4 Amalan Jahil Faktor 41 Belia Muflis Setiap Hari

September 19, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Kewangan / Pengurusan Kewangan

Menurut petikan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10 Oktober, seramai 41 orang belia Malaysia berumur lingkungan 21 – 40 tahun dianggarkan menjadi muflis setiap hari akibat jahil pengurusan kewangan.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mendapati antara punca utama kepada masalah itu adalah kerana urusan sewa beli seperti kereta, rumah dan penggunaan kad kredit.

Seseorang itu boleh ditakrifkan sebagai individu yang mempunyai masalah kewangan, apabila menggunakan lebih 30 peratus daripada gaji bulannanya untuk membayar hutang. Menurut pakar pelaburan, Tuan Zaidi Ismail, beliau mendapati ada 4 faktor utama statistik ini meningkat.

1. Beli kereta tanpa deposit

Pembelian kereta tanpa deposit akan menyebabkan kita perlu membayar ansuran bulanan yang tinggi. Tawaran beli kereta tanpa deposit adalah perangkap penjual kereta untuk menarik pembeli, supaya melihat tawaran itu sebagai sesuatu yang meringankan mereka.

4 Faktor belia muflis 1

Hakikatnya, tawaran itu akan menyusahkan mereka kerana ia akan membebankan pembeli dengan ansuran bulanan yang tinggi. Bayaran bulanan yang disarankan adalah tidak melebihi 15% daripada gaji bersih ada tiap bulan dan pinjaman maksimum 7 tahun.

2. Beli rumah luar kemampuan dengan pinjaman maksima

Sangka para belia, mereka mampu membayar pinjaman perumahan. Kerana kata-kata ibu bapa, tentang beli rumah idaman setelah pernikahan, mereka giat mencari rumah baru untuk keluarga baru mereka.

Arkad, orang terkaya di Babylon berpesan, antara tip elak poket kempis adalah menggunakan rumah untuk pelaburan. Ia bakal memberi kita pendapatan pasif pada tiap bulan. Yang kita boleh gunakan untuk membayar pinjaman.

3. Memohon pinjaman peribadi untuk majlis kahwin

Ibu bapa pada masa kini lebih pentingkan kata orang daripada redha Tuhan.

“Kerana adat, anak hidup sarat. Lantas, negara kebanjiran aktiviti maksiat.”

Daripada mahu membina pernikahan ke syurga, anak sendiri terpaksa hidup di neraka dunia. Neraka dunia bermaksud tempat yang menyeksakan kerana perlu bayar hutang keliling pinggang. Andai difikirkan, tidak berbaloi membuat pinjaman untuk majlis perkahwinan yang hanya berakhir dalam masa 3 – 6 jam.

4 Faktor belia muflis

Lebih baik perbelanjaan itu digunakan untuk kehidupan 30 – 60 tahun. Apabila si anak sibuk membayar hutang pinjaman perkahwinan, seandainya tiada wang untuk ibu dan bapanya, mereka pula dimarahi dengan takrifan, tidak menunaikan tanggungjawab.

Sedangkan, si ibu bapa sendiri yang menerakakan kehidupan anak mereka di awal perkahwinan dengan meminta mereka membuat majlis perkahwinan secara besar-besaran.

Andai terlalu berpaksikan ‘apa orang kata’, kita akan hidup kerana sangkaan manusia bukan redha Tuhan. Ada pepatah,

“Mencapai redha manusia adalah mustahil.”

4. Menggunakan kad kredit dengan bayaran minima setiap bulan

Dengan memakai kad kredit, kita akan berasa seperti kita orang kaya yang palsu. Hakikatnya, orang yang pakai kad kredit tanpa ukur kemampuan sendiri sedang menjerat diri menggali lubang yang lebih dalam. Kerana mencari lebih banyak hutang untuk dibayar.

Andai dimuhasabah, hutang dan kesusahan hidup yang kita hadapi sekarang adalah kerana diri kita sendiri. Kita nak bergaya, sanggup beli barang mahal, kereta mahal. Sekadar untuk memuaskan nafsu sendiri yang berpaksikan, ‘apa orang kata’ berbanding ‘apa Tuhan kata’.

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.” 
(Surah As-Syura: 30)

Jangan terlalu berpaksikan apa orang kata, kerana bukan orang lain yang akan membayar kemewahan kita, pinjaman dan bil air api rumah mewah kita. Justeru, dalam segala hal fikirkan dahulu kemampuan kita. Fikirkan tentang redha Dia berbanding manusia. Insya-Allah luar senang, hati tenang.

Kredit foto: Pixel KlinikThe Kliker


Tags: , ,

Komen (3)

  1. Muhammad Afzani
    March 1, 2017

    Saya nikah tahun 2012, kat pejabat Agama je.. isteri takde mintak hantaran, cuma bayar mas kawin je.. yg bestnya sarung cincin kat tepi jalan je.. depan dia & ayahnya.. Pertengahan 2015, Isteri yg pergi dulu menghadap Illahi.. Sampai skrg sy berfikir.. ada lagi ke wanita yg terbaik mcm nie..

Pendapat anda?