5 Sebab Jana Pendapatan Lumayan Dengan Dropship

August 15, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Perniagaan berkonsepkan dropshipping sudah popular sejak 5 tahun lepas di negara Amerika Syarikat. Perniagaan ini juga telah membuktikan individu yang mahu berniaga di internet tidak perlu menggunakan modal yang tinggi.

Sinar Niaga Dropship

Dropship adalah sebuah perniagaan untung atas angin. Di mana kita tidak perlu menguruskan pembekal, menyimpan stok dan menghantar barang kepada pembeli. Kerana semuanya itu akan dilakukan oleh penyedia sistem dropship seperti Sinar Niaga.

Tugas kita adalah melakukan pemasaran dan fokus untuk menghasilkan jualan di internet. Ini bermakna kita berada dalam zon mudah untuk berniaga. Selain memudahkan, terdapat 5 sebab kenapa kita harus mula menjana pendapatan dengan sistem dropship.

5 Sebab Memulakan Bisnes Dropship Hari Ini

  1. Boleh dilakukan secara sambilan dan sepenuh masa.
  2. Modal dan kos yang rendah.
  3. Risiko rendah.
  4. Bebas bekerja di mana-mana.
  5. Boleh dijadikan modal untuk membina empayar bisnes yang lebih besar.

Buat Duit Part-Time dan Full-Time

Sekiranya kita masih bekerja dan mempunyai impian untuk berniaga, bagi menjana pendapatan sampingan, maka konsep bisnes ini adalah sesuai dipraktikkan. Menerusi bisnes dropship, kita tidak perlu khuatir dan risau tentang stok produk, kerana penyedia sistem yang akan menguruskan sepenuhnya.

Boleh dijalankan secara full time atau part time

Malah tugas kita adalah mudah, yakni mencari pelanggan dan fokus pada jualan. Secara tidak langsung, ia akan mengurangkan kos masa, tenaga dan wang bagi menjalankan bisnes secara separuh masa.

Bagi yang masih tidak mempunyai pekerjaan tetap, kita boleh lakukan bisnes dropship secara sepenuh masa.

Modal dan Kos yang Rendah

Sinar Niaga menawarkan harga serendah RM20 setiap bulan bagi kita memulakan bisnes dropship ini. Modal ini berbeza dengan perniagaan konvensional yang memerlukan sekurang-kurangnya RM10,000 untuk bermula.

Nasihat Ainon Mohd. Dalam buku Memulakan Bisnes Sendiri, pemilik bisnes yang baru bermula disarankan untuk tidak mengambil mana-mana pinjaman bank bagi memulakan perniagaan. Ini kerana kebanyakan bisnes akan gagal dalam tempoh 3 tahun operasi. Apabila kita berhutang dengan bank, kita akan mewujudkan satu lagi masalah, iaitu masalah untuk membayar hutang mereka.

Oleh sebab itu bisnes dropship adalah bisnes yang relevan untuk disertai oleh semua individu. Kerana kos dan modal permulaannya yang rendah, tetapi untungnya tinggi.

Risiko Rendah

Kos dan modal permulaan perniagaan yang rendah, dapat mendorong kepada risiko rendah yang bakal dihadapi oleh para peniaga. Justeru itu ia dapat mengelakkan kita daripada menanggung kerugian yang bakal memberikan impak pada wang, kesihatan, keluarga dan emosi.

Risiko rendah iaitu serendah rm20 sebulan

Malah risiko yang rendah juga akan memberikan motivasi untuk peniaga dropship untuk mencapai kejayaan bisnes dengan pantas. Ini kerana mereka hanya fokuskan aktiviti-aktiviti yang mampu memberikan jualan, iaitu aktiviti yang membawa kepada hasil duit masuk.

Dalam mana-mana bisnes, duit masuk adalah modal kejayaan bisnes. Perniagaan kita akan dipandang tinggi sekiranya lebih banyak duit masuk dalam akaun bank bisnes.

Bebas Bekerja Di Mana-mana

Memulakan bisnes dropship tidak memerlukan kita untuk menyewa ruang pejabat. Ini kerana kita bergantung pada penyedia sistem seperti Sinar Niaga, iaitu laman web yang beroperasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.

bebas bekerja di mana-mana

Kita bebas untuk bekerja dan menguruskan jualan di mana-mana sahaja, selagi kita mempunyai akses internet. Selain itu, kita juga dapat menguruskan masa dengan efektif untuk melakukan aktiviti yang menambahkan saham akhirat selain berniaga, iaitu meluangkan masa bersama keluarga dan beribadat.

Mengumpul Modal Untuk Membina Empayar Bisnes

Duit hasil bisnes dropship juga boleh dijadikan modal permulaan, bagi membina empayar bisnes yang kita idamkan. Sebagai contoh, jika kita mengidamkan untuk memulakan bisnes baju yang memerlukan modal sebanyak RM3,500 , kita boleh menggunakan wang bisnes dropship, tanpa perlu meminjam wang daripada rakan-rakan atau bank.

Ini adalah kelebihan bisnes dropship, iaitu bisnes yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dapatkan Panduan Percuma Bisnes Dropship

fenomena bisnes dropship

Pihak Flarebiz Network kini melancarkan sebuah panduan percuma, yang dapat membantu kita untuk memahami tiga aspek dalam bisnes dropship iaitu:

  1. Potensi bisnes dropship.
  2. Kaedah menggandakan wang daripada RM20 menjadi RM200 setiap bulan.
  3. Kaedah pemasaran online dan konvensional, yang terbukti menghasilkan jualan berkali-kali.

Panduan yang diberi nama ‘Pakej Promosi Ramadhan’ ini akan ditutup pada bila-bila waktu. Sila dapatkan ia secara percuma menerusi laman web di bawah:

Muat Turun Panduan Bisnes Dropship Secara Percuma (Klik Di Sini)

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (ninas_photossoulnoire,


Tags: , , , , , , ,

Komen (9)

  1. Terima kasih atas panduan yang diberikan. Memang menjadi trend sekarang memulakan perniagaan di internet menggunakan sistem dropship terutamanya wanita. Sistem yang bagus dilakukan pada peringkat awal. Saya setuju dgn admin di mana kena kumpul modal untuk buat droship sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Belajar selok belok dlm dropship dahulu. Mcm2 bisnes dropship boleh buat. Maksimakan penggunaan facebook dan medium sosial yang lain utk meningkatkan jualan. Hubungan dgn pelanggan amat penting supaya pelanggan tersebut menjadi pelanggan tetap kita.

    1. Benar tuan. Saya suka perkongsian ini. Bisnes dropship adalah cabang bisnes yang sesuai untuk pemula. Mereka boleh mengumpulkan modal yang besar untuk membangunkan syarikat impian mereka, menerusi konsep bisnes ini.

      Modal rendah, keuntungan maksimum. 🙂

  2. Safuan Sipenglipurlara
    August 16, 2011

    Bisnes dropship adalah perniagaan yang mudah dan risikonya adalah sangat rendah

  3. Saya amat menyokong newbies yang ingin melakukan bisnes internet memilih melakukannya secara dropship pada peringkat awal kerana ianya mudah dan tanpa modal yang tinggi… saya telah mengamalkan konsep ini sejak masih menuntut di UK lagi…semoga anda berjaya dalam menjalankan perniagaan pilihan anda yang mudah ini…

  4. Saya sudah menyertai satu syarikat perniagaan dropship. Pada awalnya ada keraguan, bukan tidak yakin pada bisnesnya cuma tidak yakin boleh mengendalikannya. Rupanya mudah sahaja. Untuk set up kedai, logo dan sebagainya amat mudah. Hanya promosi belum mahir. Bagi mereka yang mahu menjalankan perniagaan internet, mulakan cara dropship.

Pendapat anda?