5 Perkara Wajib Buat Supaya Anda Menjadi Lebih Kaya Pada 2012

December 20, 2011 — Penulis:

Kategori: Pengurusan Kewangan

Semua orang hendak jadi kaya.

Tetapi bukan semua tahu caranya.

Saya sarankan anda membuat 5 perkara berikut.

Pada hujung 2012 nanti akaun bank anda pasti lebih banyak duit.

5 Aktiviti Pasti Buat Banyak Duit

#1 – Simpan

Tiada tip lain?

Tunggu. Menyimpan adalah perkara paling asas. Kalau anda tidak dapat menyimpan, anda pasti tidak dapat menjadi pelabur yang baik.

Simpan sekurang-kurang RM100 sebulan.

Kepada yang sudah menyimpan, tahniah. Anda perlu menambah jumlah simpanan dari tahun ke tahun. Kalau tahun lepas sudah menyimpan RM100 sebulan, tahun ini kena tambah lagi. Bagaimana?

50% bonus yang anda terima dan 50% kenaikan gaji tahunan terus anda simpan. Bakinya anda belanja.

#2 – Tulis dan ‘shopping’

Kita sebagai manusia membeli mengikut emosi.

Justeru apabila kita membeli belah tanpa menulis terlebih dahulu barang yang mahu kita beli, kita akan membelanjakan lebih daripada apa yang sepatutnya.

Paling kurang kita pasti membelanjakan lebih dari 25% daripada bajet asal.

Barangkali perbelanjaan asal dapur misalnya RM800 sebulan, dan disebabkan kita tidak menulis sebelum ‘shopping‘ akhirnya kita membelanjakan sehingga RM1,000 sebulan.

RM200 bertambah sebulan menjadikan RM2,400 kos tahunan meningkat.

#3 – Bersedekah

pekara-wajib kaya-2012-1

Tangan yang memberi lebih baik (490,000 kali ganda) dari tangan yang menerima.

Jangan kedekut untuk bersedekah. Duit yang kita sedekahkan sudah pasti menjadi milik kita. Duit gaji yang anda terima tapi tidak disedekahkan barangkali jadi milik ASTRO, TNB atau pun makcik karipap.

Duit yang kita sedekahkan bukan sahaja tidak hilang tetapi bakal berganda-ganda dengan begitu unik sekali.

#4 – Gunakan Tunai, Bukan Kad Kredit

Sekiranya anda bukan seorang yang berdisplin dalam urusan kad kredit, amalkan perbelanjaan tunai sahaja.

Jika terlupa keluarkan duit, ATM habis duit dan duit tidak cukup maka tidak perlu keluar berjalan-jalan. Rancang sahaja perjalanan anda pada hari lain.

Jika anda masih belum ada kad kredit dan tiada tujuan khas (seperti pembelian online untuk bisnes), tidak perlu cuba-cuba menggunakan kad kredit.

Kad kredit adalah berhantu. Lebih menakutkan dari cerita-cerita hantu Malaysia, Korea dan Jepun.

#5 – Hadir Seminar Dua Kali Setahun, Beli Buku Sebulan Sekali

Sekiranya anda berminat dalam bidang masakan menonton Masterchef di televisyen tidak mencukupi. Anda perlu juga belajar asas-asas memasak secara ‘live‘. Paling kurang belajar dengan emak.

Saya masih hadir ke kelas-kelas berkaitan pengurusan kewangan dan pelaburan walaupun saya sudah mempunyai sijil profesional dalam bidang ini.

Setiap bulan juga saya pasti membeli buku-buku berkaitan walaupun saya telah menulis satu buku sendiri. Lagi banyak saya belajar dan membaca rupanya lagi banyak yang saya tidak tahu.

Ilmu Adalah Kuasa dan Kekayaan

Duit yang kita ada boleh hilang. Pelaburan yang kita buat boleh rugi. Bisnes yang kita ceburi boleh tutup kedai.

Namun, ilmu di dada kekal sampai bila-bila. Kita boleh gunakan semula untuk mencari duit baru, membuat pelaburan lain dan menceburi bisnes lain.

Suzardi Maulan {Pakdi} adalah seorang Islamic Financial Planner (IFP) dan kini beliau aktif membantu orang ramai menambah pendapatan, menggandakan simpanan dan membuat pelaburan yang lumayan menerusi Bengkel Rancang Wang.

Kredit gambar yang diambil dari : (alorsetar.olx.com.my,CarbonNYC)


Tags: , , , , , , , , ,

Komen (26)

  1. salam.

    perihal nombor 3. mengenai sedekah. kadang-kadang kita selalu keliru nak bersedkah macam mana. selain daripada mengisi tabung masjid setiap jumaat.

    bagaimana kita hendak memberi kepada orang-orang yang terpilih menerima sedekah. contohnya yang selalu ada di kedai-kedai makan….

  2. Sedekah kepada pihak yang kita selesa sahaja. Itulah pesan Allah swt:

    (Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar. (al-Baqarah:263)

    1. saya dah pernah ada kad credit.baru terminate smlm.sbb ngeri n seriau tgk perbelanjaan sy utk bulan kedua berkad kredit..maybe sbb sy xde kawalan diri kot..agaknya kalau di tangan org yg lebih berdisiplin, ia bermanfaat?

  3. Tips yang simple tapi amat berguna sekali.Kalau saya sebut pasal simpanan org selalu sebut simpanlah 10-20% daripada gaji tapi bagi saya simpanan ini kena paksa sebab ia adalah upah diri sendiri dan pertama saya kena buat sebelum saya pikir benda lain untuk gaji.Macam saya target RM1 juta dalam akaun sebelum umur 60 tahun jadi kena simpan sekurang2nya RM600 sebulan masa umur 30 tahun dgn kiraaan faedah 10%.Pasal bersedekah pula jangan lupa bayar zakar dulu sebelum bersedekah.Kad Kredit memang akan jadi takut lagi dalam segala hantu tapi ada cara penggunaannya yang baik seperti zero interest untuk beli barang besar2 kat rumah tapi syarat utama kena control.Saya hanya guna untuk itu dan isi minyak aje lain2 better pakai cash.Terima kasih.

  4. xuwryn jalil
    December 21, 2011

    tips yg sgt hebat! kredit kad?! memang berhantu & saya telah dpt ‘pengajaran’ drpdnya.
    terima kasih kerana menjadi penyampai mesej yg mampu mengubah banyak ‘jiwa’ yg masih memerlukan sokongan info berguna.. 🙂

  5. very good!

    jadi ingatan utk org pompuan cam sya ni yg lebih byk menyimpan di shopping mall berbanding bank… huhuuuu

    makcik karipap tumpang glamer gak dlm entry ni ek…hihii

  6. Saya suka tips ini. mohon share dengan keluarga dan kawan-kawan…

    dulu pernah pakai kad kredit. lepas tu terminate sebab dapat pengajaran yang begitu berharga. huhu…

    now i am credit-card-free… 🙂

  7. suka sangat tips ni. ramai org ada banyak duit, tp xtau mana perginya duit tu. sedekah merupakan kunci kepada duit yg kita ada. mohon share artikel ni.

  8. kad kredit betul2 berhantulah..
    kawan saya ada 2 kad kredit-
    hutang kad kredit RM 10 000..
    akhirnya beliau tutup semua kad kredit.
    terpaksa buat pinjaman bank untuk bayar balik hutang kad kredit tu..
    sekarang ni hutangnya tinggal skit je..
    saya selalu menolak pegawai bank yang selalu menelefon utk membuat kad kredit.
    saya terus terang cakap, saya tak suka berhutang,. stop..

  9. utk sedekah, sy prefer utk pilih tempat y kita yakin dapat salurkan pahala selepas kita mati. dgn cara ini, kita mampu “memanjangkan umur” kita di dunia ni.

    sebabnya ialah, kalau kita ada anak, insyaAllah dorang akan salurkan pahala kepada kita di alam sana. tetapi selepas dorg pun meninggal, sy rasa cucu cicit y xpenah jumpe kita ni, mgkin terlupa nak doakn kita. =)

  10. kredit kad digunakan hanya untuk isi minyak sahaja, Itu azam saya tahun ni.. Saya kena tulis di mana2, dalam diary, di meja ofis, di peti ais kat rumah.

    tips simpan 10% dari gaji sudah saya amalkan sejak bekerja, tapi saya gunakan bila nak melancong pada ujung tahun… uhuhuhuhu… tak simpan juga namanya tu!

  11. kad kredit adalah perlu, kalau takde langsung bank payah pula nak bagi pinjaman perumahan sebab tak ada komitmen langsung, maka saya suggest perlu ada kad kredit sekeping. gunakan untuk mengisi minyak..macam saya isi minyak sebulan RM300-400 sebulan dapatlah rebat minyak RM15-20 sebulan..jangan lupa pakai kad Mesra/bonuslink skali untuk redeem minyak/hadiah..

    kepada graduan2 pastikan pinjaman pertama anda ialah rumah, bukan kereta.

    pastikan melabur duit anda, bukan simpan sampai satu juta dalam bank..saya melabur dalam emas dan silver untuk medium term dan hartanah untuk long term..

    sentiasa bersedekah, dulu saya kedekut, now bila dan sedekah allah bg lebih kat kita,,sentiasa usahakan bersedekah lebih..buat potongan bulan2 kepada yang memerlukan..zakat jgn lupa..

    cari income lebih samada active income, passive income or side income..hubungi saya pada sesiapa yang nak saya ajar..percuma sebab takda sapa yg ajar saya dulu..and now saya nak giving back to all..

  12. Zainun Ab Karim
    April 12, 2012

    Gunakan 1 kredit sahaja… guna bila kecemasan sahaja or just untuk isi minyak dan dapat rebet. tip 5 yang susah saya nak ikut….. saya kurang minat membaca sb dia akan membuatkan sy tertido. akan saya cuba semula untuk tanamkan minat membaca, byk pengetahuan diperolehi dari membaca

  13. Mungkin pakdi ada jawapan lain dlm soal asb loan. bagi saya ia baik kpd mereka yg tak boleh disiplinkan diri menabung secara rela. mungkin kena paksa barulah boleh menabung. oleh itu buat loan asb adalah antara cara yg baik. saya telah galakkan anak saya menabung cara loan asb. dah setahun dia buat dan telah menampakkan hasil. sebelum ini, tabungannya sentiasa ‘pecah’. sekurang2nya ada alternatif kalau kita gagal berdisiplin dlm menabung.

  14. Tips nombor 3

    Ada orang takut untuk bersedekah kerana beranggapan ini akan mengurangkan kekayaannya. Sedangkan hakikatnya jika kita bersedekah, lebih mudah rezeki menjadi millik kita.

    Dengan bersedekah, bukan saja kita menolong orang lain tetapi juga menggembirakan diri kita sendiri.

    Kita tahu salah satu amalan yang dikira walaupun selepas jasad terpisah daripada badan ialah sedekah jariah yang memberi manfaat.

    Seperti buku yang pernah saya baca ditulis oleh Encik Fathuri Salehuddin, Mudahnya Menjemput Rezeki. Rezeki mudah datang kepada orang yang suka bersedekah.

  15. nak kaya xcukup dgn hanya menyimpan sahaja..mgkin perlu fikir utk membuat pelaburan samada gold, silver, saham dan hartanah.. dan mgkin terlibat dgn bisnez

  16. nor fazila bt alang pilih
    April 1, 2014

    Masalahnya skrg gaji tak naik rm900 lagi. Harga brg tau nak naik je. Sy setuju dgn tip no. 2&3 tu.

Leave a Reply to jamian Batal (Cancel)