeyecatcherteessideuniversity, simeon_barkas)


Tags: , , , , , , , ,

Komen (53)

  1. Walau Syed Mohtar tiada ijazah pendidikan formal, beliau amat mementingkan pendidikan. Sebab itu hampir kesemua sumbangan sosialnya adalah dalam bidang pendidikan.

    Bagaimanapun salah satu matlamat pendidikan formal ialah supaya kita dapat menguasai hidup. Dan kalau kita mampu ‘menguasai’ kehidupan kita tanpa pendidikan formal?…….

    1. khairil anwar
      October 4, 2011

      Rasulullah buta huruf, tetapi tidak bermaksud tidak belajar. Tetapi diperantarakan antara seseorang individu dengan ilmu itu adalah melalui qalam – iqra’. Dunia moden hari ini, sambil belari, memandu pun masih boleh belajar apabila qalam diterjemahkan dalam bentuk suara-suara digital.

      Dalam kebanyakan kes, dropout yang berjaya adalah mereka ini bijak, mempunyai pandangan jauh dan luas. Mereka adalah pakar dalam bidang mereka, yang mana pada masa tersebut pensyarah sendiri tidak mempunyai idea dan kepakaran. Ini adalah ilmu dan peluang yang dikurniakan, dan mereka mengambil risiko untuk memajukannya kepada masyarakat umum.

      1. Saya suka perkongsian Tuan Khairil Anwar. Benar, agama kita sendiri menekankan betapa pentingnya untuk mempunyai ilmu. Berkenaan risiko, hanya individu tertentu yang mempunyai visi jauh dan jelas sahaja yang berani membuat keputusan dan bertindak.

  2. Perkongsian yang menarik. Teringat kata-kata seorang Usahawan Internet terkenal tanahair – ”Formal Education Will Make You A Living, Self-Education Will Make You A Fortune”

  3. Setuju. Tak perlu berhenti belajar. diorang dahulu ada masalah masing2. sekarang ibubapa mampu tampung anak anak. tanpa sebab yang ordinary sgt tak perlu berhenti belajar. hidup bukan untuk jadi bilionaire dunia saja.. akhirat pun mau bilionaire. 🙂 mcm mana nak bilionaire akhirat? drop out business ?

  4. Saya ada diploma sains komputer tapi bacelor sains komputer (kejuruteraan perisian) sekerat jalan.

    Tapi saya masih boleh mengajar orang komputer terutama yang belajar ijazah bidang komputer.
    Kadar satu hari RM 200.

    Pelik,pelik….

  5. aku dah ramai jumpa pelajar universiti yang nak dropout sebab nak involve dalam bisnes. Salah satu sebabnya terpengaruh dengan idea dropout leh sukses walaupun tak habis belajar kat universiti. Mungkin maksudnya mereka nak lebih fokus. Tapi bila diorang drop..bisnes tak menjadi.

    Kemudiann..mula menyalahkan orang. Bagi aku, tak salah habiskan study dulu. Lepas tu..nak buat apa..buatlah. Sekurangnya, ada ijazah atau diploma untuk bekalan.

    Yang dropout dan berjaya. Berapa kerat aje. Tak semua. Tapi yang ada ijazah dan diploma dan berjaya dalam bisnes..aku rasa beratus ribu usahawan dan ahli perniagaan yang dah berjaya.

  6. kuda belang
    October 10, 2011

    ramai cakap pandai tapi tak serupa bikin… makan gaji jugak… hahahaha… mmg ramai yang bisnes.. beratus juta org berniaga.. tp mcm cendawan la.. cepat tumbuh.. cepat mati…

  7. Salam. kena balik pada asal tujuan kita belajar iaitu untuk menuntut ilmu. tujuan menuntut ilmu adalah untuk diamalkan, bukan dipamirkan. semua orang yang mengamalkan ilmu yang mereka pelajari (asalkan bermanfaat) akan berjaya, samaada lulusan universiti atau tidak. Bill Gates dan syed mokhtar adalah mereka2 yang mengamalkan ilmu yang mereka pelajari. begitu juga Lim Goh Tong, Tony Fernandes, Robert Kuok dll

  8. Terlebih dahulu, terima kasih kerana artikel yang membuka minda ini.

    Pendapat saya, kedua-duanya adalah penting. Hal ini kerana ‘pendidikan’ (menuntut ilmu) dan menjalankan perniagaan dituntut dan disaran di dalam Islam.

    “Tuntutlah ilmu daripada buaian sehingga ke liang lahad” & “9/10 rezeki adalah daripada perniagaan.”

    Sedikit pengalaman mengenai sambung belajar: Jika kita sambung belajar kerana mahukan ilmu, jalan ke arahnya terasa mudah dan kadangkala sedikit mencabar. Jika kita sambung belajar bukan kerana ilmu, nescaya kita mudah untuk terhenti di pertengahan jalan.

    Wallahua’lam. Yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri saya sendiri. Maaf andai tersalah di mana-mana. 🙂

  9. setuju dengan pendapat rakan2 lain tentang tujuan belajar.

    Pastikan tujuan sambung belajar adalah kerana ilmu itu sendiri. 🙂

  10. ..pembelajaran sepanjang hayat…..formal dan xformal… yg penting tahu hala tuju dan ‘never quit until success’. nice sharing….

  11. Salam.saya berumur 23 thn dan dan seorg peniaga restoren hasil peninggalan keluarga dan masih merangka utk mengembangkn perniagaan.terus trang saya kategori dropout student.slepas tamat matrikulasi, saya nekad utk menyambung perniagaan keluarga.dan skrg income saya sudah capai 5 angka pada umur skrg.bkn ingin menunjuk tp utk berkongsi sikap segelintir masyarakat yg masih menganggap saya bkn org berjaya kerana tidak mempunyai segulung ijazah.mereka menganggap kejayaan saya xkn bertahan lama jika tidak meneruskn pelajaran.in shaa Allah saya akan buktikn saya akan berjaya dlm minat saya satu hr nnt.

    Kepada dropout student.jgn putus asa, rezeki sentiasa ada di mana2.jgn terlalu keras utk menolak kata2 org dan jgn terlalu lembut utk menerima.mana yg membina, kita ambil.mana yg menjatuhkn, kita jdkn cabaran.in shaa Allah kalian akan berjaya.

  12. Pernah baca artikel ni tahun 2011, dan kini membacanya semula.
    Masih lagi releven dengan situasi dan keadaan semasa.
    Kita wajib mencari ilmu. Sama ada ilmu formal atau ilmu jalanan.

  13. salam, saya suka topik ni, ala2 buku rich dad poor dad,
    if u want to happy & rich, dont go to school! ^_^

    belajar dalam universiti kehidupan,
    belajar dari pensyarah (mentor) yg telah berjaya…

    tuan aqif azizan byk bkongsi ilmu,
    saya rasa nk belanja makan je,, hehehe ^_^ insyallah 1 hari nti

  14. Azizan A. Samah
    September 30, 2013

    Meminjam kata2 Robert T.Kiyosaki (multi-jutawan Amerika):
    1) Punca kepada krisis kewangan mana2 negara adalah rakyatnya tidak diajar ilmu kewangan/perakaunan seawal sekolah rendah. Profesor kewangan pun tidak faham ilmu kewangan kerana dia hanya tahu berteori, tidak pernah berkerja dengan Bank Negara/mana2 bank pun.
    2) Lepas keluar U/IPT = buat bisnes, BUKANnya makan gaji.
    3) Lepas habis sekolah = belajar buat Networking Bisnes/MLM/Marketing & Sales.
    4) Guru bisnes sebenar = Tycoon/Rich Businessman.
    5) Fahami kita dimana = E – employee; SE – self-employed (ie. lwyrs, doctor, accountant etc.); B – Business; dan I – Investment. Samada kita E atau SE, kita perlu terlibat dengan B dan I.

  15. Pendapat sayalah…bukan saja sekolah malah alam pekerjaan pun ramai yang bertindak dengan cara yang sama..ramai yang berhenti kerja semata-mata hendak melakukan perniagaan secara sepenuh masa..yang sedihnya kebanyakkan mereka kembali ke alam pekerjaan setelah perniagaan yang diusahakan gagal..

  16. Benar… “Untuk berjaya di dunia perlukan ilmu, untuk berjaya di akhirat perlukan ilmu dan untuk berjaya kedua-duanya juga perlukan ilmu…” tak kita samada ilmu tersebut formal atau tidak..

  17. Assalamualaikum, saya ingin berkongsi.

    Saya mempunyai diploma dan seterusnya menyambung ijazah..tetapi dalam masa sama mebuat ‘part time’ business percetakan. Keluarga saya ketika itu mempunyai masalah kewangan yang kritikal sehingga saya memaksa saya dropout melepaskan ijazah saya. Saya nekad keluar Universiti untuk membantu keluarga dgn mengusahakan perniagaan secara lebih serius memandangkan business semakin berkembang ketika itu. dan alhamdullilah kini saya dapat membantu keluarga saya.
    Mengingatkan saya, masalah sebenarnya adalah satu peluang untuk berjaya.

  18. Pada saya setiap pendapat ada kebenaran nya bergantung kepada cita-cita masing2. jika anda bercita2 mahu menjadi ushahawan yang berjaya seperti nabi ibrahim,anda perlu mencari guru dan kelas yang berbeza dengan orang lain. carilah guru yang hebat dalam bisnes dan belajarlah dari mereka. dan jika anda mahu menjadi golongan professional seperti doktor, lawyer, engineer maka universiti adalah tempat terbaik untuk anda.

    Jika mahu menjadi kaya. mintalah nasihat dari orang kaya dan jika mahu menjadi golongan professional maka mintalah nasihat dari golongan professional. Kata nabi “Jika mahu kaya dunia carilah imu dan jika mahu kaya akhirat carilah ilmu dan jika mahu kaya kedua-dua nya juga carilah ilmu”.

    There are good and bad advice out there. Hanya kita yang pilih jalan manakah yang kita mahu.

  19. Ianya berkaitan nasib, kejayaan, kebolehan, bakat, rezeki … bagaimanapun kebarangkalian untuk berjaya memerlukankan ilmu, berbillion manusia di dunia ini, mereka di atas adalah hanya segelintir yang bernasib baik tanpa mendapatkan pendidikan formal … “jika hendak berjaya di dunia, carilah ilmu … jika nak berjaya di akhirat, carilah ilmu”

  20. Salam satu malaysia.
    Sangat teruja bila terbaca aktikel tentang orang yang yang telah menjadi multibillionaire. Lagi semangat tapi kalau sekadar teruja dan bagi komen dan berkongsi pendapat tapi duduk reseach je bila nak bangun. Pergilah mana-mana seminar usahawan yang berkaliber pun tetap duduk tahap tu juga.
    Saya baca dari awal hingga akhir artikel ini rata-ratanya semua kenal dan faham apa yang diceritakan.
    Cuba anda fikirkan adakah berkerja makan gaji boleh jadi millionaire, adakah meniaga restoran dengan satu restoran je dah boleh jadi millionaire, adakah Mempunyai bergulung ijazah boleh jadi millionaire anda fikirkan sendiri.
    Anda semua dah pandai dan mungkin ilmu dah ada ditambah dengan pengalaman jadi adakah ada sudah BIJAK memilih KEPUTUSAN?

  21. mmg terbukti.. d msia ramai xde ijazah atau x sekolah pon boleh bjaya.. bukti merata2 d msia yg tcinta ni.. dgn syarat kabel umno n kabel dgn sultan lanun johor amat erat.. mmg bole kaya 700 keturunan.. haha.. gerek siot.. baru boleh perli mamat2 degree utm pon x merasa lekat stereng audi.. setakat plg tinggi pon wish recond.. kah kah kah.. tapi itula msia.. jgn d nafikan pandangan ini kerana bukti d dpn mata semua..

  22. assalamualaikum. saye student diploma kt sebuah kolej di kl.bru hbeskn sem1. tapi sekarang runsing sebab terfikir nak stop/postpone study. n nak blajar sewing dr my mum. smbil tuu bley jinakkan dri dlm bisnes online. lebih berminat pd kemahiran dr teori. wajar ke keputusan nie? lgy 3hri nak daftar sem2 dah. keputusan lastmint nie takut menyesal je tangah jalan. minta pendapat.

  23. Syamsul Adlan
    September 22, 2014

    Sijil kelulusan penting namun pendidikan formal di menara gading memang bukan syarat mutlak untuk berjaya.

    Menara gading melatih minda berfikir dengan betul dan sistematik; minda hanya dilatih berhadapan dengan parameter2 yang boleh dikawal semata2.

    Minda sentiasa mengelak falasi, berfikir hanya secara vertikal.

    Yang ada hanya latihan minda; hampir tiada langsung latihan emosi.

    Kurang sangat cabaran fizikal.

    Jarang2 ujian rohani.
    .
    .

    Tak seperti dunia luar yang realiti:

    Selalu berhadapan dengan parameter luar kawal, unfair advantage.

    Minda sering berurusan dengan pemikiran yang penuh falasi (orang yang berfikir secara salah).

    Rohani dan maruah dicabar sentiasa.

    Emosi dihentak bertubi-tubi.

    Fizikal ditekan setiap masa; pergerakan mesti pantas.

    Kehidupan benar-benar kejam.

    Hanya yang kuat selamat dan berjaya.

    Kuat rohaninya, kuat emosinya, kuat mindanya dan kuat fizikalnya.

    **
    Hanya usahawan dan exusahawan sahaja benar2 faham apa yang saya tulis.

    Kalau golongan ‘Kuadran E’ boleh faham, itu hanyalah rasa-rasa faham sahaja.

  24. Mula baca.. Saya rasa normal..
    Seperti cerita yang sama..
    Selepas baca lebih kurang 70%..
    Dapat saya rasakan cerita yang lain..

    Ramai teruja dengan kisah kesusahan atau asbab yang dilalui sebelum kejayaan.. Manusia suka perkara tak normal..

    Keunikan antara cara kita berjaya.. Mungkin tidak normal salah satu faktor kejayaan.. Wallahu’alam..

  25. Paling penting disini. Kita perlu tahu apa yang perlu dilakukan selepas dropout. Tak boleh terikut-tirut dengan orang. Kita sendiri perlu tahu apa yang kita nak capai. Ramai orang dropout mereka mereka sudah nampak jalan yang bakal mereka lalui dan yakin mereka boleh capai apa yang mereka nak.

    Tapi jika kita sendiri tak yakin kita boleh capai apa yang kita nak selepas dropout, dan teruja nak dropout kerana disebabkan ingin “Cuba-Cuba”. Seeloknya tak perlu.

    Habiskan belajar dahulu. Kita juga tak mahu kecewakan hati kedua ibu bapa kita. Jadi hadiah segulung ijazah itu kepada mereka dahulu. Lepas habis belajar baru lah fikir cara nak kejar impian kita itu dahulu.

    Apa-apa yang kita nak buat pun kena ada ilmu. Termasuk berniaga.

  26. Pendidikan formal penting tapi tidak selalunya betul. Belajar teori berbeza apabila diapkasi.. Pengalaman yang akan membezakan berjaya atau tidak.

    Dengan adanya pendidikan formal, mungkin pembinaan kredibiliti lebih mudah dengan adanya ijazah dalam bidang berkenaan.

  27. Saya merupakan pelajar dropout part time degree studies di utm space..antara faktor utama saya dropout adalah diri saya sendiri,saya tak mampu meneruskan bidang yang saya tidak minat iaitu sains komputer..saya bekerja dalam bidang telco di mana hampir tidak berkait lansung dengan sains komputer..pendapat peribadi,utm space sesuai untuk mereka yang pandai arrange masa,kerja office hour,dan ada study group sendiri..juga orang yang tak kisah bayar yuran mahal..dan sanggup sabar at least 5 tahun habiskan study 😀 terus terang utm space cekik duit student n ipt swasta..so belajarlah sungguh2 dan jelas matlamat yang nak dicapai..2 tahun kerja dalam bidang telco guna result diploma sains komputer,Allhamdulillah gaji 3K ++..kompani tgk pengalaman n kredibiliti kerja kita..

  28. sy student upper 6,tapi sy x hati hendak belajar lagi.. dan sy ada bakat melukis.Sy fikir kalau sy berhenti belajar dan melukis serta jual lukisan,adakah sy berjaya?sy juga yakin terhadap diri sy sendiri yg sy bole berjaya..

  29. Artikel ini ditulis pada 2011 dan masih lagi dibaca pda tahun 2016.

    Sungguh, isu “dropout” ini sangat kontroversi. Masing-masing dengan pendapat sendiri.

    Walau apa jua keadaan, yakinlah dengan matlamat diri sendiri. Kalau anda gagal, itu satu petanda yang bagus! Sebab anda semakin menghampiri kejayaan 🙂 Setuju?

    Lesson learn : BANGKIT DAN BELAJAR DARIPADA KEGAGALAN.

Pendapat anda?