4 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Bayaran Deposit Jual Beli Hartanah

April 15, 2015 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Hartanah / Pelaburan

Urusan pembayaran deposit harga jual beli merupakan perkara penting yang perlu diambil tahu oleh setiap pembeli sesuatu hartanah.

Ianya perlu diberi perhatian yang khusus kerana banyak masalah dan isu yang timbul berkaitan dengan pembayaran deposit tersebut sehingga boleh menyebabkan perbalahan di antara Penjual dan Pembeli.

Berikut di huraikan tentang proses pembayaran deposit harga jual beli mengikut jenis dan kategori urusniaga jual beli yang dimasuki. Dihuraikan juga kesan terhadap pembayaran deposit tersebut sekiranya urusan jual beli sesuatu hartanah itu terpaksa ditamatkan.

1. Rumah Dengan Pemaju

Sekiranya anda membeli rumah melalui pemaju, bayaran Deposit 10% daripada harga jual beli hendaklah di bayar kepada Pemaju pada masa Perjanjian Jual Beli (SNP) ditandatangani.

Di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan), pembeli dinasihatkan agar tidak menjelaskan apa-apa bayaran deposit kepada pemaju selagimana SNP belum ditandatangani.

falcon city

Bahkan di bawah Akta tersebut juga, pemaju tidak dibenarkan meminta apa-apa bayaran daripada pembeli, selagi SNP belum ditandatangani. Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang penipuan oleh pemaju terhad pembeli.

Bagi pembeli yang membuat pinjaman kerajaan, mereka boleh minta pertimbangan daripada Pemaju untuk menjelaskan bayaran deposit tersebut berserta dengan tuntutan progres pertama.

Dengan syarat pembeli tersebut layak untuk mendapat pinjaman 100% daripada harga jual beli dan pinjaman tersebut diluluskan oleh pihak kerajaan sebanyak 100%.

Sekiranya pinjaman pembeli tidak diluluskan oleh pembiaya, Pembeli hanya bertanggungjawab untuk menjelaskan bayaran 1% sahaja daripada harga jual beli rumah tersebut kepada Pemaju dan baki 9% daripada deposit tersebut hendaklah dikembalikan oleh pemaju kepada pembeli.

2. Rumah Sub-Sale/ Kedai

Untuk pembelian rumah sub-sale atau kedai pula, Deposit 10% daripada harga jual beli hendaklah dibayar oleh pembeli kepada Peguam yang dilantik.

Sekiranya pembeli membeli hartanah tersebut melalui ejen hartanah berdaftar, 3% daripada deposit tersebut akan dibayar kepada ejen, manakala 7% lagi akan dibayar kepada Peguam  pada masa menandatangani SNP.

Dalam kes hartanah yang  tiada sekatan kepentingan, sebaik sahaja bayaran deposit dibuat oleh pembeli kepada Peguam, Peguam akan melepaskan deposit tersebut kepada penjual atau peguam penjual dalam masa 7 hari daripada tarikh SNP ditandatangani.

Tetapi sebaliknya, jika hartanah tersebut tertakluk kepada sekatan kepentingan (consent), peguam hanya akan melepaskan deposit tersebut kepada penjual setelah kebenaran pindah milik diperolehi daripada Pihak Berkuasa Negeri.

Sama seperti pembelian rumah dengan pemaju, bagi pembeli yang membuat pinjaman kerajaan, mereka boleh meminta pertimbangan daripada penjual untuk menjelaskan bayaran deposit tersebut bersekali dengan baki harga jual beli.

Dengan syarat pembeli layak untuk mendapat pinjaman 100% daripada harga jual beli dan pinjaman tersebut di luluskan oleh pihak kerajaan sebanyak 100%.

Sekiranya pembeli tidak jadi meneruskan urusan jual beli hartanah, atau pinjaman pembeli tidak diluluskan atau pembeli ingkar terhadap mana-mana terma di dalam SNP, deposit tersebut akan dilupuskan oleh penjual.

Sebaliknya, jika penjual pula yang  tidak jadi menjual hartanah tersebut, atau sekiranya kebenaran pindah milik hartanah  tidak diluluskan atau penjual ingkar terhadap mana- mana terma di dalam SNP, maka deposit tersebut hendaklah dikembalikan oleh penjual kepada pembeli.

3. Rumah Lelong

Untuk pembelian rumah lelong pula, deposit 10% daripada harga rizab lelongan, hendaklah dibayar oleh pembida yang berminat kepada Mahkamah atau Pejabat Tanah (bergantung kepada dimanakah proses lelongan rumah tersebut dijalankan).

Deposit tersebut hanya boleh dibayar menggunakan bank draft sahaja atas nama bank yang melelong. Pembida tidak perlu risau kerana deposit tersebut akan dikembalikan kepada pembida sekiranya bidaan tersebut tidak berjaya. Sekiranya bidaan berjaya, maka deposit tersebut akan dikira sebagai sebahagian daripada harga jualan terhadap lelongan tersebut.

4. Tanah Lot

Sekiranya seseorang ingin membeli tanah lot, Deposit 10% daripada harga jual beli wajib dibayar kepada Peguam yang telah dilantik. Terdapat dua keadaan berbeza bilakah bayaran deposit tersebut akan dilepaskan kepada penjual.

tanah dijual

Sekiranya tanah lot tersebut telah mempunyai geran individu yang berasingan, maka Peguam akan melepaskan deposit tersebut kepada penjual dalam masa 7 hari daripada tarikh kedua-dua belah pihak menandatangani SNP.

Tetapi sebaliknya, sekiranya tanah lot tersebut belum mempunyai geran individu yang berasingan, Peguam akan pegang bayaran deposit tersebut sebagai stakeholder dan hanya akan dilepaskan kepada penjual setelah hakmilik individu tanah lot tersebut diperolehi daripada pejabat tanah.

Sekiranya, hakmilik individu tanah lot tersebut gagal diperolehi oleh penjual dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam perjanjian, maka deposit tersebut akan dikembalikan oleh peguam kepada pembeli.


Komen (6)

  1. norhasnza norruhadi
    November 28, 2016

    salam. Saya hasniza. saya ada permasalahan di sini. Saya merupakan ejen berdaftar. Suatu hari pembeli saya telah membeli rumah dengan pemaju dengan niat untuk membayar secara tunai. Namun telah berlaku kegagalan pihak pembeli untuk meneruskan bayaran baki SNP tersebut. Beliau telah membayar deposit sebanyak 30% . pemaju ingin menghanguskan deposit tersebut dengan alasan SNP telah tamat tempoh . Adakah pemaju berhak menghanguskan deposit tersebut

      1. Salam hormat tuan Salkukhairi. Dalam kes jual beli rumah melalui ajen, dimana 3% telah pun diambil oleh ajen daripada pembeli sebelum SNP ditanda tangani, katakan SNP gagal ditandatangani disebabkan ada masalah sekatan penjualan, soalan saya: 1. Bagaimana kedudukan wang 3% tersebut, adakah wang itu perlu dibayar balik kepada bakal pembeli, atau dikira sebagai telah lupus. 2. Pihak mana yang perlu membayar balik kepada bakal pembeli, samada ajen atau pihak penjual, sekiranya masalah berpunca di pihak penjual. 3. Bagaimana pula perihal bayaran guaman yang dilantik oleh bakal pembeli, samada bayaran masih perlu dibuat oleh bakal pembeli. Terima kasih.

  2. Saya merupakan pembeli rumah kos rendah. pemilik adalah seorang perempuan berbangsa cina yang tidak mahukan deposit 10% dibayar kepda nya terus ( bukan melalui peguam) atas sebab untuk baiki rumah tersebut sebelum dilepaskan kepada saya. Pembelian ini adalah dengan membuat loan kerajaan yang kami belum tahu lulus @ tidak mmandangkan status rumah tersebut yg mempunya SEKATAN KEPENTINGAN masih belum diketahui lulus @ tidak proses penjualannya. SAya telah study teks tuan dan saya dapati saya sharusnya bayar kepada oeguam yg saya lantik dan bukan kepada penjual. Deposit belum saya serahkan dan baru sahaja proses pertama iaitu melantik peguam. Kami belum rujuk hal ini kepada peguam kami lagi memandangkan baru saya terfikir akan permasalahan ini.

  3. SORRY PEMBETULAN SOALAN

    Saya merupakan pembeli rumah kos rendah. pemilik adalah seorang perempuan berbangsa cina yang mahukan deposit 10% dibayar kepda nya terus ( bukan melalui peguam) atas sebab untuk baiki rumah tersebut sebelum dilepaskan kepada saya. Pembelian ini adalah dengan membuat loan kerajaan yang kami belum tahu lulus @ tidak mmandangkan status rumah tersebut yg mempunya SEKATAN KEPENTINGAN masih belum diketahui lulus @ tidak proses penjualannya. SAya telah study teks tuan dan saya dapati saya sharusnya bayar kepada oeguam yg saya lantik dan bukan kepada penjual. Deposit belum saya serahkan dan baru sahaja proses pertama iaitu melantik peguam. Kami belum rujuk hal ini kepada peguam kami lagi memandangkan baru saya terfikir akan permasalahan ini.

  4. Mas dianaliza binti md jasa
    August 21, 2017

    Assalammualaikum..
    Sy Pn yana,sy ada masalah dgn penjanjian SNP ni..masa pemaju terangkan pasal SNP ni kami x berapa faham..kami ingatkan SNP ni letak nama suami, sekiranya berlaku apa2 pd suami(kematian) isteri x perlu teruskan byr loan..semasa nk sign agreement dgn peguam,sy ada bertanya pd peguam,tp peguam kata tu urusan pemaju..kami pun berdiam ingatkan selepas tu ada urusan insuran ke..tp,selepas beberapa bulan. Sy bertanyakan semula kepada pihak pemaju,tiba2 mrk kata SNP dah sign x blh buat ape2.. Skrg ni,kalau suami nk letak penama kedua atas nama sy masih blh ke tuan? Kami pun buntu memikirkan masalah ini.. Utk pengetahuan tuan,suami sy buat 100% gov loan. Rmh sudah hampir siap,tp belum buat serah kunci lg..maybe bulan september 2017.terima kasih

Leave a Reply to Mas dianaliza binti md jasa Batal (Cancel)