ISI KANDUNGAN
Kebanyakan orang yang mahu memulakan bisnes online sibuk mahu buat laman websendiri. Memang bagus. Tetapi masalah besar akan timbul bila dia sebenarnya buta IT. Password emel sendiri pun ingat-ingat lupa. Saya bagi contoh mudah.
Timah pergi ke GM Klang beli stok tudung untuk dijual. Balik ke rumah dengan stok yang menimbun. Timah pun cuba-cuba buat laman web sendiri. Tak jadi. Timah pergi seminar buat laman web. Balik dari seminar cuba lagi. Tak cantik. Timah beli ebook cara buat laman web. Buat lagi. OK dah cun. Tapi kenapa tiada orang beli?
Orang masih tidak beli. Tetapi duit sudah keluar untuk beli stok tudung. Duit dah keluar untuk pergi seminar. Duit sudah keluar untuk beli ebook. Buang masa dan buang duit. Itu sebab saya selalu nasihatkan, terutamanya pada mereka yang mempunyai pengetahuan IT yang rendah untuk mulakan bisnes online dengan sesuatu yang mudah.
Antaranya Mudah.my. Di Mudah.my lebih 5.2 juta orang yang datang setiap bulan. Buat laman web canggih dan cantik kalau tiada orang datang nak buat apa? Siapa nak beli? Hantu?
Saya nak kongsikan 5 kelebihan gunakan Mudah.my berbanding laman web untuk yang baru nak mula bisnes online.
1) Tidak Perlu Bina Laman Web
Ramai yang putus asa untuk berbisnes secara online kerana tidak tahu membina laman web. Kos untuk mengupah syarikat pereka laman web untuk membinanya pula boleh mencecah sehingga ribuan ringgit.
Tetapi di Mudah.my, kita tidak perlu runsing tentang isu itu. Kita tidak perlu pening untuk menghadap HTML (Hyper Text Markup Language) iaitu bahasa programming yang digunakan untuk membuat laman web.
Kita juga tidak perlu belajar menggunakan perisian membina laman web seperti Dreamweaver dan Frontpage. Jika kita langsung tidak mempunyai kemahiran IT, masa yang kita ambil untuk membina laman web mungkin memakan masa berbulan lamanya.
Jika kita mahu mengupah individu seperti freelancer, kita perlu betul-betul selidik hasil kerja yang telah beliau lakukan. Lihat semua laman web yang telah beliau bina.
Kita tidak mahu menyerahkan tugas penting ini pada individu yang tidak mampu untuk memberikan komitmen. Namun jika kita sendiri pun langsung tidak mempunyai asas tentang cara membina laman web, risiko untuk ditipu adalah tinggi.
2) Tidak Perlu Beli Nama Domain
Nama domain umpama nama bisnes kita di internet. Setiap nama domain adalah berbeza. Tidak ada satu pun nama domain akan serupa. Nama domain yang selalu digunakan di Malaysia adalah .com, .com.my dan .my.
Nama domain bukannya percuma dan perlu dibeli. Harganya pula dalam lingkungan RM50 sehingga RM150. Kita perlu membayarnya setahun sekali.
Tetapi di Mudah.my, kita boleh mendapat nama domain secara percuma. Apabila kita membuka akaun Pro Niaga, kita akan diminta untuk mendaftarkan nama domain Pro Niaga. Contoh nama domain Pro Niaga adalah:
1) www.mudah.my/ayamserama
2) www.mudah.my/kuihraya
3) www.mudah.my/goldbeauty
4) www.mudah.my/superhealth
5) www.mudah.my/rymfurniture
3) Tidak Perlu Sediakan Hosting
Hosting umpama tapak bisnes kita. Tanpa hosting kita tidak dapat untuk membina laman web. Hosting juga perlu dibeli sebagaimana nama domain.
Kita perlu membayar yuran tahunan kepada syarikat web hosting. Harganya pula lebih kurang RM150 sebagai permulaan.
Semakin besar ruang laman web yang kita perlukan, semakin tinggi harganya. Begitu juga jika semakin ramai pelawat laman web, maka kita perlu mendapatkan pakej hosting yang lebih mahal.
Tetapi di Mudah.my kita tidak perlu mempunyai hosting kerana Mudah.my sudah pun menyediakannya secara percuma.
Kita juga tidak perlu belajar bagaimana untuk menyelenggara hosting sendiri. Proses ini agak rumit bagi sesetengah individu.
4) Tidak Perlu Keluarkan Modal Wang
Modal yang saya maksudkan di sini ialah wang ringgit. Secara amnya kita tidak perlu bayar kepada Mudah.my untuk beriklan.
Cuma beberapa kategori sahaja yang memerlukan bayaran minimum. Kita juga hanya perlu bayar untuk menggunakan Premium Service.
Namun bagi kebanyakan kategori kita boleh meletakkan iklan secara percuma sahaja. Atas sebab inilah ramai peniaga yang menggunakan Mudah.my untuk mengiklankan produk dan servis mereka.
Jikapun memerlukan pembayaran, pulangannya amat berbaloi kerana ramai pelawat yang bersedia untuk menjadi pelanggan. Dengan 5.2 juta pelawat sebulan di Mudah.my, potensinya amat besar!
5) Tidak Perlu Cari Pelawat
Jika kita telah berjaya membina laman web sendiri, cabaran seterusnya adalah untuk mencari pelawat atau trafik ke laman web tersebut. Ini memerlukan kepakaran pemasaran internet yang tinggi.
Tidak ada gunanya kita memiliki laman web yang canggih tetapi tidak mempunyai pelawat. Kita perlu mendapatkan sebanyak mungkin pelawat untuk ditukarkan kepada pelanggan.
Di Mudah.my, kita telah disediakan dengan 5.2 juta pelawat setiap bulan. Kita hanya perlu menawarkan sesuatu yang diingini oleh pelawat ini. Tawarkan produk dan servis yang sentiasa mendapat permintaan ramai.
Di Mudah.my sendiri kita boleh selidik produk dan servis apa yang mendapat sambutan hangat daripada pelawat. Dengan maklumat tersebut, kita dapat menukarkan pelawat menjadi pelanggan.
askm…saya dh beli dua barangan kt my.mudah…tp dua2 scammer…disini sy kerugian wang sebanyak RM180..segala bukti ada masih pda saya…saya dh buat laporan di email…saya membeli PORTABLE YES…saya dh bankin tp barang saya tak dapat..bila saya tnya dgn baek,,dibalas nya kasar..apa yg ptt sy buat???