6 Mimpi Ngeri Jualan Ciptaan Sendiri

June 13, 2012 — Penulis:

Kategori: Konvensional

Rasulullah SAW bersabda,

Masjid Sultan Mosque Singapore

“Barang siapa dilanda kesusahan dalam suatu masalah hendaklah dia mengucapkan Laa Haula wa laa quwwata illa bil-laahil ‘aliyyil-’azhiim’ (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang maha Tinggi lagi Maha Agung” (H.R Baihaqi dan Ar Rabi’i)

Rasulullah SAW telah pun memberikan kepada kita petunjuk apabila mengharungi pelbagai masalah dan kesulitan di dalam kehidupan.

Terutama sekali jika berlaku kegagalan dalam melakukan jualan. Ia harus tidak sama sekali dapat melemahkan hati dan perasaan kita yang boleh menyebabkan rasa kecewa dan putus asa.

Berada dalam mod sebegini membuatkan pergerakan kita akan lebih terbantut dan terbatas, apabila melakukan jualan seperti mana yang diingini.

6 Kesilapan Ketika Menjual

Bagi mengelakkan daripada terus dibelenggu kesukaran dan kesusahan ketika menjual, hindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara seperti berikut:

#1 – Bersikap Ego

Tidak kira apa juga keadaan dan situasinya, kita merasakan segala tindakan kita betul. Segala-galanya mengikut hati dan logik akal kita sahaja.

Ego Membunuh Jualan

Berlaku adil pada diri kita kerana Allah menjadikan manusia tidak sempurna seperti Rasulullah, dan sentiasa bersedia untuk ditegur dan diperbetulkan segala tindakan. Baik daripada pelanggan kita, rakan sekerja kita, rakan-rakan kita mahupun bos kita sendiri.

#2 – Tidak Bersabar Untuk Bertindak

Kerana kita gopoh dan tamak, kita hilang sabar ketika menjual. Kita tidak memikir sebaik-baiknya.

Firman Allah bermaksud,

“Wahai sekalian orang-orang yang beriman sabarlah kamu sekalian dan teguhkanlah kesabaran kamu itu” (Surah Ali-Imran Ayat ke 200)

#3 – Tidak Mengikut Arahan

Jika kita makan gaji dalam melakukan jualan, sudah pasti wujud bos kita sebagai seorang yang akan menyelia tugasan kerja, dan amanah yang perlu kita lakukan.

Tiada istilah menjadi hero seperti dalam filem atau drama televisyen. Tetapi cukup kita menghormati dan mengikut arahan-arahan yang dikemukakan demi kemajuan karier kita.

Asalkan ia tidak sama sekali menyalahi peraturan, undang-undang dan hukum Allah.

#4 – Mudah Terasa Hati & Kecewa

Adakah kita mudah kecewa dan merajuk apabila gagal?

Puncanya adalah daripada diri kita sendiri, bukannya menyalahkan orang lain. Sepatutnya kita kaji terlebih dahulu di mana kesilapannya supaya perkara tersebut tidak lagi berulang di masa hadapan.

#5 – Pentingkan Diri

Sentiasa hidup bermasyarakat  kerana bukan kita seorang sahaja yang hidup di dunia ini. Jangan pentingkan diri kita sendiri secara berlebihan sehinggakan kita rasa begitu takbur dan bongkak diri.

Terlalu pentingkan diri sendiri sehingga kita terlupa rezeki pada orang lain, umpama kita mencuri pelanggan yang sepatutnya menjadi pelanggan rakan sekerja kita.

#6 – Keras Kepala, Bodoh Sombong

Teguran telah diberi, tetapi kita tetap keras kepala masih mengatakan segala tindakan kita betul. Hanya kerana kita tidak mahu berubah demi mencapai kejayaan, kita sebarkan perkara-perkara yang negatif tentang orang yang inginkan kepada perubahan baru.

Lakukan Perubahan

Bersedia untuk sentiasa mengalami perubahan demi kemajuan dan kebaikan diri kita sendiri.

Bersedia dan berwaspada untuk meminimumkan kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Terutamanya apabila berhadapan dengan pelanggan ketika melakukan jualan.

Bermula dengan sedikit, kemudian merebak dengan banyaknya jika kita masih enggan untuk memperbaiki segala kesilapan dan kesalahan kita sendiri.

Dekatkan diri kita dengan Allah selalu dan konsisten agar segala pekerjaan kita di muka bumi ini sentiasa dibantu Allah. Baik dalam kesenangan apatah lagi dalam kesusahan dan kesukaran.

Kredit: Khaled Etman, Gayatri Pariwa Books, The Brow House.


Tags: , , , ,

Komen (1)

Pendapat anda?