ISI KANDUNGAN
Walaupun kita sudah ada teknik marketing dan sales yang hebat, kita masih kena tahu cara yang betul untuk menarik pelanggan. Bisnes tanpa pelanggan adalah satu pekerjaan yang sia-sia.
Lebih baik bekerja makan gaji jika kita tidak mahu berusaha mendapatkan pelanggan yang akan memberi gaji kepada kita dan pekerja. Berikut adalah teknik yang perlu anda ikuti untuk mendapatkan pelanggan.
#1-Kenal Pasti Pelanggan Ideal Untuk Bisnes
Mungkin kalau bisnes kita adalah bisnes menjual gula, kita boleh sasarkan satu Malaysia atau satu dunia sebagai pelanggan kita. Hakikatnya, tidak semua orang sesuai menjadi target market kita bisnes kita.
Walaupun produk atau servis kita sesuai untuk semua orang dan semua peringkat lapisan umur tetapi tidak semua mampu untuk membelinya dan kadang-kadang kadar penjualan kita juga terbatas dengan kemampuan kita sendiri sebagai peniaga.
Ambil masa untuk duduk dan fikirkan siapa target pelanggan kita secara rasional. Kena pilih secara relevan berdasarkan produk kita atau kemampuan syarikat kita.
Berapakah jumlah produk atau servis yang kita mampu tawarkan? Siapakah yang akan berasa lega dan gembira dengan produk kita? Pilih dan kecilkan target market kita secara spesifik kemudian buatlah perancangan bisnes yang seterusnya.
#2-Ambil Tahu Kehidupan Pelanggan Anda
Setelah memilih target pelanggan yang spesifik, belajar mengenai pelanggan anda dengan lebih lanjut. Ambil tahu budaya hidup mereka. Adakah mereka penggemar online dan membeli belah secara maya atau mereka lebih suka membeli secara offline.
Reka mesej perniagaan yang akan disenangi dan menarik perhatian mereka. Ubah konsep perniagaan ikut cara yang disukai oleh pelanggan target anda bukannya cara anda.
Perbezaan usia dan generasi juga penting untuk anda ambil tahu. Selalunya minat Generasi X dan Y adalah berbeza. Pemilihan jantina, lokasi, budaya, status sosial juga sangat penting.
#3- Kenali Bisnes Anda Sendiri Dari Luar Dan Dalam
Bila berkeputusan untuk buat bisnes, jangan jadi usahawan lalang. Bergerak mengikut angin semata-mata. Jangan buat bisnes kerana nak ikut orang. Mahirkan diri sendiri untuk faham bisnes kita adalah tentang apa dan kenapa kita pilih bisnes dalam bidang ini.
Jika kita sudah ada produk atau servis yang bagus, belajar cara nak pasarkan, cara buat jualan atau cara pengiklanan dengan mentor atau pakar. Mahirkan diri dalam segenap aspek dalam bisnes supaya kita tahu dengan jelas apa yang kita ingin lakukan.
Bila matlamat jelas, kita akan buat dengan bersungguh-sungguh dan yakin dan keyakinan inilah yang akan menarik kepercayaan pelanggan.
Jadi pakar dalam perniagaan anda sendiri dengan ilmu dan pengalaman yang luas, pasti pelanggan akan percaya dan setia dengan perniagaan anda.
#4- Melihat Dengan Kaca Mata Pelanggan
Kadang-kadang apa yang silap mengenai percaturan kita dalam bisnes adalah kita asyik fikirkan keuntungan. Kita berfikir dan bersikap seperti usahawan tetapi kita lupa untuk berfikir seperti pelanggan.
Kita sepatutnya meletakkan diri kita sendiri di tempat pelanggan. Adakah kita akan beli produk ini? Berbaloikah untuk mencuba produk ini? Perlu ke kita berbelanja untuk produk ini? Mahal harganya, perlukah mencuba? Kenapa perlu percaya kepada produk ini?
Ini adalah semua soalan-soalan yang akan menerpa soalan pelanggan. Sebagai usahawan, anda akan jatuh cinta dengan produk sendiri. Sukar nak nampak apa kelemahan produk kita sebab kita yang mereka atau menghasilkannya.
Ini adalah masalah yang perlu anda atasi. Buka kaca mata pandangan anda sebagai usahawan dan mula pakai kaca mata pelanggan. Berfikirlah seperti pelanggan secara kritikal dan mulalah mengkritik produk anda sendiri untuk kebaikan.
Anda juga sebagai pelanggan pasti tidak mahu beli produk mahal atau meragukan bukan? Jika terasa sukar maka anda boleh minta pandangan orang sekeliling ataupun bakal pelanggan anda yang berpotensi. Minta pandangan jujur mereka dan buatlah penambahbaikan.