6 Aplikasi Telefon Mudah Alih Terbaik Sepanjang Ramadhan

July 12, 2013 — Penulis:

Kategori: Aplikasi & Perisian / Teknologi

Alhamdulillah, diam tak diam sudah tiga hari kita berada di bulan Ramadhan yang penuh mulia ini. Semoga segala amal ibadat yang dilakukan diberkati Allah S.W.T.

Sebagai seorang usahawan, memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon pintar (smartphone) merupakan satu kepentingan kerana selain memudahkan urusan, ia juga boleh membantu meningkatkan produktiviti kita.

Dalam tidak kita sedari, sebenarnya penggunaan telefon pintar ini juga sebenarnya mampu membantu kita menghayati dan menghadapi bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya. Ini kerana terdapat pelbagai aplikasi mobile (mobile apps) yang dibangunkan khas untuk membantu para usahawan muslim khususnya.

Berikut antara 6 aplikasi yang boleh anda gunakan untuk sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

muslim pro

#1 – Muslim Pro (IOS & Android)

Perlukan aplikasi mobile Islamik yang lengkap dengan waktu solat yang tepat mengikut kawasan, azan, arah kiblat yang betul serta audio surah-surah al-Quran yang lengkap? Aplikasi ini adalah jawapannya.

Malahan aplikasi yang dihasilkan oleh Bitsmedia Pte Ltd ini juga mampu membantu anda mencari restoran halal dan mencari masjid yang berdekatan di sekeliling anda.

 Muat Turun Muslim Pro Untuk iOS 

 Muat Turun Muslim Pro Untuk Android

ramadhan 2013

#2 – Ramadhan 2013 (IOS & Android)

Aplikasi mobile ini merupakan kesinambungan daripada aplikasi Ramadhan 2012. Ia merupakan antara aplikasi yang lengkap khas untuk menghadapi Ramadhan ini.

Aplikasi yang dibina oleh Hakim Boukhatem ini mempunyai ciri seperti memaparkan waktu solat yang tepat mengikut lokasi anda, memaparkan waktu imsak dan berbuka sepanjang Ramadhan, memberikan notifikasi berkenaan dengan Zakat Fitrah. Malahan ia juga boleh menyimpan maklumat jika anda “cuti” dari berpuasa kerana keuzuran.

 Muat Turun Ramadhan 2013 Untuk iOS 

 Muat Turun Ramadhan 2013 Untuk Android

instadeen

#3 – Instadeen (IOS)

Aplikasi mobile berasaskan kepada photo sharing ini menawarkan ciri yang berlainan khas untuk menonjolkan content yang lebih Islamik. Aplikasi yang ringkas ini turut mempunyai ciri-ciri seperti Instagram.

Aplikasi yang dihasilkan oleh developer Malaysia, Adiman Muhammad ini membolehkan anda menghias gambar yang anda ambil dengan content Islamik seperti ayat-ayat Al-Quran dan hadis dan waktu-waktu solat mengikut lokasi gambar diambil.

  Muat Turun Instadeen Untuk iOS 

isalam mosquefinder

#4 – MosqueFinder (IOS)

Adakah anda sentiasa bergerak ke sana ke mari sepanjang Ramadhan ini dan mencari aplikasi yang dapat membantu anda mengenalpasti di manakah masjid-masjid atau surau-surau yang berdekatan untuk anda tunaikan solat fardu dan tarawih?

Aplikasi ini membolehkan anda mencari sekurang-kurangnya 8 masjid atau surau terdekat dengan lokasi anda, dengan lebih mudah dan berkongsi lokasi masjid atau surau yang anda pergi dengan sahabat-sahabat anda.

Muat Turun Aplikasi MosqueFinder Untuk iOS 

quran-apps

#5 – Quran (Android)

Amalan membaca Al-Quran sememangnya telah dipupuk semenjak kecil lagi dan ia merupakan antara amalan utama yang disunatkan untuk diamalkan pada bulan Ramadhan ini. Amat besar pahalanya jika kita mendengar bacaan Al-Quran dan membacanya.

Aplikasi Quran daripada AmirQuran ini merupakan antara aplikasi terbaik di pasaran dan mempunyai 20,000 maklum balas pengguna dari seluruh dunia. Aplikasi ini mengandungi audio bacaan Al-Quran daripada Sheikh Sa’ad Al-Ghamdi, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, Sheikh Saud Al-Shuraim, Sheikh Ali Al-Hudhaifi, and Qari Abdul Basit yang lengkap dengan transkrip & terjemahan.

 Muat Turun Aplikasi Quran Untuk Android

ramadhan tracker

#6 – Ramadhan Tracker (IOS)

Masih mempunyai keraguan berkenaan dengan ibadat puasa di bulan Ramadhan dan amalan-amalannya? Aplikasi ini ada jawapannya.

Aplikasi mobile yang dihasilkan oleh Catalunya Trade Impex bertujuan untuk mengajar serta mengingatkan orang-orang muslim berkenaan dengan perkara yang perlu dilakukan sepanjang Ramadhan termasuk mendirikan solat 5 waktu dan solat-solat sunat, membaca al-Quran, amalan harian, kerja kebajikan dan aktiviti sosial.

 Muat Turun Aplikasi Ramadhan Tracker Untuk iOs

“Tidak gunalah sesuatu itu jika kita tak manfaatkannya sepenuhnya..”

Semoga artikel kali ini dapat membantu anda memanfaatkan telefon pintar anda menjadi rakan karib anda sepanjang Ramadhan ini dan pada masa-masa akan datang.

 

(Sumber :  necrodreamer, techinasia)


Tags: , , , , , , , , ,

Komen (3)

Leave a Reply to zen Batal (Cancel)