4 Kunci Penting Sebelum Memikat Pelanggan

July 25, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Pemasaran

Beza Pemasaran dan Jualan

Pemasaran adalah strategi untuk memberitahu orang tentang bisnes atau produk kita. Dalam pemasaran, ada banyak strategi dan teori. Jualan pula adalah taktik untuk mendapatkan pelanggan.

Dengan pemasaran, jualan akan terhasil. Tanpa pemasaran, tiada jualan. Ia ibarat isi dengan kuku, yakni saling memerlukan. Dalam pemasaran, antara perkara penting adalah perihal mengkaji sasaran pelanggan, menawarkan sesuatu mengikut keperluan pelanggan dan mengkaji keberkesanan jualan.

Jualan Berlaku Apabila Strategi Pemasaran Betul

“Marketing: Giving the right people the right message with the right offer at the right time.” – Matt Bailey

Apabila kita memberitahu kepada orang yang betul mesej yang betul dengan tawaran yang betul pada masa yang betul, pemasaran akan mudah berlaku.

Jual Kepada Pelanggan Yang Lapar

Term lain adalah, starving crowd iaitu pelanggan yang lapar dengan produk atau servis kita.

jual kepada pelanggan yang lapar

Ada suatu perbualan,

“Bagaimana saya boleh menjual 100 burger berharga premium?”

Ada orang akan jawab, burger yang sedap, roti yang gebu dan daging yang sedap. Jawapan yang diberikan adalah,

“Saya hanya perlukan 100 pelanggan yang lapar.”

Ia bermaksud apabila kita dapat menjual burger berharga premium kepada orang yang lapar, pelanggan akan tetap sanggup membayar mahal kerana mereka perlukan makanan itu – lapar.

Begitulah pentingnya melakukan aktiviti pemasaran dengan strategi yang betul.

Tempat Yang Betul

Sebagai contoh, kita mahu membuka restoran nasi arab yang bernilai RM15 tiap set di kawasan rumah setinggan. Pasti, ia adalah sesuatu yang tidak bijak kerana orang yang tinggal di flat mempunyai pendapatan yang rendah.

tempat yang betul

Sebaiknya restoran nasi arab yang berharga premium dibuka di tempat golongan elit yang berduit. Dengan itu, barulah dikatakan pelanggan dan tempat yang betul.

Mesej Yang Betul

Headline adalah perkara yang kritikal dalam penulisan iklan. Ia bertujuan untuk menarik pelanggan mendekati iklan kita. Apabila kita menggunakan headline yang betul kepada pelanggan yang betul di tempat yang betul, dengan itu lebih mudah untuk mereka tertarik kepada iklan kita.

Cara untuk mendapatkan mesej yang betul adalah dengan mengkaji demografik, taraf hidup pelanggan kita. Sasarkan pelanggan kemudian kaji masalah mereka.

Menjual susu kambing untuk semua lapisan masyarakat adalah skop yang besar. Apabila kita sasarkan segmen pelanggan, kita tidak perlu berebut dan akan lebih mudah membina iklan daripada segmen pelanggan yang lebih kecil.

Susu kambing untuk wanita bekerjaya adalah antara pengkhususan yang boleh kita lakukan. Wanita bekerjaya tidak begitu berkira soal wang. Mereka memerlukan makanan tambahan untuk memastikan mereka sentiasa bertenaga untuk melakukan kerja. Cara di atas antara cara mengkaji pelanggan dan mengkhususkan segmen pelanggan.

Masa Yang Tepat

Ketahui masa terbaik untuk iklankan produk atau servis kita. Iklan jenama Yusuf Taiyoob kebiasaannya akan keluar di tv ketika hampir dan pada bulan Ramadhan. Oleh sebab, kebiasaannya dalam bulan Ramadhan, kita akan berbuka puasa dengan kurma.

masa yang tepat

Ia adalah salah satu kempen pemasaran yang dilakukan pada masa yang tepat, di saat jualan kurma akan meningkat iaitu pada bulan Ramadhan.

Andai kita adalah seorang agen insurans, memilih waktu yang sesuai untuk menelefon pelanggan adalah antara perkara penting yang perlu ditekankan. Menelefon pelanggan pada waktu kerja adalah etika yang kurang disenangi kerana di saat itu mereka sibuk bekerja.

Justeru, penting memilih masa yang tepat untuk berhubung dengan mereka.

Kredit foto: Azli Jamil Photography, Lemeridien Hotels and Resorts, John A. McCrae, Anne


Tags: , ,

Pendapat anda?