3 Tip Efektif Menjenamakan Bisnes Melalui Blog

July 13, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Pada artikel lepas, tuan Aqif Azizan telah kongsikan petua-petua efektif menjenamakan bisnes secara online. Memetik pada artikel tersebut, salah satu petua yang dikongsikan adalah mewujudkan blog bisnes. Saya terpanggil untuk kongsikan lebih terperinci cara-cara efektif membina jenama melalui blog.

Tip menjenamakan bisnes melalui blog

Walaupun boleh dikatakan , kini kebanyakan  pemilik bisnes lebih menggunakan rangkaian social media . Tambah-tambah lagi, dengan kewujudan Google +1, satu rangkaian social network yang dibina oleh Google.

Namun, ia tidak bermakna medium blog sudah lagi tidak sesuai untuk dijadikan medium penjenamaan bisnes. Bahkan penjenamaan lebih berkembang , apabila pemilik bisnes mempelbagaikan strategi penjenamaan, termasuk menggunakan medium blog.

Pat Flynn juga pernah menyatakan pada blognya, SmartPassiveIncome.com,

A successful blogger is not just a blogger, He’s owner of the business”

Dalam artikel yang ditulis oleh Paul Chaney, seorang Social Media Director, beliau kongsikan 3 tip membina dan meningkatkan jenama melalui blog.

#1 – Wujudkan Rangkaian Komuniti Sendiri

Membina rangkaian komuniti sendiri adalah bukan sesuatu yang mudah, dan ia memerlukan tempoh masa yang lama. Saya suka untuk mengambil contoh seorang pemilik bisnes online , Neil Patel. Neil Patel menyatakan beliau berasa amat bertuah kerana terlintas untuk membina blog, ketika awal kewujudan bisnes beliau.

Neil Patel

Ini disebabkan melalui blog QuickSprout.com, beliau dapat mewujudkan rangkaian besar bersama para blogger. Secara tidak langsung, mereka turut terlibat dalam mempromosikan produk-produk milik Neil Patel iaitu Crazy Egg dan KISSMetrics.

Menurut Neil Patel, ada beberapa cara efektif bagaimana beliau mewujudkan rangkaian komuniti sendiri bersama blogger-blogger :

  • Mengadakan atau menyertai event – Apabila bertemu secara berhadapan, lebih senang untuk mengenali mereka dengan lebih dekat.
  • Kaitkan entri blog dengan blog mereka – Cara ini sesuai sebagai cara permulaan untuk mengenali mereka. Secara tidak langsung, kita menyumbangkan trafik ke blog mereka dan mereka akan menghargai usaha kita.
  • Mengadakan pertandingan/contest – Menyediakan hadiah-hadiah istimewa dan berharga sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

#2 – Perkongsian Menggunakan Video & Podcasting

gideon shalwick

Perkongsian yang berkualiti tidak bermaksud hanya melalui penulisan artikel. Melalui video & podcasting, ia juga menimbulkan satu kelainan kerana kebanyakan blog masih kurang menggunakan medium ini. Untuk berkongsi maklumat menggunakan video & podcast, berikut adalah elemen-elemen yang mesti dipatuhi, supaya tujuan untuk menjenamakan bisnes tercapai.

  • Logo bisnes– Siarkan logo bisnes pada awal & akhir video. Kebanyakan syarikat bisnes seperti Facebook & Google menggunakan teknik ini. Contoh video seperti di bawah :

  • Video berkualiti tinggi. – Kamera yang berkualiti diperlukan untuk hasilkan video yang tidak ‘crash’ dan HD (High Definition).  Gideon Shalwick, video blogger menyarankan 3 kamera iaitu Flip Ultra HD, Kodak Zi8 dan Creative Vado.

#3 – Guest Posting

Guest posting adalah teknik menulis artikel atau membuat perkongsian melalui blog orang lain. Guest posting memberi kelebihan kepada kedua-dua pihak, iaitu kita dan blogger lain. Dari pihak blogger lain, mereka dapat menarik trafik dan artikel berkualiti. Dari pihak kita pula, kita dapat meluaskan medium dan tempat untuk menjenamakan bisnes.

Brian Clark dari CopyBlogger.com

Teknik ini sememangnya memberi kesan yang luar biasa kerana artikel yang disiarkan di blog tersebut dibaca oleh pembaca baru iaitu pembaca selain dari pembaca blog kita sendiri. Justeru, pembaca ini semestinya ingin mengetahui lebih lanjut tentang servis dan produk yang kita tawarkan, sekaligus menjenamakan bisnes kita sendiri.

Teknik ini menjadi kegemaran para pro blogger seperti Pat Flyyn, Kim Roach, Yaro Starak dan Brian Clark. Kebiasaannya, mereka akan bekerjasama untuk menulis artikel ke blog antara satu sama lain. Sebagai panduan yang lebih lanjut, saya sarankan anda merujuk kedua-dua artikel ini :

Guest Posting dari Viper Chill

Guest Posting dari Chris Guthrie

Saya berharap semoga perkongsian tip penjenamaan bisnes melalui blog ini dapat membantu bisnes tuan dan puan, untuk menjenamakan bisnes supaya lebih maju dan kukuh. Setakat ini, apakah pandangan tuan puan mengenai perkongsian-perkongsian kami di Majalah Niaga? 😉

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (lady-madonnajdlasica)


Tags: , , ,

Komen (8)

  1. Blog meningkatkan keyakinan orang terhadap kita sekiranya kita menulis dengan mantap di blog. Pendek kata penjenamaan diri sendiri pun sangat berkesan melalui blog. Cuma yang perlu dipelajari juga bagi mereka yang telah mempunyai blog untuk menjemana diri atau perniagaan mereka ialah mempelajari cara mempromosikan blog mereka.

    Info yang sangat ringkas tapi menarik!

    1. Ya, saya setuju dengan pendapat tuan Ali Hanafiah. Ya, dengan menghasilkan artikel berkualiti, ia juga menimbulkan kepercayaan dan keyakinan para pembaca . Perkara ini juga membantu kita untuk plan bisnes jangka masa yang lama 😉

Leave a Reply to Firdaus Latib Batal (Cancel)