10 Rukun Penjenamaan Donald Trump

September 16, 2011 — Penulis:

Kategori: Penjenamaan

Kini, kita tiba ke artikel terakhir Siri Jenama Donald J Trump – Majalah Niaga 2011 dengan tumpuan kajian kes ke atas Trump Tower New York. Selepas ini, kita akan bertemu kembali membicarakan jenama Trump dalam musim kedua Siri Jenama Donald J Trump – Majalah Niaga pada tahun 2012 nanti, dengan skop perbincangan jenama TRUMP yang lain pula.

donald trump nazri kadir

Sebanyak tujuh artikel yang bersambung antara satu sama lain telah ditulis dan diterbitkan di Majalah Niaga dalam musim pertama ini dengan senaraiannya seperti di bawah inflatable waterslides:

  1. Langkah Pertama Donald J Trump Membina Jenama.
  2. Trump Tower: Permulaan Satu Jenama.
  3. Pakej Pembinaan Jenama Trump.
  4. Identiti Trump New York.
  5. Kajian Penjenamaan Trump Tower.
  6. Trump Tower: Elemen Penjenamaan  (Part 1).
  7. Trump Tower: Elemen Penjenamaan (Part 2).

Terdapat banyak tip yang diberikan secara langsung atau tidak langsung berhubung dengan penjenamaan Trump Tower New York, yang sebenarnya boleh dipratikkan  untuk pembinaan jenama produk dan servis kita, sama ada pada masa sekarang dan masa akan datang.

Memandangkan ini artikel penutup pada musim pertama. Kita akan melihat secara rumusan eksekutif dengan mengetahui secara asas 10 Rukun Penjenamaan  Trump, yang diterbitkan oleh Trump University supaya kita dapat memahami proses penjenamaan secara am.

10 Rukun Penjenamaan Trump ini sebahagian dari apa yang telah dipratikkan oleh Trump, untuk semua produk dan servis The Trump Organization.

10 Rukun Penjenamaan Trump.

Trump University

Don Sexton, salah seorang pegawai kanan Trump University  dalam satu penerbitan istimewa untuk para pelajar Trump University di seluruh dunia yang bertajuk Trump’s 10 Commandments of Branding menyenaraikan 10 rukun penjenamaan tersebut seperti berikut :

  • Rukun 1: Kukuhkan Identiti Jenama Anda.
  • Rukun 2: Bangunkan Jenama Anda  Atas Manfaat Emosi.
  • Rukun 3: Bina Jenama Anda Seawal Yang Mungkin.
  • Rukun 4: Konsisten Sepanjang Masa dan dalam Pasaran
  • Rukun 5: Pastikan Semua Pekerja Anda Mengetahui Jenama Anda.
  • Rukun 6: Pastikan Semua Produk dan Servis Anda ‘Menjiwai’ Jenama Anda.
  • Rukun 7: Pastikan Semua Pelanggan Mengetahui Kedudukan Jenama Anda.
  • Rukun 8: Hadkan Jenama Anda dalam Lingkungan Tertentu.
  • Rukun 9: Memantau Selalu Jenama Anda.
  • Rukun  10:  Kekalkan Jenama Anda Sebagai Organisasi Yang Paling Berharga.

Jika diperhatikan, beberapa rukun tersebut telah pun diterangkan dalan tujuh artikel yang disiarkan sebelum ini. Contohnya berkenaan Rukun 3: Bina Jenama Anda Seawal yang Mungkin telah pun dihuraikan dalam artikel kedua bertajuk: Trump Tower: Permulaan Satu Jenama.

Kesesuaian dan kebolehan kita mengadaptasi serta mengaplikasi hasil kajian Siri Jenama Donald J Trump-Majalah Niaga 2011, dan 10 Rukun Penjenamaan Trump akan memberikan kita kuasa  sebenar di dalam perniagaan yang dijalankan.

Melalui dunia perniagaan yang semakin mencabar, pengetahuan berkenaan pengurusan dan pembangunan penjenamaan akan menjadi kunci kepada perjalanan perniagaan kita yang seterusnya.

Maka tidak hairanlah jika Trump sanggup berbelanja besar dalam membina jenama seawal kakinya melangkah ke Manhattan, New York kerana ia tahu jenama adalah pulangan pelaburan (ROI-Return On Investment) yang amat menguntungkan untuk jangka masa panjang.

Penjenamaan Bisnes Wajib Di Peringkat Awal Pembangunan

Rumusan eksekutif ke atas keseluruhan artikel dapat disimpulkan dengan catatan artikel dari Matias Wigozki, Pengarah Bersekutu Peruncitan dan juga perunding kanan di iProspect.

Why Brand Trump ROI

Beliau mencatatkan di dalam artikelnya bertajuk Why Brand Trump ROI: 3 Tips To Build Your Brand Online seperti berikut:

“Pada hari ini, dalam kajian landskap persaingan, didapati cara terbaik untuk memacu ROI (Return of Investment) adalah dengan melakukan pelaburan penjenamaan anda pada peringkat awal. Kemudian, anda akan berada dalam kedudukan terbaik untuk mendapatkan kembali keuntungan dari permintaan (pasaran) yang berjaya wujudkan.”

Catatan: Bermula bulan Oktober 2011, Siri Minda Jutawan Usahawan Donald J Trump – Majalah Niaga 2011 akan menemui anda dengan topik-topik perbincangan berkisar membangunkan minda separa sedar usahawan untuk meraih kejayaan dan kekayaan dengan konsep  Jutawan Al Falah™  yang dibangunkan oleh Nazri Kadir Finance Education.


Tags: , , , , , ,

Komen (4)

  1. Menakluk dunia dengan jenama adalah ‘peperangan’ masa kini. Jangan ketinggalan untuk mengguna pakai strategi Trump ini untuk membina jenama anda sendiri.

  2. Bina jenama yang mudah adalah melalui
    nama kita sendiri. Tujuanya adalah untuk
    bina kepercayaan bakal pelanggan
    kita terlebih dahulu.

    Kemudian, bina jenama syarikat kita.
    Jika mampu boleh lakukan promosi
    besar-besaran terus.

    Akhir sekali mempunyai produk atau
    perkhidmatan dengan jenama sendiri.
    Dalam web saya ada terangkan bab ini.

    Semoga berjaya membina jenama.

Pendapat anda?