Usahawan Malaysia Terima Kejutan Dari Forbes

November 13, 2012 — Penulis:

Kategori: Berita Bisnes

Malaysia hari ini menerima satu berita gembira dan mengejutkan.

Datuk Vijay Eswaran - Forbes

Majalah Forbes bulan November memilih ahli perniagaan kelahiran Malaysia, iaitu Datuk Vijay Eswaran untuk dijadikan sebagai bahan utama.

Mendapat perhatian daripada media bisnes terbesar di dunia ini, adalah satu peluang yang jarang dapat dicapai. Khususnya dari golongan usahawan Malaysia.

Berikut adalah maklumat yang diperoleh daripada sumber Berita Harian. Artikel Forbes yang memuji tindakan Datuk Vijay itu ditulis oleh Donald Frazier.

Usahawan-dermawan Malaysia Ditonjol Dalam Majalah Forbes

NEW YORK – Seorang ahli perniagaan Malaysia, Datuk Vijay Eswaran mendapat penghormatan di dalam majalah Forbes terbitan November, yang jarang dicapai oleh usahawan Malaysia.

Beliau telah menggegarkan dunia perniagaan global melalui apa yang dikatakannya idea dan projek Gandhi.

Rencana Forbes yang ditulis oleh Donald Frazier, menggunakan tajuk gambar “Menjual satu kehidupan yang lebih baik” telah menarik minat penduduk Asia dan khususnya rakyat Malaysia di AS, selepas salinannya mulai dijual di pasaran.

Kisah hidup Eswaran dilihat menarik perhatian ramai orang yang memantau kerjayanya sejak pulang ke Malaysia selepas menamatkan pengajian di AS.

Di dalam artikel oleh Forbes itu, penulisnya menyatakan bahawa Eswaran telah banyak belajar dari kesilapan dan membina satu perniagaan jualan langsung.

Artikel itu – sepanjang lebih 2,500 perkataan – membawa pembaca mengalami kehidupan peribadinya sejak tamat pengajian hingga ke sekarang ini.

Ia bermula dengan sekumpulan orang menunggunya di Jakarta, yang baru sahaja tiba selepas lawatan terakhirnya pada 2007 dan penutupnya apabila beliau cuba melupakan peristiwa kali terakhir yang diadakan pada 2007.

Satu tindakan undang-undang yang kabur di Filipina diikuti dengan waran tangkapan Interpol, hingga menyebabkannya dan tiga eksekutif kanan dijel selama tiga minggu.

Mahkamah Indonesia telah mencemuh dan membebaskannya; mahkamah Manila mengetepikan dakwaan tidak lama selepas itu, yang mengingatkan Eswaran bahawa kesemua itu adalah kesan membina satu perniagaan yang sesetengah orang menjangka skim cepat kaya dan merasakan mereka tertipu apabila mereka tidak kaya, kata penulisnya.

Artikel itu juga memuatkan petikan dari orang-orang yang mendapat manfaat dari skim perniagaan Eswaran dan melahirkan penghargaan kepadanya kerana kejayaan yang mereka kecapi.

Eswaran, 52, dari Pulau Pinang, yang telah menubuhkan empayar perniagaan yang berkembang di banyak bahagian di dunia, baru-baru ini berada di New York bagi menerima anugerah India Global Baharu (NGI) bagi kecemerlangan perniagaan dan dermawan dari masyarakat India yang tinggal di luar negara itu yang berhimpun di New York bagi menghadiri Mesyuarat Perniagaan India Global (GIBM) 2012.

Dalam temu bual dengan Bernama di New York, Eswaran berkata beliau mengamalkan prinsip Gandhi di dalam dunia perniagaan hari ini, yang hanya mengutamakan keuntungan.

Eswaran tamat pengajian dalam ijazah sosioekonomi dari London School of Economics pada 1984.

Kini, beliau adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan QI, yang diasaskan pada 1998, iaitu satu konglomerat berasaskan e-perniagaan dengan kepelbagaian perniagaan runcit dan jualan langsung, teknologi, gaya hidup dan liburan, barangan mewah dan koleksi, pendidikan, latihan dan pengurusan persidangan, pembangunan hartanah dan logistik.

Kumpulan QI mempunyai pejabat wilayah di Hong Kong, Singapura, Malaysia dan Thailand, selain mempunyai kehadiran di hampir 30 negara melalui pelbagai anak syarikat.

Eswaran telah menulis beberapa buku, termasuk yang popular “The Sphere of Silence” yang dibincangkan di GIBM.

Beliau juga membincangkan keadaan di Malaysia.

Masyarakat India di Malaysia, katanya juga mempunyai kelebihan menjadi pemutus kedudukan politik di Malaysia.

“Kongres India Malaysia (MIC) tiada alternatif lain. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sangat memperjuangkan nasib orang India dan melakukan yang terbaik membawa mereka masuk aliran utama,” katanya, sambil menyatakan bahawa suara golongan minoriti didengari di Malaysia oleh kesemua parti politik berkenaan. – Bernama

Kredit: Sinar Harian, The V.


Tags: , ,

Komen (2)

  1. Mungkin usahawan produk digital Malaysia seperti :-

    1. Komik Niaga.

    2. Akademi Usahawan

    3. Yosh

    4. PUIM

    5. AMANZ

    6. Wang Cyber

    …insyaAllah akan masuk majalah Forbes. Teringin juga lihat kejayaan usahawan digital diperkenalakan untuk tatapan dunia. 🙂

Leave a Reply to Asyrof - Blogger Tanah Arab Batal (Cancel)