ISI KANDUNGAN
Nota Editor :
Artikel ini merupakan hasil perkongsian daripada Tuan Abdul Basit dan dari Program Seminar My Document, http://byondsuccess.com/smd/. Beliau merupakan Managing Director di Byond Success dan berpengalaman luas dalam bidang perniagaan. Follow beliau di Facebook.com
Sebagai seorang ketua dalam sesebuah syarikat, mereka seharusnya lebih arif tentang tugas-tugas yang perlu dilakukan. Untuk menjadi seorang ketua yang terbaik, mereka juga harus bijak memilih pekerja yang mempunyai keyakinan serta semangat yang tinggi. Berikut merupakan 5 tugas hakiki bos yang perlu anda tahu.
#1 – Bawa Masuk TALENT
Kita perlu bawa masuk orang yang berkualiti dalam melaksana tugas yang akan mengembangkan syarikat. Bawa masuk team yang boleh masuk duit dalam syarikat, kemudian baru kita ada duit untuk mengambil pekerja pemikir dan team pelaksana untuk buat kerja-kerja yang kita sendiri sudah penat buat seorang diri selama ini.
Sudah-sudah kerja beratur di pejabat pos, jawab panggilan pelanggan dan balas whatsapp pelanggan. Sebab itu syarikat sukar mahu berkembang. Sebab bos sendiri salah buat kerja. Jangan tanya kenapa pekerja buat kerja yang salah. Kita sebagai bos pun, kerja hakiki kita tidak buat.
#2 – Pilih Orang Yang BETUL, Singkir Orang Yang SALAH
Sudah pilih mereka ketika sesi temuduga, pastikan ada tempoh percubaan. Test drive mereka dahulu. Set KPI (key performance indicator) kerja. Jika mereka tidak capai KPI kerja yang syarikat, singkirkan terus. Jangan takut untuk keluarkan mereka yang tidak berkualiti, dalam bisnes kita ada KPI.
Jika mahu buat amal dengan simpan orang yang tidak capai KPI hatta keluarga atau kawan baik sendiri, buka pusat kebajikan bukan buka syarikat. Kalau hati kita tak cukup kuat untuk berhentikan mereka, lantik orang ke-3(HR) untuk buat kerja penyingkiran ini.(ini yang saya buat).
#3 – Beritahu Bidang Tugas Kerja Mereka
Pastikan mereka masuk dengan JELAS, apa tugas dan jawatan mereka. Kalau tidak tahu tugas-tugas mereka, byond success ada sediakan template “Job Description” supaya memudahkan kerja bos. Senarai bidang tugas ini akan menjadi KPI kerja mereka yang baru masuk waktu dalam tempoh percubaan. Kita sebagai bos pula, KPI kita adalah laksanakan semua tugas hakiki ini.
#4 – Bina BUDAYA Kerja
Ketika mereka mula masuk, setiap orang mesti tahu budaya kerja yang diterapkan dalam syarikat. Tanpa budaya, mereka akan buat budaya sendiri. Dalam byond success, ini antara budaya kerja kami.
– SPEED.
Kami tidak tinggal cuma kami tidak tunggu.
– KEEP LEARNING.
Rasa pandai itu membunuh, setiap team perlu terus upgrade diri.
– FLEKSIBEL
Bersedia untuk sebarang perubahan, samaada kita berubah atau orang lain yang akan ubahkan.
– Ready to LEAD and TO BE LEAD.
Setiap orang dilatih untuk menjadi leader dan pemimpin kepada syarikat akan datang.
#5 – PANTAU Perkembangan
Ramai bos suka tanya pekerja tentang apa yang mereka buat di tempat kerja. Pantang sungguh kalau nampak pekerja tak buat apa-apa tengah main telefon. Memang menyirap sahaja, kalau nampak mereka senang sahaja boleh main whatsapp atau main Facebook waktu tengah kerja.
Sebab itu kena ada sistem yang betul untuk pantau kerja mereka, sediakan sistem yang kita boleh tahu status kerja-kerja mereka. Boleh dapatkan sistem ini secara PERCUMA di Seminar My Document (SMD). Antara sistemnya adalah sediakan Task Management untuk melihat pergerakan gerak kerja setiap team dalam syarikat .