ISI KANDUNGAN
Biasanya kita ke pasaraya atau ke kedai kerana sudah berniat untuk membeli apa yang telah dihajati. Walau bagaimanapun, selalunya apa yang terjadi pada kaum wanita adalah mereka membeli lebih daripada apa yang mereka perlukan.
Bahkan mereka membeli sesuatu yang mereka tidak perlu dan selalunya jadi hiasan dan tempat mengumpul habuk. Begitulah hebatnya penangan teknik marketing yang boleh menghasut kita mengeluarkan duit secara tidak sedar.
Berikut adalah antara teknik marketing yang mereka gunakan.
#1- Jual Produk Yang Terkini
Memang sifat manusia gemar melihat sesuatu yang cantik menarik dan tertarik daripada fizikal. Ibarat dari mata turun ke hati. Mereka suka sesuatu yang “Simple but nice!” , “ Simple and Yummy!” , “Simple and Elegant!”
Contohnya, adakah pelanggan akan terdorong untuk membeli sebiji muffin kosong dengan harga 1.50 dan memuatnaik di instagram? Mungkin ya , mungkin tidak? Sebab tiada keunikan pada muffin tersebut.
Kesannya, pengikut instagram malas untuk menekan butang LIKE. Kerana kelihatan biasa sahaja.
Tapi, sebiji muffin bila ditambah dengan topping krim serta taburan coklat M&M akan kelihatan menarik dan tentu sekali mempengaruhi pembeli untuk membeli dan dimuatnaik di Instagram.
Banyak LIKE yang akan diperolehi walaupun muffin tersebut sebenarnya daripada aduanan yang sama. Dengan tambahan topping yang baru dan menarik seperti Nutella dan sebagainya, ia akan menjadi pilihan walau harganya berbeza.
#2-Guna Taktik Psikologi Dalam Menu Makanan
Apabila kita selalu menghabiskan masa bersama keluarga mahupun kawan-kawan makan malam di restoran, pasti kita akan menghadapi situasi pertama diberi buku menu.
Sudah pasti mata kita mesti fokus kepada apa yang hendak dimakan dan makanan apa yang ada promosi. Selalunya, menu utama yang sering diekploitasi untuk menarik perhatian pelanggan adalah teknik set makanan untuk jumlah yang besar seperti set “Combo” “Family value”.
Seperti yang dilakukan oleh KFC dan Pizza Hut, biasanya strategi ini berjaya dijadikan pilihan pelanggan yang datang berkumpulan kerana boleh dinikmati beramai ramai dan berkongsi detik kegembiraan. Jikalau pandai menyusun strategi akan mendatangkan keuntungan yang berganda.
Contoh teknik marketing lain yang digunakan adalah hidangan pembuka selera. Hidangan ini adalah “ start up” atau hidangan sampingan untuk memancing mood pelanggan yang sedang lapar sementara menunggu makanan utama siap dimasak.
Hidangan ini akan dihidangkan terlebih dahulu dalam kuantiti yang sederhana seperti sup, roti bawang putih, atau kentang putar supaya tidak cepat kenyang kerana durasi menyediakan hidangan utama akan siap tepat pada setiap kuantiti pembuka selera.
Pelanggan pun akan sentiasa menikmati perincian rasa tanpa rasa kecewa. Nak tak nak, pelanggan akan tetap memilihnya daripada menunggu terlalu lama.
#3- Penggunaan Susunan Iklan Atau Maklumat Perniagaan
Sebagai contoh, penyusunan menu hidangan wajib diberi perician. Walaupun sekadar senarai jenis makanan dan harga, namun jangan bersikap sambil lewa dan membuat menu tanpa perancangan rapi.
Buku menu turut menarik pelanggan untuk rasa lebih selesa, tertarik dan sentiasa lapar untuk memesan. Perincian mesti kemas dengan isi kandungan bermula dengan pembuka hidangan, hidangan utama, hidangan sampingan dan seterusnya.
Setiap helaian harus disertakan vibrasi warna gambar yang terang dan seakan asli, lelehan keju dalam lapisan isi ayam yang berasap dipanggang dalam ketuhar dan taburan rempah ratus pasti membuatkan pelanggan memberi pesanan tanpa ambil masa yang panjang.
Pemilihan font, gambar, warna, ruang, komposisi produk juga sangat penting untuk marketing perniagaan dalam apa-apa bentuk visual seperti papan tanda, risalah dan sebagainya.
#4-Taktik Perletakan Harga
Bila buku menu tersusun rapi dengan setiap menu setiap helaian, pastinya harga pun turut berbeza mengikut jenis makanan yang ditawarkan. Nak tak nak,pelanggan akan tetap memilih untuk menabah hidangan lain kerana terpengaruh dengan buku menu.
Tak kisah harganya mahal ataupun berbeza sedikit dalam kuantiti yang kecil. Contohnya harga menu utama rm59.99 kuantiti kombo , harga menu berasingan rm24.99 , menu tambahan semangkuk kecil sup rm 10.90.
Dalam taktik pemasaran , 99 sen dilihat begitu besar nilainya berbanding 90 sen. Itulah ilusi permainan psikologi harga atau nombor.
#5-Psikologi manusia
Kita selalunya cenderung membeli barang tag harga merah yang dikurangkan harga..padahal ianya hanyalah strategi marketing sahaja.
Harganya lebih murah daripada tag harga merah. Menggunakan warna merah, mendorong kita rasa teruja untuk membeli. Contoh lain yang pasar raya sering gunakan adalah pengunaan troli yang besar. Lagi besar troli, lagi banyak barang yang dicapai tanpa sedar.
Dalam sesebuah pasar raya, dari kanan ke kiri, perasan atau tidak, kebanyakkannya akan membuka laluan dari kiri ke kanan mengikut arah jam.
Taktik ini sebenarnya “ price placement” atau “ product expiry”. Kita biasanya masuk dari kiri, ke tengah dan ke kanan. Formasi sebegitu diatur untuk produk yang selalunya hampir dengan tarikh luput ataupun harga yang lebih mahal.
Logiknya, pelanggan adakalanya malas dan mata akan tertumpu pada benda yang dilihat dari depan. Itu berkemungkinna, barang yang dipilih hampir dengan tarikh luput ataupun harga yang berbeza.
Itu adalah taktik pasaraya melariskan barang. Jadi, jangan marah jika anda tersilap bayar produk ynag lebih mahal sebaik sahaja menyedari ada yang lebih murah.