The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.
  • Wangcyber Gathering 2011 – Langkah Pertama Menjadi Jutawan Internet

    “Jika ingin berjaya, rapatkan diri kita dengan mereka yang sudah berjaya. Jadikan mereka ikon dan tiru apa yang mereka lakukan.” – Anthony Robbins.

    Sebelum ini, kita hanya mempelajari ilmu-ilmu perniagaan internet menerusi ebook, blog, video dan audio. Untuk hadir ke sesi personal coaching, kita masih berfikir-fikir, sama pelaburan ini berbaloi atau sebaliknya. Kerana pelaburannya melibatkan ratusan ringgit, malah ada yang mencecah ribuan ringgit.

    wangcyber gathering

    Antara alternatif yang boleh kita lakukan adalah mencari satu acara, yang menghimpunkan semua usahawan internet. Ini boleh dilakukan menerusi Wangcyber Gathering 2011, yang akan berlangsung di Menara Usahawan, Putrajaya pada 23 Julai 2011 (Sabtu).

    5 Sebab Ia Adalah ‘Kick Start’ Jutawan Internet

    Menggapai impian untuk menjadi seorang jutawan internet, bermula dengan satu langkah, kemudian beralih pada langkah yang lain. Persoalannya, di manakah permulaan langkah itu? Adakah langkah pertama yang kita lakukan sebelum ini betul, atau hanya mensia-siakan sahaja?

    wangcyber gathering 2010

    Oleh sebab itu, kita perlu hadiri acara yang jarang diadakan ini. Dengan menghadiri ke Wangcyber Gathering 2011 ini, tuan dan puan akan memperoleh 5 manfaat berikut:

    1. Ilmu yang jarang didedahkan menerusi media elektronik (blog, ebook dan sebagainya.)
    2. Membina jaringan kenalan.
    3. Direct coaching.
    4. Mendapat diskaun servis.
    5. Memantapkan hubungan rakan joint venture.

    #1 – Ilmu yang Jarang Didedahkan Menerusi Media Elektronik

    Penyampaian ilmu menerusi teks itu kadang-kadang berbeza dengan penyampaian menerusi kata-kata. Terdapat segelintir individu yang lebih selesa menyampaikan ilmu dengan berkata-kata. Malah tidak dapat disangkal perkongsian jenis ini lebih mudah difahami, dan mudah diserap ilmunya.

    Wangcyber Gathering 2011 adalah peluang untuk kita memperoleh ilmu dengan cara ini. Para usahawan internet ini akan berkongsi 1001 rahsia yang jarang didedahkan, menerusi media elektronik.

    #2 – Membina Jaringan Kenalan (Networking)

    Mempunyai rakan-rakan dalam bidang yang sama adalah penting. Ini bagi memastikan kita dapat tolong menolong antara satu sama lain. Dalam buku-buku perniagaan juga ada menyebut, membina jaringan kenalan dalam bidang yang sama adalah proses wajib.

    wc gathering 2010 di IM training centre

    Selain daripada tujuan bisnes, rakan-rakan ini juga akan menjadi pemangkin bagi mencetuskan motivasi harian.

    Bayangkan pada hari Sabtu ini, kita akan berjumpa dengan individu-individu seperti ini. Ia adalah peluang terbaik untuk meramaikan lagi sahabat kita dalam bidang bisnes internet. Semakin ramai sahabat bisnes internet, semakin tinggi peluang untuk kita menjadi jutawan internet.

    #3 – Direct Coaching

    Wangcyber Gathering 2011 akan diadakan selama 8 jam. Dalam tempoh ini, kita boleh ambil masa sedikit untuk bertemu dengan individu yang sudah berjaya dalam bidang masing-masing. Luangkan masa, berkenalan dan tanya seberapa banyak soalan yang bermain dalam minda kita.

    direct coaching

    Adakah mereka akan menjawab semua persoalan itu? Ya, kerana para usahawan internet akan menjaga kredibiliti mereka untuk jangka masa panjang. Justeru itu, ini adalah peluang untuk kita bertanyakan soalan-soalan ‘membunuh’, dan mendapatkan ilmu yang jarang diperoleh.

    #4 – Mendapatkan Diskaun Servis

    Apabila kita mula berkenalan dengan mereka, dan membina hubungan yang akrab, kita sebenarnya boleh mengambil peluang daripada sini. Antaranya adalah mendapatkan diskaun untuk servis-servis yang diniagakan oleh para usahawan internet tempatan.

    Contohnya, kita berjumpa dengan pakar surat jualan dan berkenalan dengan beliau di Wangcyber Gathering, secara bersemuka. Peluang untuk kita mendapatkan diskaun untuk servis beliau di masa akan datang adalah lebih tinggi, kerana asas kepercayaan manusia sudah terbina, iaitu ketika kita bersua muka dengannya.

    Pada hari Sabtu ini, bawa kad bisnes, bina hubungan yang akrab dengan semua usahawan internet. Kerana satu hari nanti, kita akan perlukan perkhidmatan mereka.

    #5 – Memantapkan Hubungan Rakan Joint Venture

    Setiap daripada kita mempunyai bisnes. Gunakan peluang pada hari Sabtu ini untuk mencari lebih ramai rakan joint venture. Bina hubungan kerjasama dengan mereka untuk memantapkan lagi aspek pemasaran produk-produk bisnes.

    Raja kamil dan Jamaluddin Bahari

    Mempunyai rakan joint venture adalah satu kelebihan dalam bisnes, khususnya bisnes internet.

    Adakah tuan dan puan mahu menghasilkan jualan sebanyak RM30,000 dalam satu pelancaran produk? Maka ini adalah masanya.

    8 Barisan Penceramah, Ilmu Jutawan Didedahkan

    Berikut adalah barisan penceramah yang akan membongkarkan ilmu-ilmu perniagaan internet dalam Wangcyber Gathering 2011 ini:

    shuth wcMohd Suhaimy (Shuth) – Pengasas Forum Wangcyber.com

    Beliau adalah pengasas forum ilmu ini. Forum ini merupakan saluran informasi yang telah berjaya menghasilkan ramai usahawan internet sepenuh masa. Selain daripada Wangcyber.com, Tuan Suhaimy juga aktif menjadi penceramah untuk topik ‘Perniagaan Internet’ di institusi-institusi pengajian tinggi.

    Gero Azrul – Pakar Pemasaran Social Media

    gero azrulSebelum ini, individu yang dikenali sebagai Gero Azrul hanya menjadi tulang belakang dalam kejayaan usahawan-usahawan internet yang lain. Kini beliau melangkahkan kakinya dalam perniagaan internet, dan menjadi individu autoriti dalam jangka masa yang singkat.

    Pernah dilatih oleh jutawan internet dan konvensional seperti Ewen Chia, Blair Singer, T. Harv Eker dan ramai lagi, Gero Azrul merupakan salah seorang individu yang kita perlu jumpa bagi belajar teknik pemasaran dan penjenamaan yang berkesan, khususnya menerusi laman media sosial.

    Adly Mukhtar – Usahawan Internet Muda dan Merbahaya
    Anak muda berusia 21 tahun ini merupakan pengasas syarikat Flarebiz Network Sdn Bhd bersama rakan
    kongsinya, Mohd Zhafran. Beliau adalah individu terawal yang mencetuskan ‘bom’ dalam industri ebook, apabila jualan ebook ‘101 Tip Adsense Terbongkar’ mencapai jualan sehingga RM10,000 dalam masa satu bulan.

    Tidak cukup dengan kejayaan itu, Adly Mukhtar yang dikenali sebagai Labanon ini mencipta lebih banyak peluang menerusi projek-projek teknologi maklumat seperti:

    Malah beliau juga turut membuka peluang untuk usahawan-usahawan internet mendapatkan, dan menyebarkan ilmu keusahawan di pasaran tempatan menerusi.

    Ammar Zahar – Pakar Perniagaan Internet Tempatan dan Antarabangsa

    ammar zaharUsahawan internet yang mempunyai wajah ‘baby face’ ini bukan calang-calang orangnya. Beliau antara anak muda tempatan yang sudah menjana ratusan ribu di internet menerusi pasaran tempatan, dan antarabangsa.

    Kini mengendalikan pelbagai projek-projek besar dalam industri perniagaan internet, Ammar Zahar adalah individu yang paling sesuai untuk dirujuk dalam aspek pemasaran emel, perniagaan ebook dan mencipta surat jualan yang membunuh.

    Gobala Krishnan – Ikon Perniagaan Internet Tempatan

    gobala krishnanMajoriti kita tidak akan mengenali anak muda tempatan ini. Hakikatnya dia adalah individu awal yang mencetuskan revolusi perniagaan internet. Gobala Krishan pernah muncul di akhbar tempatan, dan kini menghasilkan beberapa buah buku mengenai perniagaan internet.

    Sesi personal coaching beliau sahaja sudah mencecah ribuan ringgit. Dalam Wangcyber Gathering 2011, ini adalah peluang untuk kita mencungkil semua rahsia-rahsia usahawan internet yang beliau pendamkan selama ini.

     

    Jamaluddin Bahari – Pakar Pemasaran Emel
    jamalSelaras dengan pelancaran produk ‘3.0 Email Marketing’ beliau, usahawan internet sepenuh masa ini dikenali sebagai pakar pemasaran
    emel. Banyak teori dan kajian telah didedahkan untuk kita menghasilkan jualan yang banyak dengan pantas.

    Sehingga kini, beliau telah menghasilkan 7 ebook. Ya, beliau adalah pemilik laman web ebook yang menghasilkan ratusan ribu dalam jangka masa yang singkat, iaitu Kerja-Kerajaan.com.

    Noorizam Shah – Usahawan eBay ‘Power Seller’

    noorizam shahBerbeza dengan barisan penceramah yang lain, Wangcyber Gathering 2011 membawakan Noorizam Shah, iaitu pakar dalam laman lelongan khususnya eBay. Beliau bukan sahaja telah menjana pendapatan 4 hingga 5 angka setiap bulan.

    Malah kebanyakan peserta didikannya juga telah melakukan perkara yang sama, hasil daripada mempelajari ilmu-ilmu eBay daripada kelas yang beliau anjurkan.

    Untuk itu, bagi sesiapa yang ingin belajar mengenai bisnes ebay, Noorizam Shah adalah calon yang tepat.

    Adhika – Usahawan Seberang, Pasarannya Terbentang

    Dari Surabaya, Indonesia. Kini menjejakkan kaki  buat pertama kalinya ke Wangcyber Gathering 2011, bagi
    menjadi barisan penceramah yang akan mendedahkan tip-tip perniagaan internet yang jarang kita peroleh.

    Adhika adalah indivdu terawal yang menubuhkan syarikat copywriting di Indonesia, yang kini sudah mempunyai ribuan pelanggan di seluruh dunia. Ingin dapatkan ilmu surat jualan yang mampu menghasilkan jualan drastik di internet? Beliau adalah orangnya.

    Bagaimana Untuk Hadirkan Diri?

    Peluang keemasan yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung pada:

    • Hari Sabtu (23 Julai 2011).
    • Masa: 8.30 pagi hingga 5 petang.
    • Tempat: Menara Usahawan, Putrajaya.
    • Yuran penyertaan: RM80 sahaja.

    Untuk mendapatkan akses bagi menghadiri Wangcyber Gathering 2011, sila layari laman web berikut untuk maklumat lanjut.

    www.wangcyber.com/gathering

    Ketika ini kami dimaklumkan penyertaan akan dihadkan kepada 200 peserta sahaja. Justeru itu, jangan lepaskan peluang ini untuk bertemu dengan semua usahawan internet.

    Termasuklah kami, pengasas blog Majalah Niaga sebagai media usahawan 2.0. Inilah masanya untuk berjumpa dengan para pembaca blog kami yang hebat-hebat!

    Pengiklanan Premium

    Tags: , , , , , , , , , ,

    Aqif Azizan merupakan usahawan internet, dan pengasas syarikat Inovattic. Syarikat teknologi maklumat yang menerbitkan informasi menggunakan media baru. Antara projek yang mendapat liputan media secara meluas adalah Majalah Niaga dan Komik Niaga.

    Visit author's website

    Adakah artikel ini sangat berguna dan bermanafaat buat anda? Jika ya, isi nama panggilan dan email utama anda di bawah untuk menerima artikel terbaru terus ke email anda. Seramai 1468 orang yang telah mendaftar! Anda bila lagi?

    1. ahmadyani pada 19 Jul 2011

      Mereka yang datang ke sini, tidak semestinya menjadi jutawan. Tapi mereka yang telah menjadi jutawan internat semuanya pernah datang ke sini.

    2. pustaka nuriman pada 19 Jul 2011

      ooo rugi tidak dpt serta…clash dgn urusan laen. moga ada rezeki di lain masa…

      ya pasti, jika ingin menjadi baik, bergaullah dgn org2 baik begitu juga sebaliknya agar terbina jati diri yang kuat. namun jika ada kekuatan boleh juga berkawan dengan org tidak baik untuk menjadi baik dgn mengambil iktibar bkn mengikuti jejak.

      • Aqif Azizan pada 19 Jul 2011

        Benar Pustaka Nuriman. Sayangnya kerana tidak dapat hadir. Tidak mengapa, boleh usahakan untuk hadir di lain hari. Mudah-mudahan. ;)

    3. Haru pada 20 Jul 2011

      oh sayangnye xdpt ikut sekali sebab ade event laen 23-24 tu..

      apa=apa pun semoga event gathering wc berjalan dgn lancarnya nnti.amin. :)

      • Aqif Azizan pada 20 Jul 2011

        Tidak mengapa tuan. Ada rezeki, lain hari kita akan berjumpa. :)

    4. Safwan Seth pada 20 Jul 2011

      Saya insyaAllah akan hadir.

    5. MJais pada 20 Jul 2011

      InsyaAllah saya akan hadir.

    6. Mansor pada 20 Jul 2011

      rasa rugi tak dpt ikut serta..ada urusan yg perlu diselesaikan….moga segalanya berjalan dengan lancar..

    7. titan pada 21 Jul 2011

      hoho..hebat-hebat semuanya..


    Tinggalkan Komen Anda