37 Rahsia Jutawan Internet Dibongkarkan – Seminar Malaysia Internet Millionaires (MIM)

February 27, 2012 — Penulis:

Kategori: Berita Bisnes

Pada 25 Februari 2012, tim Majalah Niaga dijemput untuk hadir ke Seminar Malaysia Internet Millionaires sebagai rakan media.

Seminar Malaysia Internet Millionaires

Ia adalah seminar yang menghimpunkan 6 orang usahawan Internet dari pelbagai bidang, untuk berkongsi ilmu untuk menjana pendapatan lumayan di Internet.

Seminar anjuran Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) ini dianggap satu kejayaan besar, untuk membantu orang ramai memahami potensi perniagaan Internet.

Serta memberikan peserta ratusan idea pemasaran dan promosi Internet yang terbukti berkesan. Kerana idea-idea ini digunakan sendiri oleh 6 orang usahawan Internet yang sudah mencapai jualan sehingga 7 angka setahun.

Majlis Menandatangani Perjanjian Bersama (MoU)

Walaupun tempoh promosi agak singkat bagi menwar-warkan seminar ini kepada khalayak umum, namun respon daripada para peserta begitu menakjubkan.

Majlis MoU - Malaysia Internet Millionaires

Berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh Persatuan Usahawan Internet Malaysia, jumlah peserta seminar ini adalah sekitar 200+ orang.

Sebelum seminar berlangsung, ia dimulakan dengan majlis menandatangi perjanjian bersama (MoU), bersama rakan kerjasama iaitu:

  1. Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM).
  2. Forum Wangcyber.
  3. Inovattic Solution (Majalah Niaga).
  4. Unisonmall.

Dengan menandatangani perjanjian ini, Majalah Niaga secara rasminya menjadi rakan media untuk setiap acara penting, yang diadakan oleh Persatuan Usahawan Internet Malaysia.

Sokongan ini diberikan kerana kami percaya pihak PUIM memiliki kekuatan dan komitmen yang kuat, untuk membantu orang ramai berjaya dalam perniagaan Internet.

37 Rahsia Jutawan Internet Dibongkarkan

Di sini kami ingin berkongsi sebanyak 37 tip secara rawak yang diperoleh daripada seminar Malaysia Internet Millionaires.

Peserta - Malaysia Internet Millionaires

Keenam-enam penceramah iaitu Jamaluddin Bahari, Ammar Zahar, Noorizam Shah, Adly Mukhtar, Rahman Basri dan Gero Azrul membongkarkan resepi kejayaan tersendiri, untuk membantu para peserta membina empayar perniagaan Internet bernilai jutaan ringgit.

37 rahsia itu adalah..

Jamaluddin Bahari (Pakar E-book)

Jamaluddin Bahari - Malaysia Internet Millionaires

  1. Model perniagaan e-book dapat memberikan 100% keuntungan kepada pemiliknya. Kita hanya perlu menanggung kos pembuatan e-book.
  2. Antara idea e-book hangat di pasaran adalah topik ‘Buat Duit’, ‘Pelaburan’, dan ‘Kerjaya’.
  3. Jika tiada pengalaman dan ilmu yang cukup untuk menulis, cari pakar dalam industri itu dan bekerjasama dengan mereka (Seperti kes e-book ‘Emas-emas yang Hilang’.
  4. Untuk mencari rakan joint venture (JV), perlu ada hubungan yang baik dengan mereka – Sertai seminar atau bengkel yang dianjurkan, dan berkomunikasi dengan mereka di Facebook.
  5. Bagi yang ingin membina empayar perniagaan Internet menerusi bisnes e-book, mempunyai senarai e-mel (mailing list) adalah satu keperluan penting.
  6. Jangan mudah mengaku kalah jika jualan e-book pertama kurang mendapat sambutan. Pertingkatkan usaha promosi dan pemasaran.
  7. Sentiasa buka peluang untuk orang lain mempromosikan e-book kita dan memperoleh komisyen – Menerusi sistem affiliate.

Ammar Zahar (Pakar Pelancaran Produk)

Ammar Zahar - Malaysia Internet Millionaires

  1. Syarikat Apple adalah contoh terbaik untuk kita lihat proses kejayaan pelancaran produk yang dapat menghasilkan ratusan juta ringgit, dalam tempoh kurang 72 jam.
  2. Pelancaran produk boleh diaplikasikan dalam mana-mana model bisnes online atau offline.
  3. Antara kaedah yang berkesan adalah memberikan prospek barang percuma yang berkualiti – Yakni menggunakan konsep RIA (Result in Advance).
  4. Berikan diskaun kepada pembeli terawal, supaya mereka rasa seperti pelanggan yang dihargai kerana bertindak pantas untuk membeli produk kita.
  5. Sentiasa hadkan tawaran promosi (seperti tawaran untuk 5 orang pertama dalam tempoh 24 jam), untuk mendapatkan pelanggan dan keuntungan lumayan dalam tempoh masa singkat.
  6. Medium pelancaran produk pertama yang sesuai untuk semua jenis perniagaan adalah Facebook. Wujudkan Facebook Pages kita hari ini, dan adaptasi teknik yang dikongsikan.

Noorizam Shah (Pakar eBay)

Noorizam Shah - Malaysia Internet Millionaires

  1. Perniagaan eBay hanya untuk orang yang minat untuk menjual produk fizikal sahaja (buku, baju, DVD dan sebagainya).
  2. Setiap usahawan eBay (baru atau berpengalaman) berpeluang untuk menjana pendapatan 5 angka hingga 6 angka sebulan, jika mereka mengambil peluang terhadap trend yang berlaku dalam dunia.
  3. Produk yang sentiasa ada permintaan hangat adalah produk yang menyelesaikan masalah.
  4. Sentiasa peka dengan peraturan dan polisi eBay jika mahu kekal lama dalam model perniagaan ini.
  5. Gunakan ayat yang menarik perhatian pembeli seperti ‘Official Merchandise’, ‘Limited Stock’, ‘Buy 2 Get 1 Free’ dan sebagainya.
  6. Untuk dapatkan pelanggan berulang-ulang kali, sentiasa berikan yang terbaik kepada pelanggan dari segi servis dan kualiti produk.

Adly Mukhtar (Pakar Bisnes Dropship)

Adly Mukhtar - Malaysia Internet Millionaires

  1. Untuk menjadi jutawan, seseorang itu mesti memiliki minda sebagai seorang jutawan – Buat projek, sasarannya untung RM1 juta atau lebih.
  2. Menjual produk fizikal adalah model perniagaan terbaik – Kerana pelanggan akan membeli berkali-kali.
  3. Usahawan mesti berani untuk melaburkan RM30,000 untuk keuntungan RM100,000. Namun ia mesti dilengkapi dengan ilmu dan strategi yang betul terlebih dahulu.
  4. Sentiasa berusaha untuk menaiki tangga kejayaan secara berperingkat, selepas berjaya melepasi tangga yang pertama.
  5. Mengaku kalah tidak wujud dalam kamus hidup seorang usahawan kaya dan berjaya.
  6. Untuk membina empayar perniagaan jutaan ringgit, bisnes kita perlu ada niche yang spesifik (Zappos – Jual kasut / Bizchair – Jual kerusi).

Rahman Basri (Pakar Buat Duit Tanpa Modal)

Rahman Basri - Malaysia Internet Millionaires

  1. Kenal konsep affiliate – Kita bertindak sebagai agen jualan untuk produk orang lain.
  2. Pemasaran affiliate yang memberikan pulangan berganda adalah menerusi senarai e-mel (mailing list).
  3. Sentiasa berfikiran kreatif untuk menarik perhatian pelanggan, supaya membeli menerusi kita. Sediakan tawaran yang menarik seperti bonus yang bernilai tinggi, dan sebagainya.
  4. Lihat pesaing-pesaing affiliate yang berjaya dan belajar daripada tindakan mereka.
  5. Fokus untuk menjual satu produk terlebih dahulu. Selepas memperoleh komisyen 4 angka dan ke atas, baru boleh beralih ke produk lain.
  6. Membina empayar perniagaan affiliate memerlukan kita untuk mempunyai kredibiliti, dan mempunyai senarai pelanggan yang setia untuk membeli daripada kita.

Gero Azrul (Pakar Bisnes Social Media)

Gero Azrul - Malaysia Internet Millionaires

  1. Kuasa yang perlu kita terapkan dalam diri untuk menjadi jutawan Internet adalah… Kuasa Tindakan.
  2. Gunakan social media seperti Facebook untuk berkomunikasi dan membina kredibiliti dengan orang ramai.
  3. Wujudkan blog bagi memudahkan mereka untuk mengetahui siapa diri kita, kepakaran dan bagaimana kita boleh membantu mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
  4. Sentiasa engage dengan pelanggan. Wujudkan satu grup khas di Facebook bagi tujuan berhubung dengan pelanggan secara direct.
  5. Jutawan Internet sentiasa bersikap optimistik.
  6. Cari dan bergaul dengan orang-orang yang mempunyai impian untuk menjadi jutawan Internet. Ini adalah kuasa ‘Circle of Friends‘ yang akan memberikan impak yang besar terhadap diri dan perniagaan kita.

Terima Kasih Atas Sokongan Anda

Bagi yang menghadiri Seminar Malaysia Internet Millionaires pada hari Sabtu lepas, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana melaburkan masa, wang dan tenaga untuk mendapatkan ilmu daripada semua penceramah yang hebat.

Bagi yang tidak dapat hadir, usah khuatir.seminar1

Kami dimaklumkan oleh Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM). Di mana pada bulan Mei 2012,  mereka akan mengadakan satu konvensyen besar-besaran untuk para usahawan Internet mendapatkan ilmu yang lebih bernilai dengan kos yang rendah.

Tim Majalah Niaga akan melaporkan maklumat mengenai konvensyen ini dari semasa ke semasa.

Tahiah untuk para peserta yang hadir. Dengan tindakan selepas mendalami ilmu daripada keenam-enam penceramah sahaja yang akan mengubah hidup kita 360 darjah.

Semoga tindakan kita semua menghasilkan keuntungan perniagaan yang lumayan.


Tags: , , ,

Komen (6)

  1. terbaik. Satu usaha murni untuk mempertingkatkan lagi industri IM ke satu tahap yang baru. Dengan adanya seminar ini, ia menunjukkan bahawa industri IM kita semakin meriah dengan adanya ramai pakar dan insan yang hebat dalam internet

  2. Yup, setuju dengan maizul.com. Perlu divideokan dan dipasarkan kepada mereka yang tidak dapat pergi atas sbb yang tidak dapat dielakkan seperti saya 🙁

    Terima kasih kepada team majalahniaga.. walaupun kami tak dapat pergi, point-point penting dikongsikan di sini..Tahniah kepada 6 panglima..

Pendapat anda?