3 Teknik Efektif Mempromosikan Blog Melalui Networking

July 21, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Sebelum ini, kita pernah didedahkan dengan pelbagai cara, dan teknik bagaimana menjenamakan bisnes menggunakan blog. Salah satu poin yang saya kongsikan pada entri yang lepas adalah membina rangkaian komuniti sendiri.

promosi blog

Dalam satu artikel di Problogger.net, Darren Rowse menyatakan sebab utama blognya, Problogger.net berkembang dengan pesat adalah disebabkan networking. Katanya, tanpa membina networking bersama blogger, sudah pasti beliau tidak mampu mengambil keputusan untuk bekerja sebagai blogger sepenuh masa.

Dalam artikel itu juga, beliau kongsikan 3 teknik bagaimana beliau sendiri mempromosikan blog melalui networking di event, kursus atau pun seminar.

#1 – Tawarkan Peluang Guest Posting

Inilah masa yang cukup sesuai untuk kita tawarkan kepada blogger untuk bekerjasama menghantar artikel di blog. Banyak sebenarnya kelebihan yang diperolehi sekiranya kita membuka peluang guest posting kepada mereka.

john chow

Antaranya adalah dapat membawa trafik ke blog kita, serta dapat menjenamakan blog kita kepada para pembaca yang kebanyakannya bukan dalam kalangan pembaca blog kita. Teknik ini boleh dijadikan langkah pertama untuk kita bekerjasama dengan mereka.  Berikut adalah poin-poin yang anda perlu patuhi sebelum menawarkan peluang guest posting kepada mereka.

  • Niche blog – Sebelum menawarkan kepada mereka, anda perlu tahu terlebih dahulu niche blog mereka. Adakah blog mereka mempunyai kaitan dengan niche blog anda sendiri. Elakkan daripada artikel yang tidak mempunyai kaitan dengan niche blog anda. Ia bertujuan untuk menjaga kualiti artikel serta tidak timbul kekeliruan dari pembaca blog anda sendiri.
  • Follow up melalui emel – Kebiasaannya pada event-event mereka akan berkenalan dengan ramai blogger. Jadi, kemungkinan besar juga mereka terlupa dengan perbincangan kita untuk bekerjasama melalui guest posting. Jadi, sebagai langkah selamat,follow up kembali mereka melalui emel selepas event. Ini bertujuan untuk mengingatkan mereka. Tambah-tambah lagi, mereka akan menganggap kita begitu serius untuk bekerjasama dengan mereka.

#2 – Jenamakan Blog Anda

jeremy schoemaker (shoe money)

Ini adalah salah satu teknik halus untuk mempromosikan blog. Teknik ini digunakan oleh ramai pro blogger, antaranya adalah Shoe Money. Setiap kali beliau menghadiri event-event, seminar dan kursus berkaitan affiliate marketing, blogging, beliau sendiri bersama pasukannya akan memakai baju berlogo ‘Shoe Money’.

Berikut adalah barangan yang boleh dijadikan tempat untuk menjenamakan blog.

  • Kad bisnes – Kad bisnes mestilah unik dan mewarnakan jenama bisnes anda. Anda disarankan untuk meletakkan logo dan pautan blog untuk memudahkan blogger mengenali anda selepas pertemuan.
  • Baju – Baju mestilah mempunyai logo dan pautanblog. Kebiasaannya logo akan diletakkan di atas poket baju manakala pautan blog pada bahagian belakang baju.
  • Topi – Jarang sekali blogger menggunakan topi untuk menjenamakan blog. Pemilik bisnes yang gemar menggunakan topi sebagai tempat penjenamaan adalah CEO Air Asia iaitu Tony Fernandes.

# 3 – Menjadi Penaja Event/Seminar

Teknik ini hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai modal yang besar sahaja. Untuk menjadi penaja, anda dikehendaki untuk menghubungi penganjur seminar atau event.

affiliate summit

Sebagai mewujudkan situasi menang sama menang, penganjur akan memberi peluang kepada anda untuk beriklan. Sebagai contohnya, event yang diberi nama Affiliate Summit.

Affiliate Summit adalah satu event untuk mengumpulkan seluruh affiliate di serata dunia. Pada tahun ini, event ini akan diadakan pada 23-34 Ogos , bertempat di Las Vegas dan ditaja oleh 6 syarikat. Antaranya adalah Clickbank, Plimus, Buy At, dan Shareasale.

Sebagai mewujudkan situasi menang sama menang, penganjur telah memberi kebenaran kepada penaja untuk meletakkan banner syarikat pada dewan seminar, serta menyediakan ruang pameran khas kepada penaja untuk mempromosikan bisnes masing-masing.

Satu Soalan Menarik Untuk Anda

Kepada pembaca yang berpeluang untuk menghadiri gathering Wang Cyber pada Sabtu ini, apakah teknik-teknik yang akan anda dilakukan bagi mempromosikan blog anda? Kongsikan pendapat pada ruangan komen di bawah.

InsyaAllah, saya dan Aqif juga akan menghadiri gathering Wang Cyber pada Sabtu ini. Jumpa kita di sana!

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (trisjeremylim)


Tags: , , , , , , , , , , ,

Komen (10)

Leave a Reply to Hasbul Aqill Batal (Cancel)