ISI KANDUNGAN
#1-Jangan Hilang Fokus.
Sama ada gaji anda 3 angka, 4 angka atau 5, jikalau anda jenis yang suka menyimpan, anda telah melakukan satu tindakan yang bagus!
Namun, ini hanya langkah pertama kerana tidak pernah ada tercatat dalam sejarah dunia seseorang jadi jutawan kerana menyimpan.
Duit simpanan anda mungkin membuatkan anda nampak kaya, berasa kaya akan tetapi mungkin ambil masa yang sangat lama untuk menikmati kekayaan anda dan mungkin sampai ke tua baru dapat merasa hasil simpanan.
Jadi, langkah pertama hendak jadi kaya adalah dengan fokus untuk tambah pendapatan anda secara berkala. Contohnya, buat dropship.
Kalau hendak buka bisnes sendiri sebagai langkah nak jadi kaya, kena ada modal. Lebih banyak duit simpanan, lebih banyak kita dapat laburkan sebagai modal.
#2-Simpan Bukan Untuk Simpanan.
Ada sesetengah orang menyimpan kerana bagi mereka itu adalah cara membuat duit secara pasif.
Sebenarnya, cara terbaik untuk menyimpan bukan sekadar peram di dalam bank kemudian tunggu pulangan dividen tahunan dan bonus sahaja.
Memang tidak salah akan tetapi sampai bila kita akan dapat keluar daripada kelompok miskin bandar? Kalau benar-benar mahu kaya sebelum umur 30 tahun, duit lebihan yang kita simpan itu laburkan.
Masing-masing ada komitmen yang banyak, bayar kereta, rumah, PTPTN, parkir, petrol, insuran dan macam-macam lagi. Jadi bagaimana nak memberanak-pinakkannya dengan cepat adalah menyimpan untuk melabur.
Apabila sahaja ada peluang untuk melabur secara bagus dan boleh menambahkan lagi wang dalam akaun anda. Contohnya, melabur dengan unit trust atau buat property investment.
#3-Bertegas Biar Pada Tempatnya.
Tucker Hughes adalah seorang yang berjaya jadi jutawan pada umur 22 tahun. Antara nasihat emas dia kepada orang yang nak menjadi kaya adalah jangan sesekali buat keputusan yang goyah.
Sebagai manusia, adakala kita kuat adakala kita lemah, tidak kiralah tenaga atau fizikal juga emosi, kita kena tegas dalam membuat keputusan.
Kita kena latih diri kita untuk berfikir dan bertindak dengan pantas untuk setiap persoalan dan ujian dalam setiap situasi.
Anda kena jelas dengan apa yang anda hendak lakukan dan dapatkan setiap hari, kemudian tegaskan nekad anda untuk mencapainya. Mulakan pada kadar yang segera dan anda pasti melihat perubahan yang positif.
#4-Jalani Hidup Yang Ringkas.
Kadang-kadang, kita punyai banyak wang akan tetapi sekejap sahaja sudah menghilang. Kenapa? Sebab kita sering berbelanja lebih daripada mampu dan perlu.
Salah ke kalau hendak belanja guna duit sendiri? Salah ke hendak guna hasil titik peluh kerja keras selama ini?
Tidak salah. Akan tetapi berpadalah bukannya biar papa asal bergaya. Sebaiknya bila kewangan anda betul-betul stabil, pelaburan dan simpanan anda sudah berganda-ganda, maka belanjalah apa yang anda inginkan sebagai hadiah.
Sehingga sampai saat itu, jalani gaya hidup seringkasnya. Tidak salah jika kita guna kereta terpakai, sewa rumah kos rendah dan jimat dalam berbelaja seharian. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
#5-Betulkan Mentaliti Duit.
Sebenarnya, duit yang anda dapat bukanlah kerana anda pergi kerja, balik kerja, kemudian tunggu sehingga hujun bulan untuk keluarkan gaji.
Untuk jadi kaya, keluar daripada pemikiran untuk mengharapkan wang gaji dan keluar daripada keinginan untuk bekerja dengan orang sampai ke tua.
Untuk jadi kaya bermula dengan cara anda berfikir dan apa yang anda percaya mengenai duit. Lagi salah juga kalau percaya yang apabila buat bisnes, jual apa-apa terus dapat duit, terus jadi kaya memanglah mengarut.
Kalau percaya yang buka bisnes dan berjaya ini hanyalah untuk orang tertentu yang bernasib baik memanglah kelautlah usahanya, sekali gagal pasti berhenti berusaha.
Sebaliknya, untuk berjaya, kayakan dulu pemikiran anda yang nak jadi kaya, nak berjaya, nak jadi jutawan hatta dermawan sekalipun, jalannya sukar bukan senang.
Peritnya banyak bukan sedikit, kalau pemikiran dan hati tidak kental, sekali tergugat, terduduk terus.
Memang yang berjaya melepasi ni adalah segelintir yang terpilih, terpilih bukan bermakna anda tidak berjaya kerana disisih, tapi bezanya anda dan mereka adalah jalan yang dipilih.
Kalau hendak jadi kaya, kena berani susah dan yang penting buat apa yang kita betul-betul minat, bukan buat secara terpaksa sebab semata nak dapat duit kerana apabila kita buat apa yang kita suka, kalau tidak menjadi pun pasti kita usahakan lagi sebab kita suka.
Sebab kekayaan sebenar bukan bermula daripada kudrat semata tapi pemikiran anda penentu segalanya.
sekarang pemuda pemudi dah mula celik kewangan, dah ramai yang mulakan perniagaan sendiri..malah ada yang kaya raya sebelum umur 30 sebab berniaga..