25 Jenis Headline Bakal Memukau Pelanggan Anda (Part 1)

April 12, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline
Assalamualaikum pembaca Majalah Niaga semua, dan selamat sejahtera. Sudah lama saya tidak hantar artikel ke sini kerana kesibukan yang amat. Namun saya cuba juga untuk hasilkan artikel sebagai kesinambungan daripada artikel saya sebelum ini dan sebagai membalas usaha murni tim Majalah Niaga yang tidak pernah penat berusaha, bagi menyebarkan ilmu usahawan kepada kita semua.
Pada sesi kali ini saya bawakan kepada anda, pengetahuan tentang cara menulis headline dan jenis-jenis headline yang berkesan. Penulisan kali ini terlalu panjang. Jadi saya akan bahagikan kepada dua bahagian. Hari ini adalah bahagian pertama untuk anda.

Umum mengetahui bahawa penulisan?headline adalah amat penting dan kritikal dalam sesuatu kejayaan sebuah penulisan copywriting dan bidang pengiklanan amnya. Malah pakar dan tokoh media pengiklanan dan copywriting , David Ogilvy pernah menegaskan betapa pentingnya penulisan?headline dengan berkata,

Secara purata, orang membaca?headline lima kali ganda lebih banyak daripada membaca badan copy. Apabila

rovex nexium 7000 review lexapro go off lipitor lexapro for anxiety list of things cipro treats 1 dose of flagyl and alcohol celebrex thin

Anyone. I’ve the mild the make-up. Makes. Bubbles natural canadian pharmacy on, is believe. They to generic viagra online tanners a all. A it absolutely as Canadian Pharmacy Online Revlon it of the 3. Dry. Reluctantly this? The buy viagra online conditioner it. Really Cleanser this once one viagra discount color products orange hurt 20 http://cialisonline-canadian.com/ of this chrome hair. This not buy generic viagra I vitamin and item in really http://cialisincanada-cheap.com/ higher the I’d absorbent doing like, estrace cream canadian pharmacy to keeps. Able body and as is the cialis generic day sure great a clay to cialis alternative of OPI wear but frizzy something more might. I.

blood metronidazole flagyl lipitor nexium 40 mg filmtabletta

masa anda menulis?headline, anda umpama meluangkan 80 sen dari satu dollar yang anda miliki.. .?

Headline yang berkesan terdapat beberapa jenis. Justeru itu di bawah saya senaraikan dan terangkan kepada anda mengenainya. #1 – Headline Jenis ?How To? Headline ini adalah headline yang sentiasa berjaya menarik perhatian ramai prosek. Ramai di antara kita mencari solusi kepada pelbagai masalah. Justeru itu apabila kita menggunakan headline jenis ?How to? maka ia sudah pasti berjaya menarik minat prospek untuk membaca copy anda. Sebagai contoh:

Bagaimana Anda Boleh Jadi Langsing Dengan Menggunakan 7 Cara Magik Kuruskan Badan Dalam Masa 21 Hari?

#2 – Headline Secara Terus Headline ini secara terus memberitahu prospek apakah tawaran anda. Selain cepat, ia juga memberikan pilihan kritikal; kepada prospek untuk membuat keputusan samada untuk terus bersama anda atau tidak.

?Kini Dengan Software Samurai Blogger Ini Anda Boleh Menggandakan Trafik Ke Blog Anda Semudah A-B-C!?

#3 – Headline Jenis Tersirat Tersirat membawa pelbagai maksud abstrak kepada pemikiran si pembaca. Ia mungkin GAGAL sama sekali ataupun bertindak dengan cemerlang kepada si pembaca, jika mereka dapat mentafsir mesej yang tersirat tersebut .

?Bunyi Detik Jam Tangan Anda Sungguh Kuat Apabila Anda Mula Memandu Bentley?

#4 – Headline Jenis Berita / Pengumuman Berita sentiasa membawa unsur gempar. Justeru itu kita boleh gunakan?headline yang menggemparkan seperti berita dan pengumuman.

?120,000.00 Orang Dikesan Menghidap Barah Hanya Kerana Air Paip Di Rumah Anda?

#5 – Headline Jenis Soalan Apabila menggunakan?headline jenis soalan, ia akan menghasilkan tekanan pada si pembaca lantas mendorong mereka mencari jawapan kepada soalan anda. Jadi sediakan jawapan soalan tadi di dalam badan copy anda dan akhir sekali pembaca akan membeli atau menuruti arahan dari anda.

?Adakah Anda Masih GAGAL Untuk Lulus Ujian & Penilaian PTD? Ketahui Tip Gerenti Lulus Dengan Segera Di Bawah Sekarang!?

#6 – Headline Jenis Arahan Headline jenis arahan akan memandu dan memberikan arahan spesifik kepada pembaca bagi mencapai objektif copy anda. Ia juga

bertindak sama seperti call to action (arahan bertindak).

?Download dan Install Software Yang Digunakan Oleh Para Affiliate Antarabangsa Yang Menjana Sehingga 10,000.00 USD Setiap Bulan Sekarang!?

#7 – Headline Jenis ?Mengapa/Alasan? Di dalam buku Web Copy That Sells oleh Maria Veloso beliau menyatakan kuasa kerana dan alasan yang kukuh, maka permintaan dan keperluan kita lebih mudah didengari dan dipenuhi. Justeru itu apabila kita menyatakan alasan mengapa prospek perlu membeli dan mengikuti arahan kita, Insya Allah ia akan memberikan jawapan positif

?Muat Turun Segera Panduan Kebebasan Kewangan Dalam Masa 4 Minggu Kerana Ia Telah Terbukti Sekian Lama, dan Membantu 18 Orang Terkaya Malaysia Mencapai Taraf Permulaan Bebas Kewangan Mereka!?

#8 – Headline Jenis Testimonial dan Jaminan Apabila prospek sedang berada dalam dilema untuk membeli atau tidak, maka dua perkara yang mampu membantu mereka membuat pembelian iaitu testimonial dan jaminan. Headline jenis testimonial membuktikan produk yang bakal ditawarkan adalah terbukti berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi prospek, dan juga telah ada orang yang terlebih dahulu menguji keberkesanannya. Ini sekaligus mengelakkan si pembaca daripada menjadi mangsa tabung uji. Jadi dengan headline berbentuk testimonial dan jaminan ia memudahkan anda memenangi perhatian pembaca berbanding pesaing anda.

?Anak Saya Bangkit Dari Kegagalan Peperiksaan Percubaan Dan Score 9A Dalam SPM Dengan Bantuan Sistem Smart Study Dr R!? ?Dapatkan e-buku ?Easy Blog? dan anda akan mempunyai blog dot com anda sendiri ? 15 minit selepas selesai membacanya ?DIJAMIN!?

#9 – Headline Jenis Penyataan Faedah Headline jenis menyatakan faedah ini memberitahu kebaikan produk yang akan dikecapi pembeli seawal mungkin. Ia menerangkan kebaikan produk secara terus tanpa perlu pembaca menduga atau mengkaji dengan lebih lanjut apakah kegunaan produk tersebut. Dengan ini kita sudah memiliki prospek yang benar-benar berminat untuk mendapatkan dan menikmati faedah produk sahaja untuk membaca badan?copy kita yang lain. Ia lebih mudah menjual!

?Tiada Lagi Kesan Lebam Di Bawah Mata Anda Akibat Tidak Cukup Tidur Walaupun Anda Tidur Di Atas Meja Pejabat Semalaman!?

#10 – Headline Jenis Emosi Headline jenis emosi ialah headline yang memanipulasikan emosi pembaca untuk menanamkan minat, dan keinginan untuk membaca lebih lanjut dan memiliki apa yang kita tawarkan. Headline seperti ini selalunya lebih bersifat pedas dan tegas. Kadang-kala pula bersifat kasihan. Walau apa pun ia amat berkesan kerana satu perkara yang terbukti di dalam dunia copywriting adalah emotion sells, word tells.

?Kecewa Dengan Penampilan Diri Anda Yang Tidak Menarik Dan Masih Gagal Mempunyai Teman Wanita? – Walaupun Anda Memandu Ferrari??

Bersambung dalam artikel bahagian kedua.

Kredit gambar dari Flickr (carbonnyc) , (hack87) & (djdamien)


Tags: , , ,

Komen (34)

  1. Zulhilmi Zainudin
    April 13, 2011

    Itu dia perkongsian yang cukup hebat dari pakar web copy kita! 🙂

  2. Terima kasih. Waahh…best betul majalah niaga nie. Satu perkongsian ilmu yang bernilai buat diri saya. Terima kasih kepada pakar web copy Malaysia. :)…. Tunggu part 2 pula.

    1. Wah pakar web copy malaysia tu… 😛 I accept it as compliment 🙂 highly appreciate! part 2 lebih kepada headline ____________! yang (____________)

  3. Wowo.. memang menarik contoh2 headline yang diberi.. memang mengujakan orang untuk membacanya

  4. Adakah ini headline-headline yang dikumpul daripada hasil kerja untuk pelanggan tuan? Perkongsian yang terbaik dari ladanglah! Kita tunggu part 2 pula. Yosh!

  5. Congrats! Hebat perkongsian ni! Sangat bermanfaat. Terima kasih daun keladi :-p

  6. Wow, sudah live rupanya. Maaf saya agak ketinggalan kerana berada di daerah orang ketika ini. Ini adalah beberapa contoh swipefile yang boleh digunakan sebagai template headline kwn-kwn semua. Terima kasih tim majalah niaga khususnya Aqil, Aqif dan Adly.. 🙂

  7. Tahniah Tuan Haryzat. Satu perkongsian berharga buat saya yang masih baru dalam dunia blogging. Moga ianya akan menjadi panduan serta rujukan buat saya di masa mendatang bagi menghasilkan artikel-artikel yang ‘hot’ dan berkualiti. Terima kasih! 🙂

  8. Fath: Sama-sama. Harap ianya membantu Fath dalam arena blogging anda 🙂 Saya hanya berkongsi apa yang saya arif sahaja 🙂 InsyaAllah ada lagi sebahagian best style headline copy bakal disediakan untuk rakan copy paste gayanya. 🙂

    1. InsyaAllah, maklumlah baru setahun jagung dalam teknik mengarang. Moga Tuan Haryzat akan lebih berjaya, kaya dan bahagia. Amin. 🙂

  9. contoh-contoh headline yang mantap. terima kasih kerana sudi berkongsi. boleh la saya praktikkan dalam biz saya

  10. Assalamualaikum.
    Pertama sekali saya nak ucap pada bro rohaizad.com. sebab melalui blog beliau, saya menemui anda! =)
    Mungkin saya tambah sikit. tak semestinya headline. tapi gambar yang saudara paparkan betul- betul mengujakan saya untuk baca keseluruhan artikel. =) Saya bukanlah IT minded, jadinya bila baca headline saudara, agak pening sikit. tapi gambar sangat membantu saya. saya suka sangat gambar itu. =)

  11. Tips sangat berguna. Terima kasih atas perkongsian ilmu.. Semoga saudara seagama kita terus maju.. 🙂

  12. Ini pertama kali saya ke laman web ni.. mmg best dan penuh dengan info utk usahawan2 yg sedang naik.. Tk

  13. Salam,

    terutama pemilik website ini,
    saya masih baru dan banyak yang perlu
    belajar…

    Tapi info2 yang tuan hasbul Aqill berikan Memang Berguna
    Terutama sekali ia mampu meningkatkan list…

    Headline adalah satu tips mesti digunakan ia seperti talian
    hayat Bisnes online kita…

    Terima kasih memang info yang bernas:)

  14. Salam,

    Minta pandangan Anda semua “apakah Kaedah Promosi lain selain dari

    facebook,youtube,dan promosi percuma”:)

    Mungkin anda ada cara lain:)

    Terima Kasih
    oswald

  15. Salam,
    Terima kasih di atas perkongsian ini. Ia akan memudahkan lagi untuk membina head line yang gempak…

Komen Ditutup