15 Perkara Anda Tidak Tahu Mengenai Steve Jobs

August 06, 2011 — Penulis:

Kategori: Kisah

Siapa tidak kenal Steve Jobs? Beliau merupakan individu yang memacu kejayaan Apple sehingga hari ini. Kisahnya bersama syarikat yang diasaskan pada 1976 ini begitu menarik sekali. Pada tahun 1985, ketika syarikat teknologi terbesar ini sedang membina tapak kejayaan…

Siapa steve jobs

Steve Jobs telah dipecat akibat keengganan beliau untuk menghentikan projek pengiklanan Super Bowl, namun sayangnya projek itu gagal. 10 tahun kemudian Steve Jobs dibawa kembali ke dalam pengurusan Apple, sebagai usaha terdesak Apple untuk menyelamatkan syarikat itu.

Beliau juga mempunyai ilmu pengaruh yang cukup hebat. Sehinggakan, beliau berjaya mempengaruhi President of PepsiCo, John Sculley untuk meninggalkan syarikat itu dan sama-sama membantu beliau membangunkan syarikat Apple.

Untuk mengetahui kisah biografi pendek tentang Steve Jobs, daripada beliau keluar universiti sehingga menjadi individu penting syarikat Apple. Maka kami sarankan tuan puan rujuk infografik yang telah dihasilkan oleh OnlineSchools.org:

sejarah mengenai CEO Apple, Steve Jobs

Klik disini untuk imej yang lebih jelas.

Persoalan Menarik Untuk Dikongsikan

Apakah sifat-sifat peribadi dan pegangan Steve Jobs yang boleh dijadikan ikutan kita sebagai usahawan?

Kami alu-alukan tuan puan kongsikan pendapat peribadi pada ruangan komen di bawah. Mari sama-sama kita kongsikan.


Tags: , , ,

Komen (12)

  1. Terima kasih atas maklumat ini. Apa yang saya nampak ialah beliau adalah seorang yang keras kepala dan keras hati diaspek apa yang beliau percaya walau orang lain tidak suka. Salah seorang yang berjaya tetapi tidak meneruskan pengajian sekolah yang lebih tinggi. Cuma satu aje saya tak berapa setuju dgn beliau iaitu tidak menjaga kebersihan diri kalau tak salah apa yg saya baca. Tapi pengaruh beliau sangat kuat dan berani atas apa yang beliau percaya. Beliau memang lain daripada yang lain. Unik.

  2. persoalan yang diajukan oleh steve jobs sangat hebat! do you want to sell sugared water all yout life or do you want to change the world!

  3. Ini cuma fun side Steve Jobs, headache dia kita tak tau dan mcm mana stressnya ketika dia menghadapi semua cabaran/masalah sebelum berjaya sekarang ni. Anyway, i enjoyed the presentation 🙂

  4. Apa yang saya dapati, kebanyakkan founder seperti Apple,Google atau Zappos mempunyai gaji yang kecil dan tidak masuk akal. Tetapi mendapat sumber wang yang lain lebih banyak. Jawapan mereka ‘ i do it because i like it, love it and passionate about it. Money is a gift.’

  5. ehmm menarik. steve tau apa dia ndak buat dan dia keras kepala utk melakukannya.. money come easily after that…

Pendapat anda?