5 Pemasaran Alternatif Selain Pemasaran Facebook Ads

August 27, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Pemasaran / Strategi Online & Offline

Sekarang jika kita perhatikan, ramai usahawan yang berniaga di Facebook mengeluh, disebabkan beberapa perubahan yang dilakukan oleh pihak Facebook. Perubahan yang dimaksud adalah dari segi algorithm Facebook, dan juga beberapa polisi yang menyusahkan para peniaga Facabook.

Antara masalah yang dihadapi adalah seperti kos pengiklanan Facebook Ads semakin mahal, Reach di Facebook wall dan juga Facebook Fanpage semakin berkurangan.

Perubahan yang berlaku ini menyebabkan jualan sesetengah peniaga facebook semakin merudum. Perkara ini sudah tentu menyusahkan perniaga facebook sendiri, kerana tidak dapat mencapai sasaran jualan yang ditetapkan setiap bulan.

Sebagai pengguna dan usahawan Facebook, kita tidak boleh menyalahkan pihak facebook. Ini kerana polisi dari syarikat facebook akan sentiasa berubah mengikut kehendak (requirement) pengguna facebook itu sendiri.

Oleh yang demikian, kita tidak boleh berdiam diri. Kita perlu mencari pemasaran Alternatif dan tidak sepenuhnya bergantung harap kepada satu jenis pemasaran sahaja seperti pemasaran facebook Ads untuk kita menghasilkan jualan yang banyak.

Guru saya juga pernah berpesan:

“Untuk menjadi seorang marketer yang hebat. Kita tidak boleh duduk diam. Kita perlu agresif. Sentiasa cari jalan lain sekiranya kita tidak mencapai target. Barulah kita boleh berjaya.”

Ikuti perkongsian saya ini untuk tahu lebih lanjut mengenai 5 Pemasasaran Alternatif yang anda boleh lakukan untuk kempen pemasaran anda.

Pemasaran Alternatif #1 – Blog

Pemasaran blog juga sinonim dengan pemasaran carian atau dipanggil sebagai Pemasaran SEO (Search Engine Optimization). Untuk melakukan pemasaran ini sudah tentu kita perlu mempunyai blog sendiri. Seeloknya kita menggunakan blog Self-host seperti Blog wordpress dan bukannya blogspot.com. Ini bagi mengelakkan risiko artikel kita didelete oleh pihak Google (blogspot.com milik Google) atau blog kita diban oleh pihak Google.

pemasaran-blog

Sekiranya kita tidak mahu menulis di blog sendiri, kita boleh menulis di blog yang bertrafik tinggi. Blog seperti ini biasanya sudah mendapat kedudukan yang tinggi di dalam carian Google, dan ini membolehkan artikel yang kita hasilkan mudah dibaca oleh pelawat yang membuat suatu cari keyword menggunakan Google Search Engine.

Strategi lain yang anda boleh gunakan untuk melakukan pemasaran blog, adalah dengan menempah slot pengiklanan banner di blog yang bertrafik tinggi. Apa yang anda perlu buat adalah menghubungi pihak blog tersebut, dan meminta mereka memberikan screeshot, jumlah trafik yang dihasilkan setiap minggu, bulan dan tahunan. Sekiranya trafik agak tinggi, anda boleh menempah slot pengiklanan banner di blog tersebut.

Pemasaran Alternatif #2 – YouTube

Pernahkah anda menonton video di Youtube? Tahukah anda pemasaran Youtube sangat popular di luar negara? Ini kerana ramai Affiliater di luar negara menggunakan pemasaran youtube untuk memasarkan produk seperti ebook, audio dan juga software.

Anda juga boleh gunakan pemasaran Youtube untuk pasarkan produk anda. Salah satu strategi yang anda boleh gunakan untuk memasarkan produk anda menggunakan Youtube, adalah dengan menghasilkan video yang membuatkan orang suka share video tersebut di laman sosial seperti Facebook. Strategi pemasaran ini juga dipanggil sebagai pemasaran Viral.

 

Apabila semakin ramai video dishare, semakin ramai yang akan melihat video yang kita hasilkan. Apabila semakin ramai yang melihat video kita, semakin tinggi potensi untuk produk kita dijual dengan banyak.

Strategi pemasaran video di Youtube juga sangat sesuai sekiranya kita mahu mendapat pelanggan yang membeli di Google, ini kerana youtube sangat mesra SEO, dan video yang kita hasilkan mudah untuk mendapat ranking pertama di carian Google.

Pemasaran Alternatif #3 – Instagram

Pemasaran Instagram adalah pemasaran yang masih lagi baru di Malaysia. Pemasaran Instagram membolehkan kita untuk upload gambar, dan juga video singkat ke dalam akaun instagram kita.

pemasaran-instagram

Kita boleh menggunakan pemasaran Instagram untuk upload produk terbaru kita. Untuk menggunakan pemasaran ini, adalah disarankan untuk kita menggunakan gambar yang berkualiti tinggi. Ini kerana ia dapat menarik minat prospek untuk membeli produk dari kita.

Kebanyakan pengguna Instagram adalah daripada golongan muda. Dan kebanyakan dari mereka adalah mereka yang berada di bandar. Ini menjadikan pasaran yang ada pada instagram adalah pasaran “urban”.

Sekiranya anda mempunyai produk berbentuk pakaian serta Fasion. Medium pemasaran Instagram patut anda gunakan.

Pemasaran Alternatif #4 – Pemasaran Emel

Sekiranya anda serius dan ingin kekal lama dalam perniagaan internet, pemasaran email adalah salah satu pemasaran yang anda tidak patut abaikan.

Ada sesetengah pihak mengatakan, pemasaran email adalah pemasaran Old School atau ketinggalan zaman. Tapi percayalah, pemasaran ini masih lagi berkesan dan pemasaran ini mampu membuatkan kita mendapat jualan dari pelanggan yang pernah membeli dengan kita berulang-ulang kali.

Ini kerana, pemasaran ini, membolehkan kita untuk menyimpan database pelanggan yang pernah membeli produk dengan kita. Database yang biasa kita simpan adalah seperti nama dan juga email.

Dengan cara ini, kita boleh melakukan follow up kepada pelanggan kita sedia ada untuk menawarkan produk terbaru kepada mereka.

Pemasaran Email juga membolehkan kita berhubung dengan pelanggan kita. Dengan berhubung dengan pelanggan kita dengan lebih kerap, kita akan lebih dekat dengan pelanggan dan tahu apa masalah mereka. Bila kita dekat dengan pelanggan, pelanggan akan rasa percaya dengan kita. Bila mereka percaya dengan kita maka adalah menjadi semakin mudah untuk kita menjual produk terbaru kepada mereka.

Untuk menggunakan pemasaran email , anda memerlukan satu software khas yang dipanggil sebagai Autoresponder. Antara Autoresponder yang disarankan oleh semua internet marketer dunia adalah Getresponds dan juga Aweber.

Pemasaran Alternatif #5 – Google Adwords

Satu lagi pemasaran yang perlu diberi perhatian oleh usahawan facebook adalah pemasaran google adwords. Ianya adalah salah satu pemasaran yang berbayar.

Pemasaran Google Adwords juga adalah pemasaran enjin carian. Bezanya, anda tidak perlu menguasai sepenuhnya Ilmu SEO dengan untuk pemasaran ini. Dengan menggunakan pemasaran Google Adwords, keyword yang anda target akan berada di halaman yang pertama google sekiranya kurang persaingan untuk sesuatu keyword yang anda target.

Akhir kata, Sebagai seorang usahawan Facebook, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa menuntut ilmu baru mengenai teknik serta strategi pemasaran.

Perniagaan internet adalah perniagaan yang melibatkan teknologi, teknologi akan sentiada berubah dengan pantas. Jika kita tidak mengikut perkembangan teknologi kita akan terus ketinggalan.

Semoga artikel ini mampu membuka mata anda bahawa ada terdapat bermacam cara lagi pemasaran yang anda boleh lakukan di internet selain daripada pemasaran Facebook Ads.

 


Komen (9)

  1. Blog, Email & Adwords dan buat. Nampaknya 3 ini kena fokus dulu sebelum yang lain. IG juga sesuai sebab pengguna boleh nampak gambar produk. Picture is more than thousands words

  2. Hnya menggunkan fb sahaja…dan tgh mencari ilmu bagaimana membuka website, ada sesiapa boleh bg cadangan

Pendapat anda?