ISI KANDUNGAN
Nota Editor :
Nota Editor: Perkongsian ini ditulis oleh Tuan Firdaus Yassin, pemilik bisnes Crispy Kapit. Anda boleh baca kisah permulaan beliau memulakan bisnes disini.
Status Asal : Facebook Tuan Firdaus Yassin
- Jakel mula dikenali ramai apabila mereka menggunakan platform pengiklanan dan promosi di Malaysia Hari Ini (Tv3) dan bunting.
- Mereka memperuntukkan bajet untuk iklan dan promosi sekitar Rm 15 juta setahun.
- Pada tahun 2013, Jakel telah membuat jualan terkumpul sebanyak Rm 600 juta.
- Jakel menggunakan platform radio, surat khabar dan pamplet bersaiz A4 untuk meningkatkan kesedaran kepada pelanggan dan bakal pelanggan.
- Perkara penting semasa membuat promosi adalah stok. Pastikan stok mencukupi.
- Kekurangan stok yang mencukupi akan mendatangkan beberapa kelemahan lain seperti kepercayaan pelanggan akan berkurang, pelanggan akan lupa serta boleh menjejaskan sedikit kredibiliti.
- Produk yang bagus bukan jaminan keuntungan sekiranya ia tidak seiring dengan servis yang baik.
- Jakel mengutamakan servis yang baik kepada pelanggan di cawangannya bagi meningkatkan pengalaman baik pelanggan semasa membeli di Jakel.
- Semakin banyak persaingan semakin tinggi “awarenes” yang mereka dapat.
- Apabila menghadapi persaingan, Jakel lebih fokus untuk menjaga 3 perkara iaitu servis, kualiti produk dan harga.
- Jakel pernah menjual kain dengan harga RM 1 semeter. Walaupun rugi pada satu jenis kain, tetapi mereka untung pada produk-produk lain.
- Mereka akan memaksimakan penggunaan segala medium pengiklanan untuk meningkatkan “awareness” kepada orang ramai.
- Di antara cabaran utama Jakel adalah design yang mereka keluarkan sering ditiru.
- Untuk jualan retail,staff Jakel telah dilatih untuk memberi maklumat produk dengan sebaiknya kepada pelanggan.
- Pelanggan yang datang ke cawangan retail Jakel akan diekori demi menjaga servis dan keperluan pelanggan.
- Harga bukan isu besar apabila kualiti dan servis dijaga.
- Jakel mengenali siapa target pelanggan mereka.
Kredit foto: www.flickr.com, mstar.com.my
Boleh tak buat satu slot tentang idea idea bisnes?
Akmal boleh rujuk artikel lepas untuk dapatkan idea bisnes. Search di ruang carian ‘idea bisnes’. Esok saya akan keluarkan artikel mengenai 5 idea bisnes untuk dapatkan cash segera selepas raya.
bagus artikel ni..terbaik editor!
Boleh buat satu artikel tentang al ikhsan ?
Berani ambek stok byk sblm pump duit utk marketing..respect!
terbaik artikel ni best…ada ilmu baru dapat..hrmmm
Mantap dan Padat Isi kandungan
bole jelaskan maklumat tentang ‘ adakah jakel ini bermotifkan untung atau tidak? ‘