5 Halangan Yang Membunuh Blog dan Karya Sendiri

November 24, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Pada zaman dahulu, rakyat tempatan hanya diberikan peluang untuk menyuarakan sesuatu menerusi akhbar atau majalah. Namun tidak semua karya mereka diterbitkan.

majalah dan surat khabar

Kerana penerbit perlu menapis dan memilih karya-karya, yang mereka rasakan sesuai untuk tatapan pembaca sahaja. Dari sini, wujud satu jurang yang menghadkan peluang untuk kita, sebagai rakyat tempatan untuk menyatakan sesuatu berdasarkan fakta atau emosi kepada rakyat jelata.

Blog Sebagai Sebaran Idea

Berbeza pada tahun 2011 dan tahun-tahun yang bakal kita hadapi selepas ini. Media baru semakin meluas. Salah satu daripadanya adalah blog.

Blog kini tidak terhad sebagai diari peribadi. Ia juga bertindak sebagai medium berpengaruh, yang dimiliki sepenuhnya oleh perseorangan untuk menyampaikan apa sahaja yang bermain dalam fikiran mereka.

stress

Gosip? Perkongsian ilmu? Ulasan produk? Semua ini sudah berlaku dalam dunia blogging. Secara tidak langsung menjadikan medium blog sebagai salah satu daripada medium yang berpengaruh di dunia maya.

Dalam masa yang sama, terdapat kekangan atau halangan yang dihadapi oleh pemula. Antaranya adalah:

5 Halangan Utama Dunia Blogging

  1. Saya tidak tahu apa itu blog.
  2. Saya takut untuk menulis.
  3. Saya tidak pandai menulis.
  4. Saya takut dikritik.
  5. Saya tidak mempunyai masa.

#1 – Saya Tidak Tahu Apa Itu Blog

Tanpa mengetahui maksud sebenar di sebalik blog, bagaimana untuk kita menggunakan medium ini untuk menerbitkan karya di alam maya?

Secara ringkasnya, blog adalah sebuah laman web jurnal yang memberikan kebebasan untuk kita menulis apa sahaja yang kita suka. Malah setiap kali tulisan kita diterbitkan, ia akan dibaca oleh jutaan pengguna internet di seluruh Malaysia dan dunia.

#2 – Saya Takut Untuk Menulis

Perasaan takut adalah perasaan yang membunuh diri sendiri. Ketakutan untuk memulakan blog adalah ketakutan yang tidak logik pada dasarnya. Kerana setiap hari kita menggunakan pelbagai medium untuk menulis sesuatu tanpa berfikir panjang.

Sebagai contoh, apabila kita menulis di Facebook, kita sentiasa ketepikan soal kritikan daripada rakan yang lain. Ketika itu, apa yang penting adalah keinginan kita untuk menulis dan menghebahkan sesuatu sudah dipenuhi.

Sama juga seperti blog. Mengapa perlu takut? Sekatan ini biasa muncul apabila kita menulis aib-aib manusia lain.

Selagi niat kita untuk menulis itu baik dan bermanfaat, musnahkan rasa takut itu.

#3 – Saya Tidak Pandai Menulis

Kenyataan ini juga adalah kenyataan yang tidak berasas. Kita sudah diajar menulis sejak dari kecil. Kemudian diasah lagi pada darjah 1 hingga darjah 6. Sehingga hari ini, penulisan itu sudah sebati dalam diri setiap manusia.

takut dikritik

Jadi apakah sebabnya kita berkata pada diri sendiri yang kita tidak pandai menulis? Jika tatabahasa kita agak berterabur ketika menulis, ia boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.

Asalkan komitmen dan semangat ingin belajar untuk menulis dengan lebih baik itu ada dalam diri. Semuanya tidak mustahil.

#4 – Saya Takut Dikritik

Pesan sahabat, “Kritikan adalah medium terbaik untuk kita belajar dan memajukan diri.”

Pesan ini menjelaskan betapa mudahnya kita untuk terus maju apabila menganggap kritikan itu sebagai satu pengajaran dalam hidup. Dalam dunia ini, tidak semua orang suka apa yang kita lakukan.

Sentiasa bersifat terbuka dalam kritikan. Jadikan ia sebagai alat untuk menaik taraf diri ke tahap yang lebih baik dari sebelumnya.

#5 – Saya Tidak Mempunyai Masa

Masa adalah masalah ketara bagi seorang pemula. Apabila menulis di blog, kita akan menggunakan masa untuk merangka, menulis dan mengedit sebelum menerbitkannya bagi tatapan umum.

Namun begitu, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak berblogging. Dengan blogging, kita mempunyai peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan cara yang mudah, yakni menyampaikan ilmu yang bermanfaat.

kesuntukan masa

Jadi, mengapa perlu khuatir tentang masa? Maka cari masa untuk memperoleh pahala sedikit demi sedikit.

Luangkan sekurang-kurangnya satu jam sehari. Bermula dari satu jam, ia akan menjadi dua jam. Lama kelamaan, kita sudah terbiasa dengan amalan berblogging.

Dari situ, kita akan nampak betapa luasnya potensi dunia blog ini.

Ingin Berubah? Sertai Seminar Blogging Anjuran Kami

“Seminar blogging Majalah Niaga membantu saya tiga cara menjana wang dengan blog. Satu modul yang dikongsikan secara hands-on, dapat saya aplikasikan dengan segera.” – Hazlam Anuar

Seminar Blogging anjuran tim Majalah Niaga (Hasbul ‘Aqill, Aqif Azizan dan Hasbul Ariff) telah diadakan pada 19 November 2011 (Sabtu) lalu. Alhamdulillah, rata-rata peserta berpuas hati dengan apa yang kami sampaikan dalam seminar ini.

Seminar Blogging Majalah Niaga

Kelima-lima halangan dapat dihapuskan sedikit demi sedikit menerusi seminar ini. Malah secara tidak langsung akan mengubah kita menjadi seorang blogger yang komited, dan berdisiplin sebelum melangkah menjadi blogger sepenuh masa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Seminar Blogging, sila ke laman web di bawah:

Sertai Seminar Blogging Majalah Niaga – 14 Orang Sahaja Lagi

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (erving_lau1sivalaviecalloohcallay7amanito)


Tags: , , , , , ,

Komen (4)

  1. Terima kasih atas penduan yang diberikan. Bagi saya senang aje seribu langkah tak akan terjadi kalau kita tak mula dengan satu langkah.Takut dan macam-macam alasan lagi adalah perkara biasa sebab penulisan blog bukan adalah perkara baru.Macam kita dulu-dulu daripada bayi kena lalui pelbagai masalah dan dugaan sebelum boleh berjalan dan berlari macam sekarang. Tapi pastikan mentor kita ada untuk guide kalau ada masalah.Pilihlah ‘mentor’ yang betul terbukti sebagai ‘mentor’.

Leave a Reply to zalifah mat isa Batal (Cancel)