5 Fokus Aktiviti Pemasaran Berpengaruh

May 17, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Aktiviti pemasaran tidak memerlukan jampi. Ia memerlukan seni. Sebagai satu bentuk seni, ia boleh dipelajari.

Aktiviti pemasaran tak memerlukan jampi.

Salah satu aspek penting dalam seni pemasaran ialah keupayaan kita mempengaruhi prospek. Jadikan lima fokus berikut sebagai azimat bagi menjadikan kita usahawan berpengaruh.

5 Fokus Aktiviti Pemasaran Berpengaruh

Tip #1 – Fokus pada aktiviti mencari prospek

Apa sahaja tindakan kita, nilai semula kesannya pada jualan. Adakah selama ini kita sekadar membazir masa? Apabila orang lain membina laman peminat bagi produk di Facebook kita juga membinanya. Namun fikir sejenak. Nilai sama ada ia menyumbang bagi menaikkan jualan atau sebaliknya.

Tip #2 Fokus pada kumpulan sasaran

kehidupan di gurun sahara

Menjual ais krim kepada orang Eskimo adalah perbuatan yang sukar. Menjual ais krim kepada pengembara yang sesat di Gurun Sahara adalah perbuatan yang mudah. Malah dia sanggup membayar RM20 bagi ais krim kampung yang modalnya cuma 20 sen. Jadi cari kumpulan sasaran yang betul. Kemudian fokus bagaimana mereka dapat kita bantu.

Tip #3 Fokus pada membantu pelanggan

Semasa membuat promosi, fokus pada bagaimana kita dapat membantu mereka. Tekankan keuntungan pada pihak pelanggan sebagai kesan setelah mereka mendapatkan produk kita. Kurangkan fokus pada kelebihan produk.

Fokus bahawa prospek akan lebih baik, hebat, sihat, bergaya, berkuasa, kaya dan berpengaruh jika memilih produk kita.

Tip #4 Fokus pada aktiviti berkaitan pelanggan

Fokus kepada mengasah kebolehan menjawab soalan

Fokus pada mengasah kebolehan kita dalam aktiviti seperti menjawab soalan pelanggan. Contonhya, kita belum lagi membuka mulut. Namun sudah ada pelanggan yang tiba-tiba bertanya harga produk.

Sayangnya kita tidak fokus menjawab soalan mereka segera. Puncanya kita asyik fokus pada aktiviti lain (yang kita sangka menaikkan jualan). Bagi lebih mudah sediakan templat jawapan bagi soalan yang sering ditanya (FAQ).

Tip #5 Fokus pada pelanggan dalam mengembangkan produk

Cara mudah bagi memastikan produk baru mendapat sambutan pelanggan ialah dengan melibatkan mereka. Tidak perlu kita habiskan air mata lima baldi apabila membuat aktiviti post-mortem kegagalan produk.

Aktiviti post-mortem hanya untuk mayat. Sebaliknya aktiviti pre-mortem adalah untuk produk. Ajak prospek memberi input apakah bentuk produk baru yang mereka mahu kita sediakan.

Semoga lima tip di atas menjadikan kita usahawan berpengaruh. Percayalah bahawa aktiviti menjual bukan jampi tetapi seni.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (DINSAI, John&Tina Reid)


Tags: , , , , ,

Komen (15)

  1. ‘..Aktiviti post-mortem hanya untuk mayat. Sebaliknya aktiviti pre-mortem adalah untuk produk. Ajak prospek memberi input apakah bentuk produk baru yang mereka mahu kita sediakan.’

    Saya suka frasa ini. Satu perkongsian yang bermanfaat 🙂

  2. ade 2-3 tips baru dipelajari yg selama ini mgkin belum dipraktikkan..thnaks 4 dis great info…sy akan cube memperbaiki kelemahan tersebut

  3. Tuan Syahrul, bagaimana pula kiranya pelanggan kita ialah pembaca dan produk yang kita pasarkan ialah blog kita sendiri. Pendekatan yang sama atau dengan sedikit modifikasi?

  4. Bismillah, al Fatihah dan Selawat adalah salah satu azimat untuk menjadi usahawan berpengaruh. Namun mungkin 3 ini dianggap jampi dan frasa ‘Aktiviti Pemasaran Tidak memerlukan Jampi’ selalu ditekankan, 3 ‘jampi’ di atas tidak diamalkan.

Leave a Reply to ahmadyani Batal (Cancel)