ISI KANDUNGAN
#1-Kenal Pasti Masalah Apa Yang Anda Ingin Selesaikan.
Masalah mungkin terwujud daripada pertanyaan atau ayat pernyataan. Contohnya, ada pelanggan bertanya, “Kenapa produk ini terlalu mahal”? atau anda terdengar “Taknaklah beli sekarang, mahal, tunggulah..tengok promosi nanti ke?”.
Ini semua adalah masalah yang memerlukan solusi. Jika anda pandai merebut peluang, fikirkan apa penyelesaian yang terlintas atau hadir dalam hidup anda.
Jika diusahakan dengan betul, pasti anda bakal memberikan alternatif atau jalan keluar kepada beban permasalahan orang lain.
Orang-orang kuat dalam bisnes atau dalam syarikat kena ada kebolehan untuk mengenal pasti masalah dan tukarkannya kepada peluang.
Banyak masalah tidak dapat diselesaikan oleh syarikat dan menjadi beban kepada usahawan kerana mereka tidak berupaya mengenal pastinya dari awal.
Sama ada usahawan lain yang terlebih dahulu yang mengenal pasti dan menyelesaikannya atau masalah ini kita abaikan sehingga membarah jadi krisis dalam syarikat.
Krisis ini yang mencacatkan kemajuan syarikat kita. Contohnya, produk bagus tetapi orang tidak faham nilainya kepada mereka. Latih diri untuk kenal pasti masalah sebelum ia wujud lagi dan sediakan solusi.
#2-Buat Senarai Kemungkinan Sebab Yang Buat Anda Fikir Tidak Dapat Selesaikan Masalah.
Mungkin anda sudah fikirkan penyelesaiannya, akan tetapi anda langkah anda terhalang kerana beberapa faktor tertentu.
Contohnya, kos pengeluaran bateri hanya akan murah jika bahan-bahannya dibeli secara pukal.
Masalahnya, modal anda terhad. Ataupun alasannya, pihak syarikat tidak mahu menaikkan bajet atau tidak yakin dengan penggunaan teknologi baharu yang anda cadangkan.
Fikirkan semua penghalang kepada masalah yang anda ingin selesaikan dan senaraikan di atas kertas atau papan tulis.
#3- Buat Senarai Solusi Yang Mungkin Selesaikan Masalah Walaupun Tidak Pasti.
Seterusnya, senaraikan solusi yang anda fikirkan yang dapat menyelesaikan masalah tersebut walauun bukan sepenuhnya.
Ia hanya akan terlaksana jika ada toleransi daripada orang lain atau perkara lain. Contohnya, kos pembuatan barangan di Malaysia sangat tinggi menyebabkan harga produk menjadi mahal.
Kerana adanya permintaan kerana keperluan dan juga penolakan kerana harga, memindahkan operasi kilang di negara yang matawangnya rendah seperti di Bangladesh akan bantu kurangkan kos pengeluaran dan menjimatkan kos buruh dan bahan.
Tetapi, perpindahan ini perlukan modal yang besar di permulaannya dan ini akan beri impak kepada operasi syarikat sedia ada.
Jadi perlukan persetujuan orang lain. Toleransi.
Anda mungkin ada beratus solusi seperti ini untuk satu masalah dan jangan risau, sememangnya, tidak semua masalah kita boleh selesaikan sendiri. Senaraikan sebanyak yang boleh.
#4-Tanya Diri Anda Sendiri.
Jika anda sedang berdepan dengan masalah, fikirkan dan tanya diri anda sendiri, sekiranya masalah tersebut tidak wujud terhadap sesuatu barangan atau perkara, berdasarkan keinginan anda sendiri, masalah apa yang anda ingin selesaikan.
Jika anda ingin cipta produk murah yang efektif, anda mungkin perlu reka produk baru dengan cara atau bahan yang berlainan.
Kaji dan fikirkan daripada pelbagai sudut.
Contohnya, anda sebagai seorang CEO syarikat, mungkin anda mahu bangunkan produk dari segi inovasi.
Mungkin caranya adalah wujudkan atau adakan penglibatan pakar atau jabatan lain yang tidak pernah terlibat sebelum ini.
Mungkin ini adalah solusi yang sesuai jika syarikat anda sudah terlalu tepu atau terbiasa dengan idea dan cara lama yang berkesan sebelum ini.
Tetapi perniagaan harus sentiasa berkembang dalam segenap penjuru bukan kekal pada satu sudut sahaja.
Ambil contoh Air Asia yang amalkan konsep pintu terbuka dengan pekerjanya. Mereka tidak semestinya melakukan perkara yang sama selamanya.
Kita sudah lihat ada mekanik, ada pencuci sudah jadi pilot kerana sokongan bos Air Asia sendiri.
Nah, pemilik Air Asia bukan sahaja selesaikan kesusahan yang menghalang impian pekerja mereka untuk maju lagi kehadapan malahan anda telah memberikan solusi percuma untuk penjenamaan syarikat Air Asia sendiri melalui kisah kejayaan mereka.
Satu strategi yang bagus untuk menaikkan jenama syarikat Air Asia menjadi unggul dalam kalangan netizen.
Faham tak yang pada asalnya ia bukanlah masalah. Apa yang berlaku sekiranya Tan Sri Tony Fernandes tidak menyokong dan membuka peluang kepada pekerja untuk mengubah nasib kerjaya mereka.
Adakah syarikat akan bankrap? Adakah pekerja akan mogok? Adakah netizen akan beri kecaman? Tidak bukan?
Tidaklah sampai tahap begitu tetapi dan kemungkinan semuanya akan berlaku seperti sedia kala, tiada apa-apa yang menganggu syarikat.
Akan tetapi, Tony melihatnya sebagai masalah yang harus diselesaikan dimana ada segelintir mereka ingin bertukar minat dan kerjaya dan dia fleksibel dan optimis mengenainya.
Hasilnya, tindakannya menyelesaikan masalah yang asalnya bukan masalah ini telah membuatkan pekerjanya gembira, lagi bermotivasi, memberi inspirasi kepada pekerja lain, memberi cerita jenama yang menyentuh emosi orang luar , pelanggan terutamanya, menaikkan nama syarikat menjadi ikon kepada netizen dan syarikat lain, dan yang bagusnya, ini membentuk tim pekerja “All Stars” yang setia dan yang mereka banggakan sehingga kini.
Nampak tak yang ini adalah menyelesaian masalah menggunakan kaedah“First Principle Thinking”.
Mungkin ini adalah keinginan atau masalah segelintir orang akan tetapi mungkin juga keinginan dan kemahuan pekerja lain yang tidak disuarakan.
Sebab itu anda kena fikirkan secara kritikal. Lihat hasilnya, lebih banyak kelebihan dan peluang lain yang datang kerana satu masalah terpencil yang anda selesaikan.
Lihat kisah kejayaan Elon Musk? Perhatikan yang usahawan inovasi ini lebih kehadapan dalam idea bisnesnya berbanding usahawan lain.
Mungkin ada antara kita kurang faham dengan konsep idea Elon Musk ini seperti tidak berkaitan dengan masalah kita akan tetapi fikirkan secara “First Principle Thinking”.
Elon telah banyak menyelesaikan masalah kita untuk masa hadapan, bukan masa sekarang. Inilah ilmu yang harus kita praktikkan.
Supaya kita dapat meramal keperluan masa hadapan dan selangkah lebih maju daripada pesaing kita.
Kereta terbang, melancong ke planet Marikh mungkin kedengaran tidak logik dan agak fiksyen tetapi inilah keperluan kita di masa hadapan yang Elon sedang giat selesaikan melalui inovasinya.