5 Persediaan Penting Bagi Menghadapi Penolakan Jualan

May 22, 2013 — Penulis:

Kategori: Motivasi / Pembangunan Diri

“Jangan merasa bersalah untuk memujuk orang membeli barangan atau perkhidmatan yang mereka tidak perlukan, sentiasalah menawarkan produk yang cukup berguna kepada mereka atau berikan mereka kegembiraan dan perkhidmatan yang akan mereka gunakan pada masa depan..”

– Victor Dunstan (Penulis Buku How to Earn Big Money Selling)

Begitulah halnya dalam melakukan sesuatu jualan. Produk yang ditawarkan kepada bakal pelanggan bukan sahaja perlu dipersembahkan serta diterangkan dengan baik, ia juga memerlukan proses perundingan pujukan untuk mempengaruhi seseorang dalam membuat satu-satu keputusan sama ada untuk menerimanya ataupun tidak.

Ada juga dikalangan mereka hanya tertarik dengan luaran produk sahaja tetapi tidak berminat untuk memiliki produk yang kita tawarkan. Tetapi hasil daripada penyampaian serta penerangan kita yang lancar, mendalam serta memberikan maklumat yang jelas dan mudah difahami, mereka akan turut terpengaruh untuk memiliki produk tersebut.

Kebolehan menjual inilah yang perlu ada dalam diri kita untuk lebih berjaya menjual produk. Sentiasa bersedia memberikan penerangan dan penyampaian yang lancar, jelas dan mendalam kepada semua bakal pelanggan yang kita temui. Ini akan mewujudkan keyakinan mereka untuk memiliki produk anda.

kejayaan menjual

Memang benar pada permulaannya mungkin mereka tidak berminat untuk memiliki produk tersebut tetapi selepas itu secara perlahan-lahan mereka akan mulai tertarik untuk memiliki produk yang anda tawarkan, walaupun pada awalnya mereka tidak memerlukannya. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan.

Untuk mencapai kejayaan dalam jualan produk, anda juga perlu menguasai 5 perkara berikut:

#1. Ilmu Mengenai Produk
Ilmu pengetahuan dan maklumat kajian yang mendalam terutamanya berkenaan dengan manfaat serta kelebihan produk anda kepada bakal pelanggan anda.

#2. Skil Jualan Hebat
Skil menjual yang mantap dan sering diperbaiki dari semasa ke semasa hasil daripada pengalaman, pengetahuan serta pembelajaran kita daripada pembacaan, mentor ataupun rakan-rakan usahawan lain.

#3. Skil Penyampaian Mantap
Menguasai cara untuk menyampaikan serta menerangkan produk dengan jelas, mudah difahami dan padat dengan maklumat yang mampu menarik minat bakal pelanggan.

#4. Niat Ikhlas Untuk Menolong
Berniat untuk bersungguh-sungguh membantu memberikan satu penyelesaian masalah terbaik untuk setiap masalah yang dihadapi oleh bakal pelanggan.

#5. Jujur & Keperibadian Tinggi
Sentiasa jujur dan berkata benar serta tidak sama sekali mencuba untuk mengambil kesempatan ke atas bakal pelanggan anda.

Sama juga kesnya apabila kita berkunjung ke hypermarket seperti TESCO atau GIANT. Pada awalnya kita tidak merancang untuk membeli apa-apa tetapi setelah melihat harga yang ditawarkan, secara tidak langsung kita akan tertarik untuk membeli barangan di situ. Ia mampu mempengaruhi emosi kita untuk memilikinya.

Jadi selain daripada mempunyai 5 perkara di atas, anda juga perlu sentiasa kelihatan yakin untuk menjual produk anda kepada bakal pelanggan anda. Dengan menyerlahkan keyakinan tersebut dan bersandarkan kepada 5 perkara di atas, anda pasti mampu melakukan jualan dengan jayanya.

 

(Sumber gambar: Carf & 15secondpitch)


Tags: , , , , , , ,

Komen (5)

  1. Terima kasih atas penulisan artikel ini Tuan Rosli Baharuddin. 🙂

    Sangat mudah fahami apa yang disampaikan. InsyaAllah saya akan praktikkan dalam jualan produk pertama saya nanti. 🙂

  2. Terima kasih Tn. @Rosli,
    Info & Tip-tip yang bermanfaat.

    Suka Tip 1-6.. ^_^ Cuma Tip 2 & 3 itu ambil masa yang banyak untuk dipelajari.

    Ikhlas,

    Amin Johar
    Webmaster Pakar Niaga

Leave a Reply to Asyrof Asri Batal (Cancel)