3 Tip Kejayaan Pemasaran Emel Frank Kern

July 07, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Ed Dale, Joel Comm, Mike Filsaime,Russell Brunson, Eben Pagan merupakan sebahagian usahawan internet yang mempunyai pengaruh besar di seluruh pelusuk dunia. Nama-nama ini sudah pasti pernah didengari pembaca, jika kita aktif dalam bisnes internet luar negara.

Salah seorang daripada mereka adalah Frank Kern, iaitu orang pertama yang berjaya memecahkan rekod hasil jualan $24 juta dalam masa 24 jam.

Dalam satu video temuramah eksklusif bersama Yaro Starak di Entrepreneurs-journey.com, beliau berkongsi 3 rahsia kejayaan, bagaimana beliau berjaya menghasilkan jualan sebanyak $300,000 dalam masa 10 minit , dengan menghantar satu emel kepada subscriber ketika melancarkan produk SerialLizer pada tahun 2008.

#1 – Membina Hubungan Erat Dengan Subscriber

Michael Dunlop, pro blogger dan juga pengasas Income Diary menyatakan dalam blognya,

‘What people gurus dont realize is the money isn’t really in the list. It’s in the relationship with the list’.

Frank Kern bersama subscriber beliau di seminar anjurannya

Melalui kata-kata di atas, jelas sekali membuktikan untuk membina senarai emel yang betul-betul berkualiti, kita sebagai seorang usahawan perlu meluangkan masa secukupnya untuk berinteraksi dengan para subscriber.

  • Medium social media – Dengan wujudnya medium social media seperi Facebook dan Twitter, maka hubungan dengan para subscriber menjadi lebih mudah.
  • Video , teleseminar & audio – Frank Kern telah menggunakan cara ini untuk berkongsi informasi kepada para subscriber. Setiap bulan, beliau akan memilih salah satu daripada cara ini , bagi memastikan hubungan & kepercayaan kedua-dua belah pihak sentiasa aktif.
  • Menjawab setiap persoalan – Bagi membina kepercayaan , Frank Kern juga menjawab setiap persoalan dan permasalahan yang dikongsi di emel dan juga blog.

#2 – Menjadi Autoriti Dalam Bidang

Untuk menjadi pakar, ia bukan sesuatu mudah, namun tidak mustahil untuk dicapai. Bila sebut Frank Kern, pasti orang ramai cuba mengaitkan beliau dengan pemasaran emel. Bila sebut Jeff Walker pula, pasti ada sahaja yang cuba mengaitkan beliau dengan product launch. Mereka inilah dikatakan menjadi autoriti dalam bidang masing-masing.

Frank Kern facebook

Untuk menjadi autoriti, Frank Kern telah menyenaraikan 3 elemen penting yang perlu dipraktikkan, sehingga beliau digelar sebagai seorang pakar dan autoriti dalam pemasaran emel.

  • Emel berinformatif – Kandungan emel mestilah informatif, bukan semata-mata untuk menjual sahaja.
  • Konsisten menghantar emel – Tetapkan jumlah emel dan hari untuk penghantaran emel kepada subscriber.
  • Pelbagaikan strategi untuk berinteraksi – Gunakan video, social media, audio, webinar, bagi menampakkan kesungguhan kita untuk berkongsi informasi kepada mereka.

#3 – Menjaga Kualiti Emel

Dengan hanya mempromosikan seminar Serializer kepada 7,236 subsriber dalam masa 7 hari, beliau berjaya menghasilkan jualan sebanyak $100,000. Perkara ini hanya tidak mustahil terjadi sekiranya kita menjaga kualiti emel.

Dalam menjaga kualiti emel, Frank Kern hanya mempromosikan produk-produk relevan sahaja kepada subscriber. Katanya, beliau telah mengasingkan kesemua emel kepada niche tertentu, supaya setiap emel yang dihantar mengikut kesesuaian pembaca.

Dalam pada itu, beliau juga menetapkan untuk menggunakan hanya 20%-30& emel yang dihantar setiap bulan sebagai emel promosi.

Frank Kern Malaysia?

Dalam masa yang sama, sekiranya tuan dan puan serius ingin mempelajari pemasaran emel, bagi memajukan bisnes. Maka, kami syorkan untuk dapatkan produk 3.0 Email Marketing yang telah dihasilkan oleh Tuan Jamaluddin Bahari.

Panduan ini dihasilkan berdasarkan kajian dan pengalaman 3 tahun beliau dalam pemasaran emel, sehinggalah berjaya mengumpul 50 ribu senarai emel melalui pelbagai niche.

Ikuti video teaser di bawah :

Klik pautan di bawah untuk layari laman web ini :

www.30emailmarketing.com

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (rzuranskiyoottang)


Tags: , , , , , , , , , , ,

Komen (20)

  1. Frank Kern memang seorang yang bijak mempromosi produk. Beliau adalah fenomena dalam permasaran internet. beliau suka merakamkan video dan menjual produk beliau dengan sebatang pen ,whiteboard menerangkan stretegi. Salah satu teknik yang diberitahu adalah boomerang teknik. Teknik adalah mudah.

    Pilih niche, sediakan 3 video yang benar2 membantu dan empat adalah produk berkaitan dengan niche tersebut. juga dia kata IM kena membina Celebrity Status pada diri sendiri. Ini akan membantu menjual produk.

    Satu lagi teknik dia gunakan adalah The Godfather Method

  2. Celebrity Status itulah yang perlu dibina dari masa ke semasa. Tetapi ada juga yang silap dengan membina Celebrity Status tanpa membina kepakaran dalan niche terlebih dahulu. Pendapat peribadi saya.

  3. Semua orang boleh menjadi seperti Frank Kern jika dia mahu dan berusaha mencapainya. Caranya sudah tahu…tunggu buat sahaja.

  4. Memang tidak disangkal lagi pemasaran email ini bagi saya ialah wajib tapi pastikan cara yang betul bukan secara spam. Gunalah sistem autoresponder berbayar bagi kekal dalam perhubungan ini.
    Kosnya amat murah jika dibandingkan dgn cara yang lain.Bayangkan dalam masa 10 minit mendapat jualan sebanyak $300, 000. Bila Anak Malaysia boleh atasi rekod ini. Semoga menjadi semangat kepada
    yang lain. Hubungan antara subscriber amat penting dikekalkan bagi jangka masa panjang.Terima kasih atas perkongsian

  5. Jika kita dah jelas dengan bidang yang di buat maka ia akan menjadi lebih mudah. Menjadi pakar dalam sesuatu bidang akan lebih membantu kita untuk berjaya.

    1. setuju dengan tuan Nik, dan bidang tersebut perlulah dimulai dengan kajian kes kita sendiri, bukan sekadar mahir dari segi teori sahaja 😉

  6. first time dengar nama Frank Kern ni.. 🙂 Tak pernah masuk market international lagi.. tu yg xkenal.. 🙂

  7. Setiap pemasar internet memerlukan pemasaran emel, mesti. Melabur untuk autoresponder dan kekalkan hubungan baik dengan subscriber. Syabas admin atas post diatas.

Leave a Reply to Ahmad Tarmizi Batal (Cancel)