4 Tip Elak Jadi 60 Individu Muflis Setiap Hari

August 13, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Perniagaan

Muflis adalah perkataan yang sangat digeruni bukan sahaja oleh usahawan malah semua rakyat di negara ini. Kamus Bahasa Melayu Edisi Keempat mendefinisikan perkataan muflis sebagai ketidakupayaan seseorang dalam membayar hutang. Seseorang itu dikatakan muflis apabila sesorang itu gagal menjelaskan sesuatu hutang yang melebihi RM30,000.00.

Antara punca kepada pengisyhtiran muflis adalah disebabkan oleh kegagalan dalam perniagaan, penggunaan kad kredit yang tidak terkawal dan sebagainya. Sinar Harian pada 18 Februari 2014 melaporkan bahawa Statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, seramai 16,306 individu telah diisyhtiharkan muflis sejak Januari hingga September 2013. Jumlah yang besar ini ternyata sangat membimbangkan jika pengurusan kewangan secara berhemah tidak segera diamalkan.

apa-itu-muflis

Utusan Malaysia bertarikh 31 Oktober 2013 pula melaporkan, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Syukri , terdapat seramai 60 orang setiap hari diisytiharkan muflis di negara ini dengan golongan berumur 35 – 44 tahun mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 31.34%.

Artikel ini menyediakan 4 tip mudah sebagai panduan untuk mengelakkan diri dari termasuk di dalam golongan mereka yang dikategorikan sebagai muflis terutamanya usahawan muda yang baru dan masih mentah dalam bidang keusahawanan.

1. Belanja secara berhemah

Elakkan berhutang dan belanja secara berhemah. Berhutang hanya akan menyebabkan kita hidup dalam kesusahan. Berwaspada dan berpada-padalah ketika berbelanja. Gaya hidup di luar kemampuan sering menjadi punca utama masalah kewangan yang kian meruncing ini. Jadi, usah ghairah berbelanja dan pepatah ‘ukur baju di badan sendiri’ amat sesuai untuk  dipraktikkan. Pengurusan kewangan yang berhemah pasti akan menjamin kedudukan kewangan di tahap yang terbaik.

2. Elakkan berbelanja menggunakan kad kredit

Setiap bank menawarkan perkhidmatan kad kredit. Kad kredit adalah satu kaedah mudah pembayaran yang membenarkan anda membeli atau mendapatkan barangan dengan pembelian bukan secara tunai. Penggunaan kad kredit ini ada baik dan buruknya. Oleh yang demikian, anda mesti sentiasa berhati-hati. Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal adalah salah satu punca kepada peningkatan kadar individu yang berstatus muflis di dalam negara ini. kad-kredit Seboleh-bolehnya, elakkan pembayaran dengan menggunakan kad kredit kerana caj seperti yuran penyertaan, yuran tahunan, caj bayar lewat, caj pendahuluan kewangan boleh dikenakan. Berbelanjalah secara tunai untuk kemudahan dan kesenangan di kemudian hari.

3. Membuat catatan dan merancang pembelian atau perbelanjaan

Anda mestilah bijak dalam berbelanja. Setiap pengaliran tunai yang keluar mesti direkodkan untuk memudahkan anda menjejaki kembali kemanakah wang yang anda belanjakan. rekod-perbelanjaan Berbelanja semasa tawaran murah atau ‘diskaun’ akan memberikan penjimatan dalam perbelanjaan harian anda. Rebutlah tawaran murah tersebut untuk menjimatkan wang anda. Semak dahulu senarai harga di beberapa kedai dan bandingkan harga. Anda boleh melakukannya dari rumah dengan melayari internet dan seterusnya membandingkan promosi diatas talian yang ditawarkan. Ia juga sangat pantas dan menjimatkan masa dan tenaga.

4. Menjaga harta dengan baik

Harta yang ada mestilah diselenggara dengan baik. Contoh paling relevan mungkin bagaimana kita mengguna dan menjaga kereta kita sendiri. Penjagaan kereta yang betul akan turut menjimatkan kewangan kita. Jika kita menggunakan kereta dengan cara yang kasar, kereta tersebut mungkin akan mengalami kerosakan pada tayar, enjin mahupun brek. Oleh yang demikian pemeriksaan atau servis secara berkala perlu dilakukan untuk memastikan kereta kita dalam kondisi yang baik.

menjaga-kereta

Dengan penjagaan kereta yang baik, kita dapat menjimatkan wang dan mengurangkan perbelanjaan kepada perkara-perkara yang tidak diperlukan. Akhir kata, sentiasalah berhemah dalam berbelanja. Jangan jadikan isu muflis atau bankrup melingkari hidup kita. Jadilah insan yang bebas hutang dengan mengamalkan hidup secara sihat dan sederhana. Sesungguhnya membazir itu adalah saudara kepada syaitan.

Firman Allah S.W.T. maksudnya: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias tiap-tiap kali kamu ke tempat beribadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau: sesungguhnya Allah tidak suka pada orang-orang yang melampaui batas.”  (Surah Al-A’raf ayat 31)

Kredit Foto: Mangtacio


Tags: , ,

Komen (5)

  1. Assalammualaikum

    Statistik muflis di kalangan orang muda sangat membimbangkan.
    Apatah lagi muflis itu berkait dengan penggunaan kad kredit di luar kawalan.
    Ramai orang menggunakan kad kredit kerana terdesak dengan gaya hidup mewah.
    Tidak mampu membeli, tetapi masih tegar berhutang asalkan kemahuan itu dituruti.

    Terima kasih atas artikel ini. Sangat membantu =)

    1. Nani Mohd Salleh
      August 16, 2014

      Betul tu Ida,ukurlah baju di badan sendiri. Jangan buat hutang dengan menggunakan kad kredit untuk tujuan bermewah-mewah.

  2. Kerajaan Malaysia pengurusan tidak sempurna, terlalu memberi kuasa kpd bank. bank ialah punca utama menyebabkan seseorang dijatukan bankruptcy. Bank di Malaysia boleh charge anda dengan bunga yg tinggi dan sesuka hati kalau masa anda tidak keupayaan membayar insuran bulanan. Ia tidak adil dan mangsa tidak dapat bantal dengan charge sehingga anda muflis. Malaysia kita tidak ada department yang boleh membantu anda pada masa tersebut.

    Apa kebaikan Malaysia? Ia hanya menyebabkan bankruptcy meningkat saja tahun ke tahun. Ia juga akan menyebabkan lagi perkembangan economic Malaysia masa depan. Tambahan pula bankruptcy laws di Malaysia akan menghukum seseorang muflis sampai boleh memusnahkan hidup seseorang. Kita sangat jelas, ini kebanyakan disebabkan oleh kuasa bank yg keterlaluan.

    Bankruptcy laws di Malaysia memang boleh menyebabkan seseorang muflis melambatkan muflis untuk hidup semula. Di dalam undang-undang bankruptcy Malaysia ada banyak syarat yang menyikat muflis untuk perkembangan semula seseorang muflis, seperti: Tidak boleh berniaga sendiri, tidak boleh terima wang lebih RM500 dari lain orang(Dikehendaki melapor kpd JIM), tidak boleh keluar luar negara berkerja (Pastport disekat), tidak dapat memegang jawatan tinggi di syarikat dan lain-lain. Ini semua memang akan menyekat seseorang muflis menjadi wang untuk perlepasan.

    Harap kerajaan kita sedar dan tidak membunuh masa depan seseorang muflis di Malaysia ini dan tidak membunuh sesama sendiri.

    Bankruptcy yg meningkat masa sekarang boleh menyelesaikan jika Malaysia Bankruptcy Laws untuk menjatuhkan seseorang menjadi bankrupt hutangnya kalau melebihi RM150,000 keatas. Harap juga yg telah dilaporkan bankrupt pada masa sekarang akan dilepaskan secepat mungkin jika hutang tidak melebihi RM150,000. Inilah yang sempurna.

  3. Assalamualaikum Puan,

    Kebanyakan usahawan yg menanggung hutang dan muflis di dalam industri adalah kerana beberapa faktor selain disebutkan diatas: tidak ada kontrak semasa urusniaga ingin dijalankan, usahawan itu sendiri tidak faham terma2 kontrak urusniaga atau kegagalan menunaikan pembayaran oleh pembeli/pemaju atau disebut main contractor pada tempoh dipersetujui kedua2 pihak.

    Jika kegagalan pembayaran dibuat oleh pembeli/pemaju atau main contractor selalunya tuntutan bayaran boleh dibuat melalui legal action..Kaedah ini memakan masa,perlu tambahan kos khidmat guaman dan tidak sesuai untuk kes2 kecil sebagai contoh RM30-RM100k..

    Jenayah komersial kecil2an ini telah banyak berlaku dan didengar saban hari..Bolehkah usahawan terlibat didalam kes2 ini menfailkan blacklist CTOSS atau CRISS terhadap pembeli/ pemaju/maincon yg gagal membuat pembayaran seperti dilakukan oleh bank?????

    Soalan saya apakah nasihat dapat diberikan kepada usahawan kecil kaedah sesuai menuntut bayaran dan tindakan undang2 sesuai yg boleh diambil sendiri oleh usahawan2 kecil?????

  4. Salam semua…

    Ingin saya tanya kan soalan..saya ada membuat easy rhb loan sbnyak 16k…dan bru2 ini stu syarikat agent mnghubungi sya dan mnyata kan loan sya sudah mencecah 32k slma 2thun ini..dan ingin menyita harta yg bukan milik saya…tetapi saya ingin mntak nasihat bagaimana sya boleh membuat pembayaran jadual semula…tapi perlu ke saya check dgn bnkruptcy law dlu tntg status saya..

    Sekian

    Confius

Pendapat anda?