3 Rahsia Mempengaruhi Pelanggan

June 13, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Dalam bisnes, salah satu elemen penting adalah keupayaan memujuk pelanggan. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan prospek ‘cair’ dengan kata-kata kita. Tanpa banyak berfikir, mereka terus menyerahkan dompet kepada kita.

Saya kongsi di sini tiga daripada rahsia mempengaruhi pelanggan berdasarkan buku saya Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni:

Rahsia #1 – Kaitkan Produk Dengan Kuasa

The law of trust” mengatakan kita mudah terpengaruh dengan perkara yang kita rasakan dipercayai dan berkuasa.

Kaitkan Produk Dengan Kuasa

Menjadi lumrah kita mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa polis. Sejurus kita terdengar siren polis kedengaran, kita segera memeriksa tali pinggang keledar, sama ada terpasang atau belum.

Sedangkan kereta polis itu bukan mengejar kita. Hal ini kerana kita sudah terpengaruh dengan kuasa yang ada kaitan dengan polis.

Secara praktikalnya, kaitkan produk kita dengan kuasa luar. Kaitkan dengan pelanggan hebat yang sudah menggunakan produk kita.

Dalam dunia perniagaan, warna rasmi, logo syarikat dan identiti-identiti korporat digunakan bagi mempengaruhi pelanggan. Kebanyakan organisasi menempah jaket hitam yang disulam logo.

Ada juga yang mengenakan kemeja semi-kasual yang dipanggil pakaian korporat. Logo syarikat yang tampak jelas dan mudah diingati dapat meningkatkan kuasa pada bisnes.

Selain itu sebagai usahawan, kompetensi, kebolehan, pengetahuan dan kecekapan dapat menjadikan entiti bisnes lebih berkuasa. Rekod khidmat dan testimonial pelanggan yang berpengaruh juga dapat menambah kuasa pada produk kita.

Rahsia #2 – Hargai Perkara yang Sukar Didapati

“The law of scarcity” menyatakan bahawa kita lebih menghargai perkara yang jarang ditemui, atau mula berkurangan. Minda kita mengatakan bahawa jika perkara itu sukar dicari, perkara itu berharga.Contohnya emas. Tidak pernah kita terlihat emas dijual di pasar borong atau pasar tani.

Limited Edition

Para pengiklan bijak memanipulasi minda kita menggunakan prinsip ini. Apabila produk baharu dikeluarkan, sering kita dengar ungkapan, “Dapatkan segera sementara stok masih ada!” Padahal belum pasti lagi stok barang tersebut benar-benar hampir habis.

Contoh lain melibatkan syarikat pengeluar kenderaan. Model kereta tertentu dilabelkan dengan LE (Limited Edition) atau edisi terhad. Otak kita segera menggesa agar memandu uji kereta yang bernilai terhad itu.

Hati melonjak ingin menempah kereta itu kerana risau stoknya segera habis.

Rahsia #3 – Cari Persamaan

“The law of liking” mengaitkan bahawa prospek mudah terpengaruh jika mereka menyukai kita sebagai jurujual. Cari sepantas dan sebanyak mungkin persamaan antara kita dengan pelanggan. Tanyakan tempat asal, pekerjaan, minat dan sebagainya.

Samakan dialek percakapan sejurus kita dimaklumkan tempat asalnya. Persamaan dapat mencipta kemesraan (rapport).

The law of liking

Roger Ailes mengumpamakan kualiti untuk disukai orang lain sebagai peluru ajaib. Beliau menambah jika seseorang menyukai orang lain, mereka cuba melupakan perkara negatif mengenai orang itu.

Kesimpulannya, pelanggan hanya minat berurusan dengan peniaga yang disukainya, yang menyukainya sebagai pelanggan.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (lisongmylsd,hoszetotang)


Tags: , , , , , , ,

Komen (5)

  1. Saya baru sahaja membeli buku Pengaruh Gaya Trump karya Tuan Syahrul Nizam Junaini dan Tuan Nazri Kadir.

    Dalam buku ini diceritakan banyak tentang bagaimana untuk menjadi individu yang berpengaruh dalam pelbagai bidang.

    Ok ini antara isi rahsia jurujual berpengaruh gaya Trump :
    – Menjual dengan penuh kesungguhan
    – Muliakan dan hormati pelanggan
    – Ikhlaskan niat menjual demi manfaat pelanggan
    – Kenali produk kita dengan kita sendiri menggunakannya
    – Semai rasa cinta yang mendalam pada produk kita.
    – Menjadi peminat setia produk dan jenama kita sendiri
    – Kaitkan hujah kita dengan hujah pemimpin hebat yang lain
    – Sentiasa fokus pada aktiviti pemasaran

  2. Terima kasih kerana kongsi info ni. Suka pada Rahsia#1 “The Law Of Trust”. Info ni membuka minda saya pada perniagaan.

Leave a Reply to syahrul nizam junaini Batal (Cancel)