Warren Buffett – 5 Sihir Kekayaan Kekal Abadi

October 30, 2012 — Penulis:

Kategori: Kewangan / Pengurusan Kewangan

Nilai kekayaan bilionair dan hidup sebagai orang yang biasa bukan satu pendekatan yang mudah dalam hidup manusia.

Sehingga hari ini, dorongan emosi kita terhadap kekayaan berkait rapat dengan simbol-simbol material seperti:

5 sihir kekayaan

  • Rumah mewah.
  • Kereta besar.
  • Mempunyai jet peribadi.

Membeli perkakas seperti di atas tidak salah. Ia adalah hak peribadi. Apa yang ingin ditekankan di sini adalah nilai kekayaan langsung tidak berkait rapat dengan simbol-simbol di atas.

Warren Buffett adalah salah seorang mentor dan idola sejak tahun 2007. Terima kasih kepada ayah kerana memperkenalkan beliau menerusi perkongsian prinsip-prinsip pengurusan kewangannya.

Tony Robbins berkata,

“Apabila kita mengikuti jejak langkah orang yang berjaya, kita tidak pilihan lain selain daripada berjaya seperti mereka.”

Memilih Warren Buffet sebagai mentor kekayaan dan kehidupan, dapat membawa kita ke jalan yang hampir sama sepertinya.

Walaupun nilai kekayaan beliau dianggarkan melebihi USD44 bilion, namun gaya hidupnya kekal simpel dan tidak bermewah-mewah. Beliau masih lagi duduk di apartment yang dibeli pada 55 tahun yang lalu.

Apakah prinsip kewangan dan kehidupan yang ditelan sedalam-dalamnya oleh beliau?

#1 – Hidup Biar Ada Hero

Hero, mentor, guru, cikgu, dan semua yang seangkatan dengannya.

Warren Buffett mengakui jalan hidupnya berubah menjadi lebih peka terhadap dunia kewangan dan pelaburan apabila memiliki hero. Beliau buat apa yang hero itu buat, beliau dengar apa yang hero itu cakap.

Dengan kata lain, apa yang hero itu buat, semuanya ditiru oleh si bilionair ini.

Jawapan yang dapat diserap di sini adalah, kejayaan dalam hidup dapat dilihat selepas kita memiliki hero. Pilih hero yang kita mahu tiru, yang kita mahu meletakkan komitmen untuk menjadi seperti mereka.

#2 – Duit Aku, Aku Punya Pasal

45% rakyat Amerika Syarikat tidak mempunyai perancangan kewangan yang jelas. 5% pula tidak tahu bagaimana untuk menggunakan wang mereka.

Situasi seperti ini membuatkan majoriti masyarakat terjerumus dalam lembah hutang dan kemiskinan yang dahsyat.

Warren Buffett adalah individu yang dikenali sebagai manusia yang membuat keputusan perbelanjaannya sendiri. Beliau tidak kisah apa yang orang kata. Jika beliau mahu beli saham XYZ, tetapi orang lain cadangkan saham ABC, saham XYZ tetap menjadi pilihannya.

Apa yang penting, kita mempunyai ilmu dan kita tahu tujuan duit itu dikeluarkan.

#3 – Buat Kerja Sekolah

DSC_0003

Warren Buffett menghabiskan masa selama 18 jam setiap hari bagi memastikan setiap saluran pelaburannya memberikan keuntungan yang maksimum. Beliau melakukan kajian, penilitian dan pelbagai lagi. Prinsipnya ini jelas mempunyai mesej yang bermakna.

Sebelum melabur, membeli atau mengeluarkan duit dari poket, kaji terlebih dahulu dari pelbagai aspek. Jika mahu membeli telefon bimbit baru, kenal pasti keperluan terlebih dahulu.

Adakah kita beli kerana mahu ikut trend? Adakah kita beli kerana mahu rasa cool bersama kawan-kawan? Adakah kita beli kerana kita benar-benar perlukan fungsi dan aplikasi yang terdapat dalam telefon itu?

#4 – Takut Risiko – Sebab Jahil Ilmu

“Risk comes from not knowing what you are doing.” – Warren Buffett

Sebelum melabur, sebelum merancang wang, utamakan ilmu terlebih dahulu. Dengan ilmu yang betul, RM10 boleh bertukar menjadi RM1,000,000 dengan mudah dan berkesan.

Orang yang jahil ilmunya, pasti takut dengan risiko. Kerana mereka tidak tahu apa yang sedang dilakukan. Situasi ini banyak berlaku dalam masyarakat hari ini. Melabur ke dalam item-item yang dirinya sendiri tidak tahu tentang item itu.

#5 – Biar Lama, Asalkan Kaya

Bilionair kacak ini sentiasa fokus untuk membina aset pelaburan jangka masa panjang. Malah dalam buku Business Guru, beliau sentiasa menganggap pelaburan jangka masa panjang adalah item pelaburan yang terbaik.

Konsep pelaburan beliau dipermudahkan dengan teori the snowball effects. Penting untuk kita mencari gunung tinggi yang mempunyai salji. Mulakan dengan sekecil-kecil bola salji.

Kemudian bola salji itu akan terus membesar sepanjang perjalanannya turun dari gunung itu.

Kredit: (Dboybaker,warrenbuffettoninvestment.com,eren {sea+prairie}.)


Tags: , ,

Komen (4)

  1. Maysa Allah. Ilmu yang diberi tidak terkiranya. Hebat sungguh penulisan Tuan.

    Kalau kita mempunyai Mentor. Itulah cara yang terbaik untuk kita nak cepat kaya atau berjaya. Betul kata Dr. Azizan Osman. 🙂

Pendapat anda?