ISI KANDUNGAN
Sebagai peniaga online, situasi dimana pelanggan liat untuk membayar dan membeli produk yang kita tawarkan acapkali terjadi. Masalah ini dihadapi oleh segelintir usahawan online terutamanya usahawan yang menjual di laman sosial Facebook. Situasi ini menjadi asbab peniaga-peniaga berjuang setengah jalan akibat terlalu kecewa gagal menghasilkan banyak jualan.
Faktor #1 – Mereka Tidak Faham Produk Kita
Ya, memang benar. Pelanggan tidak faham apa yang mereka sepatutnya faham. Peranan copywriting sangat penting dalam hal ini. Copywriting dianggap sebagai jurujual dan penyampai kepada produk atau servis yang kita tawarkan. Dalam penulisan iklan dan juga copywriting, manfaat produk adalah data utama. Manfaat produk inilah yang mampu menyelesaikan masalah bakal pelanggan kita. Dan mereka mampu berkata. “Ya! Ini produk aku cari selama ini!”
Faktor #2 – Bakal Pelanggan Keliru
Elakkan buat pelanggan keliru. Ini yang ramai penjual lakukan. Contohnya terlalu banyak memberikan arahan ‘call to action’ kepada bakal pelanggan kita seperti:
- Sila klik Like post ini
- Sila Share post ini
- Sila SMS/WhaApps ke 019-384XXXX
- Sila Komen “saya nak”
- Klik Link PM kami
Arahan call to action yang banyak hanya membuat pelanggan keliru untuk bertindak. Ditambah lagi ruang laman Facebook memang banyak ganguan (distraction). Gangguan berlaku dengan begitu pantas. Fokus kepada satu atau 2 arahan call to action sahaja supaya prospek kita lekas bertindak dan menghubungi kita bertanyakan produk kita. Semakin jelas arahan call to action, semakin mudah duit dari poket pelanggan masuk kedalam akaun bank.
Faktor #3 – Tiada Bajet
Tiada bajet adalah isu biasa yang timbul bila pelanggan yang bertanyakan produk kita tapi belum bersedia membuat pembayaran. Pada kebiasannya mereka ini sangat berminat dengan produk yang kita tawarkan namun masih lagi belum mempunyai bekalan wang yang mencukupi.
Masalah yang timbul bila mereka sudah bersedia, mereka terlupa untuk membuat pembayaran kepada produk anda, contohnya ketika awal penerimaan gaji. Ada cara yang mudah untuk buat mereka membuat bayaran tepat selepas mereka terima wang gaji. Saya akan berikan contoh skrip kepada anda.
Faktor #4 – “Tunggu La Saya FIkir Dulu”
Golongan bakal pelanggan seperti ini kebanyakan adalah golongan yang tidak serius untuk membeli produk kita. Salah satu sebabnya adalah mereka sekadar ingin bertanyakan produk kita. Boleh jadi mereka ini juga mungkin adalah pesaing kita. Siapa tahu bukan?
Ada juga kes dimana ada antara mereka sebenarnya membuat kajian & pantauan harga dari peniaga lain untuk dapatkan harga yang terbaik. Untuk selesaikan isu ‘price war’, anda boleh gunakan strategi haduah percuma. Wujudkan Unique Selling Proposition (USP) dalam perniagaan yang kita jalankan dan kita secara automatiknya menjarakkan diri jauh ke depan dari pesaing.
Nah, Ambil 2 Biji “Panadol Actifast”
2 Biji “Panadol Actifast” ini bakal selesaikan masalah pelanggan liat beri duit kepada perniagaan kita sekaligus meningkatkan jualan anda.
Panadol Actifast #1 – Database, Database, Database!
Ramai yang tidak ambil kisah mengenai perkara ini. Database bakal pelanggan sangat penting untuk kita berhubung dengan bakal pelanggan kita. Sebahagian bakal pelanggan yang lihat membaca iklan buat kali pertama tidak akan membeli secara terus. Interaksi bermula dengan mereka menghubungi dan bertanya dahulu kepada kita.
Tujuannya adalah ingin memastikan adakah penjual benar-benar wujud atau boleh dipercayai. Tambahan lagi bila harga produk yang kita jual adalah sangat mahal segmen pasaran untuk pelanggan premium.
Apa yang kita boleh buat adalah mula mengumpul database bakal pelanggan kita seperti
- Nama
- No Phone
Dengan 3 database ini kita boleh berkomunikasi dengan mereka dan bina kepercayaan dan personal touch dengan bakal pelanggan kita. Akhirnya mereka akan membeli produk hasil dorongan kepercayaan yang dibina ketika fasa komunikasi.
Panadol Actifast #2 – Lakukan Follow Up
Dengan database yang berjaya dikumpul, kita boleh lakukan follow up kepada bakal pelanggan. Tujuan follow up adalah untuk menghasilkan lebih banyak jualan pada masa sama kita mahu bina hubungan dengan bakal pelanggan kita dengan berkongsi tip atau penyelesaian masalah mereka.
Ikut 2 langkah dibawah sebelum mula follow up bakal pelanggan kita:
-
Hasilkan Skrip Gesa Pelanggan
Gesa bukan bermaksud memaksa- maksa bakal pelanggan. Tetapi kita mahukan pelanggan cepat bertindak dengan arahan yang kita berikan. Dalam kes yang kita bincangkan ini adalah bertindak beri duit kepada kita. Strategi yang anda boleh gunakan adalah dengan memberikan kod kupon diskaun. Berikan kod kupon yang bertarikh kepada bakal pelanggan anda. Kod kupon tersebut perlu ditebus pada tarikh tertentu untuk dapatkan harga diskaun.
Contoh skrip yang kita boleh gunakan buat mereka yang menunggu gaji adalah:
“Salam Tuan/puan terima kasih kerana berminat dengan produk [xxxx]. Kod kupon ini akan tamat pada [Tarikh]. Diskaun 45% akan tamat pada tarikh tersebut. Boleh buat pembayaran sebelum pukul 11.59 malam. Sila tebus kod kupon tersebut dengan segera. “
-
Follow up Secara Berperingkat.
Sekali follow up, tapi masih lagi belum hasilkan jualan? Ini perkara normal. Follow up juga mengambil masa untuk hasilkan jualan. Anda perlu hasilkan beberapa skrip gesa pelanggan. Supaya mereka membuat pembelian dengan pantas.
Semakin banyak kita menghantar follow up kepada pelanggan kita, semakin tinggi peluang mereka membuat pembelian produk kita.
terima kasih atas perkongsian. saya selalu silap dalam membuat call to action. letak no phone,email,website semua. ingatkan nak pelanggan pilih mana yang sesuai.
tapi bagaimana nak tahu channel yang pelanggan kita suka?
Tuan Izwan, segalanya bergantung kepada Avatar pelanggan kita. Kita perlu focus kepada 1 ke 2 Arahan Call to Action sahaja. Sebagai contoh jika golongan muda berumur lingkungan 20-29 biasanya mereka lebih sukakan wassap kerana lebih jimat tak perlu sms berbayar dan lebih mudah mengenali muka penjual. Jadi disini closing sale lebih mudah. 🙂
saya pun baru tersedar dari kesilapan saya letakkan CTA pada blog. CTA sy adalah sila pm ke facebook, tapi kurang ‘eksyen’ (action) pulak. rupa2nya customer susah nk pm di website sebab leceh nak login lagi facebook di blog. bila tukar sila whatsapp, terus ada peningkatan =)
Benar tuan, hairul azizi, dengan melakukan perubahan kecil kepada call To Action kita boleh tingkatkan respond pelanggan dan tingkatkan jualan kita. 🙂
Artikel terbaik untuk usahawan online. Syabas!
Tuan Arif Aizuddin, semoga bermanfaat tuan 🙂
tips yang simple, tapi beri impak yang besar 🙂
Semoga bermanfaaat buat tuan Shaiful Sifu 🙂
terima kasih di atas info yang diberikan,memang selalu terjadi tu
Sama-sama tuan Zul. Semoga bermanfaat. 🙂
terima kasih atas tips tersebut, baru nak cuba berjinak2 dengan autoreponder
Sama-sama tuan. Semoga bermanfaat. Bagus tuan. Pemasaran Email memang wajib dipelajari oleh semua orang 🙂
Terima kasih atas ilmu yg dkongsikan. sgt bermanfaat. Saya baru bjinak2 dgn biz kek lapis sarawak. Alhamdulillah shingga ke hari ini saya nampak pningkatan slepas mggunakan facebook dan wasap…
smoga tuan dpt mmberi info yg bguna kpd kami yg amat memrlukan sokongan bg mmulakan biz yg kecil sperti saya…
Sama-sama tuan Rukayah. Semoga bermanfaat. Insyallah saya akan terus berkongsi idea dan juga strategi pemasaran 😉