Menara Usahawan Putrajaya sekali lagi mencatatkan detik bersejarah untuk usahawan Internet Malaysia. Pada 14hb Oktober 2012, tim Majalah Niaga menghadirkan diri ke sebuah sesi pertemuan ahli forum terkemuka usahawan Internet iaitu Wangcyber Gathering 2012.

Ia diadakan buat kali kedua berturut-turut dan dianjurkan oleh tiga organisasi utama iaitu:
- Wangcyber.
- PUIM (Persatuan Usahawan Internet Malaysia).
- Flarebiz Network Sdn Bhd.
Menurut pihak penganjur, penyertaan kali ini menunjukkan peningkatan yang baik. Di mana jumlah peserta yang hadir seramai 210 orang, iaitu penambahan 150 orang berbanding tahun lepas.
16 Ikon Usahawan Internet – Peluang Peserta Serap Ilmu Habis-habisan
Antara sesi yang memberikan manfaat kepada para peserta adalah penampilan 16 individu yang dikenali sebagai ikon usahawan Internet, untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama para peserta. Kesemua ikon ini mempunyai kepakaran daripada industri yang berbeza.

Antaranya adalah eBay, pembangunan laman web, affiliate dan pelbagai lagi. Pengasas bersama Majalah Niaga iaitu Tuan Hasbul ‘Aqill juga diberi penghargaan untuk menjadi salah seorang ikon dalam sesi ini.
Daftar Ahli PUIM – Persatuan Usahawan Internet Malaysia
Dalam masa sama, Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) juga kini membuka peluang pendaftaran secara dalam talian. Kelebihan menjadi ahli PUIM adalah:
- Tawaran eksklusif dari sudut harga untuk sebarang acara atau seminar anjuran pihak PUIM bersama rakan kerjasama.
- Makluman awal untuk sebarang acara dan seminar.
- Berpeluang untuk mewujudkan hubungan kerjasama dengan PUIM.
Untuk melakukan pendaftaran sebagai ahli, sila klik di sini.
Selain daripada Majalah Niaga, media rasmi untuk acara eksklusif ini juga turut menampilkan Putar-putar TV.
Kredit: Ad Deen Foto, Facebook Wangcyber
Semua peserta Wang Cyber tahun ini ohsem!
tuan Umar Taib mentor yang awesome, persembahan mentor yang jelas dan menyakinkan
. ( Bukan bodek sebab kawan rapat tau :-p )
Terima kasih Umar kerana turut menyumbangkan pengalaman serta ilmu kepada semua peserta!
Saya berada di sana terasa kehebatan Gathering WangCyber kali ini dan ini adalah kali pertama saya menyertai.
Tahniah saya ucapkan kepada Wangcyber, Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) dan Flarebiz Network atas penganjuran ini.
Terima kasih atas sokongan Tuan Reza dari awal dengan menghadiri beberapa program anjuran PUIM.
Sama-sama tuan Gero Azrul
Tahniah WC
Maybe next year team AsiaCube akan join gathering
Tak sempat join disebabkan kekangan masa dan kerja.
InsyaAllah, next time kalau tak ada apa2..boleh join sekali