7 Cara Efektif Membina Senarai Emel Melalui Blog (Part 1)

June 22, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Sejak 3 tahun saya mula berjinak-jinak berblogging hinggalah sekarang, saya lihat masih ramai blogger yang berhadapan dengan masalah untuk membina senarai emel. Ada juga dalam kalangan mereka keliru mengenai langkah pertama, untuk membina emel melalui blog.

Aweber, perisian autoresponder untuk mengumpul senarai emel

Menurut seorang Problogger terkemuka dunia, David Risley menyatakan faktor penyebab utama blogger tidak membina senarai emel, kerana mereka menganggap ia adalah kegiatan utama spammer. Mereka menganggap menghantar emel kepada pembaca adalah aktiviti spamming, yang perlu dijauhi oleh para blogger.

Membina senarai emel melalui blog bukanlah jalan mudah untuk kita mempromosikan produk sendiri, atau pun program-program affiliate. Ia adalah jalan mudah untuk kita berinteraksi dengan pembaca, menghantar tip-tip blogging, dan menghantar notifikasi artikel terbaru di blog serta banyak lagi.

Seperti dinyatakan oleh Pat Flynn di blognya , SmartPassiveincome.com, beliau menggunakan senarai emel sama seperti beliau menggunakan laman social media, iaitu berinteraksi dengan pengikut dan pembaca blognya.

Pat Flyyn menggunakan senarai emel sama seperti beliau menggunakan sosial media, iaitu berinteraksi bersama pembaca blog kesayangannya

Hasilnya , kadar ‘open rate’  (pembukaan emel) dihantarnya sentiasa 90% ke atas, kerana para subscriber sudah kenal emel yang dihantar mempunyai tip-tip berkualiti, bukan emel untuk menjual.

Dalam artikel yang ditulis oleh Yaro Starak, pemilik Entrepenuers-Journey.com, beliau menyenaraikan 3 langkah efektif bagi membina senarai emel melalui blog, di mana ketiga-tiga langkah ini telah membantu beliau untuk mengumpul lebih 107,000 senarai emel.

#1 – Tawarkan Laporan Berkualiti Secara Percuma

Cara biasa tetapi kesannya adalah luar biasa. Kebiasaannya para blogger tidak mempunyai sebarang masalah untuk menggunakan cara ini. Namun, kualiti ebook/laporan perlu diberi penekanan secara serius, dan kandungannya perlu ‘over-delivered’ sekiranya ingin memastikan para pembaca berpuas hati, dengan laporan yang dimuat turun.

SmartPassiveIncome.com, blog peribadi milik Pat Flynn

Menurut Pat Flynn, beliau menghabiskan masa hampir 2 bulan untuk menyiapkan laporan serta rekabentuk desain, semata-mata untuk memastikan laporan yang dihasilkan berkualiti, dan mempunyai desain yang profesional.

Beliau menekankan kekuatan kandungan laporan percuma, bagi memastikan laporan itu tersebar secara cepat di laman social media. Selain itu, ia dapat meningkatkan kepercayaan dan kredibiliti beliau terhadap pembaca, dengan kandungan yang sentiasa tip-top.

Hasilnya dapat dilihat sampai sekarang. Walau pun laporan itu diterbitkan lebih 2 tahun yang lalu, terdapat lebih 8 juta carian yang dipaparkan di enjin carian Google, sekiranya kita mencari maklumat berkenaan ‘eBooks the Smart Way’. Para pembaca masih lagi tweet dan retweet pautan ebook ini sebagai tanda penghargaan untuk Pat Flyyn.

Melalui penerbitan laporan ini juga, Pat Flynn berjaya mengumpul lebih 10,000 senarai emel dalam masa 13 bulan.

#2 – Guest Posting & Temuramah Bersama Blogger

Menerbitkan artikel di blog orang lain bukan satu perkara yang mudah, namun ia satu teknik berkesan untuk mendedahkan blog kita kepada pembaca umum, sekaligus meningkatkan peratusan senarai emel yang diperoleh.

Yaro Starak, pemilik blog entrepreneur-journey.com

Glen Allsop, pemilik blog ViperChill.com. Beliau telah menjalinkan kerjasama dengan lebih 100 blogger terkenal termasuk Pat Flynn, Darren Rowse, Yaro Starak dan ramai lagi. Ini bertujuan untuk kebaikan bersama, termasuk para pembaca kedua-dua belah pihak.

Melalui kerjasama ini, beliau dapat mengadakan temuramah bersama mereka, sekaligus menarik perhatian para pembaca blog lain untuk berkunjung di blognya, Viper Chill.

Glen juga turut menjadi guest blogger di blog-blog mereka. Menurut beliau senarai emel miliknya meningkat sehingga 200-400 emel, setiap kali beliau menerbitkan artikel di blog lain. Pernah satu ketika, senarai emel meningkat mendadak, hampir 400 emel selepas menerbitkan artikel di Problogger.net, yang mempunyai lebih 321,000 pembaca.

Teknik ini juga dipersetujui oleh Pat Flyyn yang turut menerbitkan artikel di blog lain seperti Problogger.net dan juga Copyblogger.com. Namun katanya, teknik ini hanya memberi hasil yang kecil, sekiranya tidak menjaga kualiti artikel yang diterbitkan.

Beliau telah menyenaraikan 3 perkara yang perlu diberi perhatian, sebelum menerbitkan artikel di blog orang lain:

#1 – Artikel yang Unik.

Artikel mesti unik dan bukan hasil daripada pengubahsuaian artikel blog sendiri semata-mata. Artikel juga bukan artikel pengulangan, bererti kandungan yang pernah disentuh oleh pemilik itu. Dengan menghasilkan artikel yang unik, bukan sahaja subscriber meningkat, malahan trafik dan kepercayaan pembaca terhadap kita juga meningkat.

#2 – Memberi Respons di Ruangan Komen.

Apabila artikel kita diterbitkan di blog orang lain, kita mestilah berkelakuan lebih profesional dan mesra dengan para pembaca. Teknik ini boleh digunakan dengan memberi respons di ruangan komen. Sekiranya pembaca bertanyakan soalan di ruangan komen, kita perlu memberi respon yang menjawab persoalan mereka.

Bukan sahaja para pembaca berasa senang, malahan pemilik blog juga akan merasakan kita betul-betul berniat ikhlas untuk berkongsi maklumat dengan pembaca mereka. Secara tidak langsung, para pembaca juga akan menyokong sepenuhnya, dan ternanti-nanti artikel seterusnya. 😉

#3 – Perkenalkan Blog di Bahagian Akhir Artikel.

Bukan semua pembaca blog kenal siapa kita. Mungkin 30% hanya mengenali kita. Jika ada di antara mereka kenal siapa kita, belum tentu mereka tahu blog kepunyaan kita.  Letakkan pautan blog di akhir artikel. Cara ini tidak lain tidak bukan untuk menarik para pembaca, supaya melawati blog kita.

#3 – Teknik Podcasting

Teknik ini jarang kita dengar di Malaysia. Boleh dikatakan teknik ini masih baru di Malaysia, dan ia digunakan oleh kebanyakan blogger di luar negara.

Podcasting merupakan satu gabungan daripada perkataan portmanteau dan broadcasting. Untuk menghasilkan audio podcasting ini, kita memerlukan sound recorder (perakam suara) seperti iPod, dan sound recorder pada komputer riba seperti Soundforge, Audacity dan lain-lain lagi.

Temuramah berbentuk podcasting

Pat Flynn adalah blogger yang terkenal menggunakan teknik ini. Setiap minggu, beliau akan menerbitkan entri podcasting berkenaan sesuatu topik. Kadangkala, podcasting yang diterbitkan merupakan temubual di antara beliau dengan blogger-blogger lain. Katanya, trafik blog dan bilangan subscriber akan meningkat, dengan menggunakan cara ini.

Ketika sesi podcasting, beliau akan menyebut pautan landing page yang mempunyai laporan percuma, dan menyarankan para pendengar supaya turut memuat turun laporan percuma. Bagi memudahkan pendengar, beliau membeli domain khas untuk meletakkan landing page tersebut, iaitu EbookTheSmartWay.com.

Kebiasaannya, blogger hanya meletakkan laporan percuma pada sub-domain. Namun, cara ini tidak sesuai ketika sesi podcasting, kerana nama sub-domain agak panjang dan menyukarkan para pembaca untuk mendengarnya. Penggunaan domain baru juga dapat mengelakkan pembaca daripada tersilap dengar.

Teknik podcasting ini juga dipraktikkan kami, sejak awal penubuhan MajalahIM iaitu 3 tahun lalu. Setiap bulan, kami akan menemuramah tokoh-tokoh usahawan, dan menerbitkannya melalui blog dan ezine.

Dalam entri seterusnya, kita akan mempelajari 4 langkah tambahan bagi membina senarai emel melalui blog. Perkongsian ini dihasilkan dengan terperinci dan disokong oleh para blogger terkenal dunia.

Rujukan Terbaik untuk Pelajari Pemasaran Emel

3.0 Email Marketing

Jika tuan dan puan serius ingin mempelajari cara membina senarai emel untuk tujuan memajukan bisnes. Maka dapatkan 3.0 Emel Markering. Panduan berbentuk video ini telah diterbitkan oleh usahawan internet tempatan, iaitu saudara Jamaluddin Bahari.

Beliau telah berjaya membina lebih 50 ribu senarai emel sejak tahun 2008 lagi. Sekali lagi kami sarankan kepada para pembaca yang serius ingin mempelajari teknik pemasaran emel. Laburkan wang tuan dan puan untuk mendapatkan panduan komprehensif ini.

Ikuti video teaser di bawah :

Klik di sini untuk layari laman web beliau.

Kredit gambar yang diambil di Flickr (stickergianttyroneshum)


Tags: , , , , , , , , ,

Komen (12)

  1. Saya rasa halangan paling atas pada mereka yang belum membina senarai emel ialah soal bayaran bulanan yang mesti dibuat kepada pengendali autoresponder ini

    1. Ya, cadangan saya, sebelum subsriber mana-mana autoresponder berbayar, pastikan ada perancangan & sumber kewangan mantap. Perancangan seperti . “Kumpul 500 list dalam masa sebulan’. dan mempromosikan produk-produk affiliate. Insyaallah sekurang-kuranya balik modal bayaran bulanan 🙂

    2. betul tu! saya cadangkan gunakan phplist sebagai autoresponder bagi yang tak mampu dan masih terkial- kial nak fokus apa niche yang nak di promosikan. Bagaimanapun, anda mestilah tahu bagaimana nak customize phplist supaya nampak menarik. Saya menggunakan customized phplist untuk local market. Jika tak keberatan pada admin majalah niaga ni, saya letakkan laman web yang menggunakan phplist, http://phplistmod.com dan http://blogtips2u.com. Boleh gunakan dhtml pro untuk exit pop-up.. bagaimanapun, beralihlah kepada Aweber bila $$ dah stabil 🙂

Pendapat anda?